Kehidupan

Kelebihan Portal Online MyASNB

kelebihan portal online myasnb

Setelah sekian lama, baru hari ini saya berjaya cipta akaun portal online MyASNB disini : https://www.myasnb.com.my. Apabila dapat akses MyASNB secara online, memberikan kelebihan untuk kita sebagai pelabur atau pengguna untuk remenyemak baki pelaburan atau menambah pelaburan kita dengan pantas dan mudah.

MyASNB ini boleh diakses oleh produk ASNB seperti yang disenaraikan dibawah :

  • Amanah Saham 1 Malaysia
  • Amanah Saham Bumiputera
  • Amanah Saham Bumiputera 2
  • Amanah Saham Didik
  • Amanah Saham Malaysia
  • Amanah Saham Nasional
  • Amanah Saham Wawasan 2020
  • ASN Equity 2
  • ASN Equity 3
  • ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1
  • ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 2
  • ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 1

Sebelum ini saya tidak dapat gunakan portal ini disebabkan nombor telefon yang tidak berdaftar untuk terima TAC. Pernah dah berurusan untuk kemaskini nombor telefon, mungkin kerana kelalaian saya atau sistem, kemaskini kali pertama gagal.

Semalam, setelah berjaya kemaskini nombor telefon saya, saya dapati sebarang urus niaga jualan balik, pertukaran antara akaun atau pemindahan tidak boleh dilakukan di portal pada masa ini.

Untuk urusan pelaburan tambahan pula, memerlukan RM100 sekurang2nya dan pembayaran dilakukan menggunakan servis FPX.

Kira okaylah pengguna tidak lagi perlu ke bank atau pejabat pos untuk menyemak baki pelaburan atau urusan pelaburan tambahan sekiranya sudah dapat mengakses portal online MyASNB.

Jom baca posting saya berkenaan ‘Doa dan Sedekah’ disini : https://amirazman.my/doa-dan-sedekah.

4 Comments

  1. Zafirah nazri
%d bloggers like this: