Kehidupan

Ke Arah Malaysia Baru 2018

malaysia baru 2018Baru-baru ini pada 9 Mei 2018, telah berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dimana keputusannya agak mengejutkan dan membawa kita ke arah Malaysia Baru 2018. Kejatuhan parti Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato’ Seri Najib Razak telah membuktikan kuasa rakyat dan suara rakyat majoriti mampu menjatuhkan mana-mana parti walaupun Barisan Nasional telah mentadbir kerajaan persekutuan lebih daripada 60 tahun.

Ini menunjukkan, sebahagian besar daripada rakyat menolak untuk menerima BR1M tambahan sekiranya Barisan Nasional menang, malah memilih untuk menerima kerajaan baru daripada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad pada usia hampir 93 tahun yang juga merupakan Perdana menteri Malaysia ke 4.keputusan pru 14 2018Kubu kuat Barisan Nasional seperti Johor dan Negeri Sembilan juga menunjukkan majoriti menginginkan perubahan pentadbiran walaupun terpaksa mengorbankan bekas Menteri Besar yang ada pada negeri-negeri yang bertukar pentadbiran daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Pakatan harapan buat masa ini mendapat mandat untuk mewujudkan kerajaan negeri di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan juga Pulau Pinang. PAS pula diberikan mandat membetuk kerajaan negeri untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Barisan Nasional masih lagi mentadbir beberapa buah negeri iaitu Sarawak, Pahang dan juga Perlis. Kerajaan negeri untuk negeri Kedah, Sabah dan Perak buat masa ini masih belum ditentukan.

Gambar dibawah menunjukkan daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen, Pakatan Harapan mendahului dengan 113 kerusi, diikuti oleh Barisan Nasional dengan 79 kerusi. PAS pula berjaya mendapatkan 18 kerusi dan parti-parti lain sebanyak 12 kerusi.kerusi parlimen malaysia 2018Dibawah pula gambaran kerusi parlimen dan negeri mengikut parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum yang ke 14 (PRU14).parlimen parti mengikut negeriParti Barisan Nasional jatuh pada GE14 kali ini bukanlah kerana parti tersebut tidak relevan lagi, tetapi disebabkan oleh sikap segelintir pucuk pimpinan parti tersebut yang tidak disukai dan ditolak oleh majoriti rakyat. Walaupun begitu, pihak kerajaan serta pembangkang yang baru diharap dapat berganding bahu untuk mewujudkan Malaysia yang lebih maju dan sejahtera demi masa depan rakyat serta generasi yang akan datang.

Ingat ! Setiap undi itu sangat bernilai dan dikira untuk menentukan pemimpin anda. Sekiranya ada isu berkaitan kerajaan, kita sering salahkan kerajaan sedangkan pada pucuk pangkalnya adalah salah kita sekiranya kita sendiri tidak bertindak untuk mengundi.pilihan raya umum 2018Semoga dengan pucuk pimpinan kerajaan yang baru dapat melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan dengan amanah dan telus serta bertanggungjawab dan mesra rakyat. Selamat datang Malaysia Baru 2018 !

Jom baca pengalaman saya menjalankan perniagaan topup disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment