Cinta

Ingat Semula

ingat semula

Ingat Semula.

“Aku masih teringat lagilah, macam mana aku nak melupakan. Melupakan orang yang dah bawa separuh daripada jiwa aku pergi. Melupakan semula semua kisah-kisah yang tidak kesampaian”

“Masih teringat lagi orang yang dah lama dia melupakan kau?” saya membalas endah tak endah.

Kami terdiam. Berpandangan antara satu sama lain. Perlahan dia mengangguk.

“Then, kalau kau tak mampu melupakan. Ingatlah semua semula”

Kawan saya sedikit terkejut.

“Ingat balik apa yang dia dah buat dekat kau. Hari ini orang yang kau ingat ini, dah buatkan kau menderita perasaan dan menangis dengan bersungguh-sungguh sampai hari ini. Tiada siapa kisah ketika kau terjaga malam, menangis sorang-sorang sampai hampir kehilangan nafas. Dan keesokan, mata bengkak, kau terpaksa cover dengan semua orang yang kau jumpa. Susahnyalah”

“Ingat balik ketika dia menabur janji setinggi langit untuk menemani setiap satu kisah perjalanan kalian, akhirnya, satu pun dia tak tunaikan, malah dia biarkan semuanya hilang begitu sahaja. Dia tinggalkan kau seorang diri”

“Ingat balik ketika kalian bersama. Kau senyum lebar bila dia kata dia datang untuk menghargai setiap satu apa yang tuhan ciptakan pada kau, tapi hari ini, kau bertukar kecewa, sebab dia sendiri yang bawa lari senyuman yang dia ciptakan”

“Ingat semula, ketika mana kau teringatkan dia, dia sendiri langsung tak ingat segala jalan cerita lampau antara kalian. Hanya kau sorang yang beriya-iya”

“Ingat semula ketika sambutan birthday, dia tak lagi mahu menyambut bersama kau untuk tahun-tahun seterusnya. Dan dia lagi mahu menyambut dengan orang-orang lain, yang mungkin dia anggap lagi bagus daripada kau”

“Ingat semula ketika keluarga kau tanya soalan apa jadi pada hubungan kalian, kau sedaya upaya mengelak untuk tidak menjawab, dan ketika kau inginkan jawapan yang sebenar, dia telah tunjukkan jawapan dengan memalingkan diri”

Paling penting.

“Ingat semula, tika mana esok kau dah berjaya jadi orang yang lebih bagus, lebih berjaya. Ketika kau punyai segala-galanya lebih daripada dia sangka dahulu. Dan sebenarnya, kau dah bebas daripada orang-orang yang tak layak untuk bersama dengan kau”

“Dunia ini, cukup adil untuk orang yang kecewa macam kita”

“Jangan risau”

“If someone is the right person for us, they will come back into our lives no matter how far away they drift”

Syafiq Ridhwan

Ikuti penulisan beliau disini : https://www.facebook.com/syafiqridhwan70.

Jom baca posting saya berkaitan ‘Jangan Mudah Memberi Janji’ disini : https://amirazman.my/jangan-mudah-memberi-janji.

Leave a Comment