BisnesKehidupan

Nak Maju? Tinggalkan Dunia Topup!

tinggalkan dunia topup

Nak Maju ? Tinggalkan Dunia Topup !

Gulp ! Ini kata-kata yang saya terima daripada antara insan yang terawal yang memperkenalkan saya kepada dunia perniagaan topup dalam beberapa minggu lepas. Rasanya sudah hampir 10 tahun saya menjalankan perniagaan topup secara serius dan lebih 5 tahun terawal secara ‘on off’ semasa masih lagi di sekolah menengah. Sebelum ini, ikutkan saya sendiri pernah terfikir untuk tinggalkan dunia topup. Tetapi tidak saya tinggalkan. Kenapa ?

perniagaan secara serius

Apabila saya mula menjalankan perniagaan topup ini secara serius, saya sedar bahawa walaupun produk tambah nilai ini merupakan produk ‘wajib beli’ dan mempunyai permintaan yang ramai dari pengguna, namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peniaga topup berhenti separuh jalan daripada terus konsisten menjual produk tambah nilai ini. Antaranya :

  • Kadar keuntungan setiap produk yang rendah (tidak melebihi 10%) walaupun permintaan agak tinggi.
  • Sistem yang ditawarkan kadangkala bermasalah, terdapat maintenance atau masalah sistem itu sendiri.
  • Kesilapan daripada penjual itu sendiri ketika membuat transaksi jualan tambah nilai menyebabkan kerugian.

Selain itu, mereka yang mencari dealer dan agen topup secara online, lebih kritikal masalah yang mereka perlu hadap. Antaranya :

  • Kanak-kanak dan budak-budak minta topup percuma.
  • Pertanyaan berkaitan telco seperti semakan blacklist telco, pelan telco terbaik atau sebagainya.
  • Cubaan penipuan secara online, 3rd party scam dan lain-lain yang berkaitan.

Oleh sebab itu, saya sebagai seorang yang ingin memenuhi kehendak pengguna, sentiasa mencari ruang dan peluang yang terbaik untuk diberikan kepada mereka. Banyak yang perlu saya beri perhatian seperti prestasi sistem, reliabiliti syarikat, kekuatan servis pengguna dan faktor-faktor lain untuk saya terus kekal memilih satu sistem terbaik. Sehinggalah kini saya kumpulkan dalam satu komuniti yang diberi nama Topup Niaga Network.

hustler

Walaupun kelihatan seperti tidak berbaloi hasil dengan usaha, tetapi perjalanan saya untuk ke arah ini telah banyak mendorong saya untuk meneruskan perniagaan dalam dunia topup ini. Antara sebab terbesar mengapa saya tekad untuk meneruskan perniagaan ini :

  • Aset online yang sudah saya bina bertahun-tahun khas untuk perniagaan ini sahaja sudah agak banyak. Laman sesawang, Search Engine Optimization (SEO) yang saya lakukan bertahun-tahun sehingga laman web saya dapat bersaing untuk tempat teratas di dalam carian Google.
  • Iklan yang merata-rata di forum, blog, hyperlink, facebook dan sebagainya yang mana iklan tersebut akan terus kekal ada dalam dunia online.
  • Branding komuniti yang saya bina daripada scratch/zero sehinggalah mempunyai ribuan followers yang serius dan komited.

Untung tak banyak ? Tak apa. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kan ? Tambahan lagi, ada banyak kelebihan lain yang boleh saya dapat seperti building network sesama ahli komuniti, perbincangan meluas berkenaan bidang telekomunikasi dan sebagainya. Semuanya mendekatkan lagi saya dengan dunia perniagaan dan banyak mengajar saya dalam bidang perniagaan. Yela, sebab kebanyakannya sudah semestinya merupakan peniaga kan.

perniagaan pertama

Perniagaan Topup juga merupakan perniagaan pertama yang saya cuba ceburi sejak dari sekolah rendah, memang susah nak tinggalkan dunia topup ! Haha !

Jom Baca Pengalaman Saya Menjalankan Perniagaan Topup Disini : https://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.

Jom Baca Kepentingan Laman Web Untuk Perniagaan Disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

%d bloggers like this: