BisnesKehidupan

Freelancer Sepenuh Masa

freelancer sepenuh masaBerminat untuk menjadi freelancer sepenuh masa ? Atau anda sedang menjalankan freelancer secara part time ? Tahu apa itu Freelancer ?

Freelancer adalah ‘pekerja bebas’ atau istilah yang biasa digunakan untuk mereka yang bekerja sendiri dan tidak terikat dengan syarikat tertentu dalam jangka masa yang panjang. Freelancer sepenuh masa bermaksud 100% komitmennya adalah untuk freelance sahaja. Ada juga yang buat freelance secara part time walaupun sudah mempunyai pendapatan yang tetap (ini sangat awesome, saya salute !) dan menjalankannya sebagai pendapatan sambilan sahaja.

Dalam pengalaman saya beberapa tahun sebagai freelancer sepenuh masa, ada pelbagai ‘Pros and Cons’ yang perlu dihadam oleh mereka yang berminat untuk menjadi freelancer kerana ianya sangat berbeza berbanding mereka yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Ya, sangat berbeza dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan perniagaan saya secara freelance.

Kenapa ?

passion dengan pekerjaan

  • Passion dengan pekerjaan.
    Perniagaan yang saya lakukan kebanyakannya daripada passion saya daripada zaman saya remaja lagi, iaitu perniagaan dalam bidang teknologi dan telekomunikasi. Saya membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan daripada sistem topup Topup Niaga Network dan juga merupakan Sales Advisor kepada syarikat telekomunikasi Redone.Selain itu, saya juga ada menjalankan perniagaan berkaitan dengan teknologi seperti hosting, pembinaan laman web serta pembangunan sistem dibawah jenama Hosting Malaya. Saya juga merupakan Admin kepada Reunite Ragnarok Online untuk peminat-peminat Ragnarok Online serta mereka yang gemar dengan game MMORPG (Multiplayer Massive Online Role Playing Game).

    Apa yang saya lakukan merupakan passion saya dari kecil, dan ilmu dalam bidang ini berkembang sangat pantas dan seronok untuk explore something yang kita minat, kan ?

waktu kerja fleksible

  • Waktu kerja yang fleksible.
    Disebabkan saya menjalankan perniagaan freelance secara full time, jadi waktu kerja saya, saya yang tetapkan. Nak kerja waktu pagi ke, petang ke, malam ke, mengikut kehendak dan keperluan yang saya tentukan. Inilah yang dipanggil ‘kebebasan masa’.Ikut agreement juga dengan klien, yang penting kalau deal dengan klien tarikh sekian-sekian, kita deliver pun sekian-sekian tepat atau lebih awal daripada masa yang ditentukan. Barulah jadi freelancer yang merecik dan awesome kan ? Haha !

tawakal kepada Allah

  • Bersyukur, bertawakal dan jaga hubungan.
    Sebagai freelancer sepenuh masa, seperti yang kita maklum tiada gaji tetap setiap bulan, tetapi bergantung pada rezeki yang Tuhan berikan seperti projek mendatang, pembelian produk daripada klien dan sebagainya. Jadi, bila Allah beri rezeki pada satu-satu masa itu, mudah terbit rasa bersyukur.Disebabkan oleh itulah kebergantungan kita itu kita dapat mindsetkan kepada Allah semata-mata, tidaklah kepada gaji, majikan atau sebagainya. Jadi, hubungan dengan Tuhan dan juga hubungan dengan orang lain juga kita bina dan jaga dengan baik, inshaAllah rezeki yang Allah bekalkan kepada kita berkat dan cukup. Betul kan ?

pros and cons freelancer

Walaupun begitu, ada juga Cons nya dalam freelance sepenuh masa ini. Tiada pendapatan tetap, tiada gaji bulanan, tiada bonus mahupun elaun. Sanggup tak kita hadap dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita semata-mata sebab pendapatan pada mata kasarnya kita tak nampak dan tidak tetap ?

Disiplin juga perlu kuat, dan tidak mudah putus asa. Ini kerana kebanyakan daripada freelancer sepenuh masa gagal kerana disiplin yang lemah dan berputus asa separuh jalan. Disiplin contohnya daripada segi masa perlulah tepati masa dan menghargai masa yang ada supaya walau apa yang kita lakukan, kita lakukan sesuatu yang produktif. Sekiranya kita stuck dimana-mana, jangan putus asa tetapi cari jalan penyelesaian dan maju kehadapan untuk lebih matang dan berjaya pada masa yang akan datang.

Anda mempunyai pengalaman sebagai Freelancer Sepenuh Masa atau Freelancer Separuh Masa ? Kongsikan pengalaman atau nasihat anda diruangan komen 🙂

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Jom baca ‘Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup’ disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup .

%d bloggers like this: