KehidupanMotivasi

Doa Dan Sedekah

doa dan sedekah

DOA DAN SEDEKAH.

Pada 3 hari lepas, saya merancang untuk mengeluarkan wang simpanan kecemasan saya pada hari ahad ataupun isnin (semalam) disebabkan oleh komitmen yang agak tinggi yang perlu dibayar pada awal bulan.

Pada malam sabtu, dengan demamnya yang baru bermula hari itu, saya keluar berjumpa member. Yelah, bukan selalu ada masa nak bertegur sapa dengan member kan, walaupun suara dah macam abam-abam rockers.

Dengan tengah tak sihat tu, terasalah nak belanja member walaupun poket memang hampir kosong. Malam tu dapatlah whatsapp ucapan terima kasih dan didoakan murah rezeki.

Nak dijadikan cerita, demam yang saya alami semakin teruk pada hari ahad dan isnin sehinggakan niat saya nak keluarkan wang simpanan kecemasan terbantut.

Yang ajaibnya, semalam terus saya decide taknak keluarkan duit kecemasan itu sebab Allah dah ‘gantikan’ apa yang saya perlukan walaupun dalam keadaan saya yang tidak sihat.

Perancangan Allah lebih baik, kan ?
Kebetulan ? Mungkin.
Berkat doa dan sedekah ? SEMESTINYA.

Dalam waktu saya sedang ‘google’ imej untuk dijadikan thumbnail post ini, saya terbaca 1 posting berkenaan ‘Sedekah, Doa dan Sentiasa Rasa Cukup’ disini : https://iiumc.com/sedekah-doa-dan-sentiasa-rasa-cukup. Sangat saya sarankan untuk dibaca.

Jom baca posting saya berkenaan ‘Masalah Apabila Diblacklist Oleh Telco’ disini : https://amirazman.my/masalah-apabila-diblacklist-oleh-telco.

%d bloggers like this: