CintaMotivasi

Jangan Cepat Give UP !

jangan cepat give up

Jangan cepat give up. Kalau awak sukakan seseorang itu, dan awak rasa dia adalah orang yang tepat, kenapa tidak awak berjuang untuk itu. Cuma pastikan dulu dia memang benar-benar single. Then tiada masalah untuk awak bersungguh-sungguh.

Andai ibu bapa dia tak suka, awak boleh berusaha memujuk. Tunjukkan yang awak benar-benar dah bersedia. Even kalau awak awak belum bersedia pun, berlaku jujur dengan mereka. Terangkan apa perancangan yang awak akan lakukan sedikit demi sedikit. Sebab kebanyakan mereka ini hanya mahukan kepastian.

Andai dia rasa awak tidak sesuai, buktikan yang awak adalah orang yang tepat. Tunjukkan yang awak ini serius. Tak main-main. Ikhlas nak jadikan dia teman sehidup semati.

Andai awak rasa duit jadi halangan, usaha cari sebaik yang mungkin. Sesuaikan majlis kelak mengikut bajet yang awak ada. Tak semestinya syarat berkahwin kena khemah banyak, kena pelamin mahal, kena lauk pelbagai. Tak.

Dan kalau semuanya awak dah usaha. Tapi tetap juga dia berlalu pergi. Biarkanlah. Sebab mungkin dia bukan orang yang tepat. Sebab mungkin ada orang yang lebih baik menanti.

Kalau awak dah usaha semua, tetap saja tidak dihargai. Mungkin awak bukan hal-hal yang penting dalam hidup dia. Sebab manusia akan mengutamakan perkara yang penting dahulu sebelum pergi ke perkara yang lain.

Jangan sedih.

Dalam hidup ini, tak semestinya apa yang kita dah perjuangkan mati-mati itu akan jadi milik kita. Perjuangan, usaha, itu akan jadi pengajaran dan pengalaman satu masa kelak.

Tika mana kita sudah bahagia dengan apa yang tuhan beri.

Syafiq Ridhwan

Ikuti penulisan beliau disini : https://www.facebook.com/syafiqridhwan70.

Jom baca posting saya berkaitan ‘Freelance Sepenuh Masa’ disini : https://amirazman.my/freelancer-sepenuh-masa.

No Responses

%d bloggers like this: