BisnesKehidupan

Pendidikan Vs Kerjaya

Pendidikan Vs Kerjayapendidikan vs kerjaya

Memang dah terniat untuk tulis tentang Pendidikan VS Kerjaya, dan tiba-tiba hari ini terbaca 1 post tentang “belajar tinggi-tinggi, gaji ciput”. Memang ada kena-mengena juga dengan jalan hidup saya sekarang. Anda boleh lihat post berkaitan Pendidikan Vs Kerjaya tersebut disini https://facebook.com/IKGMediaOfficial/posts/533666333699194.

Belajar tinggi mana ? Gaji berapa ? Antara soalan-soalan cepu emas yang sering ditanyakan kepada anak-anak muda. Soalan yang berkisarkan tentang rezeki dan takdir. Tak cukup dengan itu, ditambah pula rencah dengan ‘belajar tinggi dah, pasaipa gaji hang ciput ?‘, ‘pasaipa hang kerja lain, belajar lain?‘, ‘buat penat ja hang belajar tinggi-tinggi‘.

Sampaikan mentaliti sesetengah masyarakat sekarang, belajar kerana nak gaji tinggi, nak hidup senang sedangkan pendidikan itu bertujuan untuk pelajar menimba ilmu, membentuk sahsiah seperti disiplin, moral dan juga pengalaman sebagai pendedahan kepada bidang yang mereka ceburi.

rezeki belajar

Terlalu banyak isu pekerjaan yang dikaitkan dengan pendidikan antaranya isu pengangguran graduan, isu majikan yang demand pengalaman, isu graduan yang demand gaji dan banyak lagi. Sehinggakan ada graduan yang give up dan bekerja disektor yang berlainan dengan bidang yang diceburi. Itu belum dikira lagi dengan isu lambakan pekerja sektor awam dan umur persaraan wajib yang semestinya memberi impak kepada bakal pekerja baru.

Bagi mereka yang berpendidikan pula, ada orang dapat bidang yang diminati, ada yang tidak. Ada juga yang belajar tak tinggi pun. Rezeki, jalan cerita, pengalaman, dan kekuatan setiap orang lain-lain. Choose your own path. Not the one your parents, friends or society wish you to walk. Learn your past, find your path.

belajar tinggi untuk bekerja

Di zaman ramai orang bercita-cita nak jadi doktor (sekolah rendah), saya dah terjebak dengan cybercafe. Of course sebab main game especially game online. Bertahun-tahun tak serik ke cybercafe walaupun sampai pernah hilang basikal, telefon bimbit, macam-macam lagi. Sebab apa ? Saya sangat minat dengan komputer WALAUPUN saya tak ada komputer.

Zaman ini juga saya mula berfikir untuk buat bisnes topup. Itulah antara sebab lain saya ke cybercafe pada masa itu, Internet. Di internet ada pelbagai informasi yang berguna kalau dimanfaatkan secara baik. Boleh baca disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.

Dalam kehidupan, saya memang banyak melawan arus. Selepas SPM, saya dapat 2 tawaran sambung belajar, Matrikulasi dan Asasi Kejuruteraan UIA. Ini antara arus paling deras, haha ! People expect saya akan pilih Asasi, tapi pilihan saya adalah Matrikulasi. Memang banyaklah mulut-mulut yang berbunyi bahawa pilihan saya ini salah, merugikan. Well, mesti ada hikmahnya disebaliknya kan ?

Selepas Matrikulasi, saya menerima tawaran bidang yang saya minati, Kejuruteraan Perisian dan juga berjaya dapatkan ‘laptop 2nd hand pertama’ saya yang berspefisikasikan Windows XP, Intel Pentium Acer TravelMate 290 dengan harga lebih kurang RM500 hasil daripada beberapa bisnes online yang saya jalankan secara ‘main-main’ pada masa itu.

acer travelmate 290

Maka bermulalah soalan arus kedua. ‘Bagus ke kerja komputer ada masa depan ke?‘, ‘ada demand ke kerja bidang komputer?‘, ‘Apa je kerja bidang komputer ni?‘. Well, saya minat bidang ini, dan saya yakin saya boleh teruskan hidup dalam bidang ini. Saya taknak berperasaan ‘terpaksa kerja’ semata-mata nak sejukkan mata semua orang, and lastly saya yang derita. I have passion, let passion drives me.

Follow the flow, saya teruskan pengajian degree Software Engineering dan teruskan buat duit online secara sambilan. Taklah banyak mana, tapi boleh la buat makan-makan. Total ribu-ribu jugak so banyak jugalah membantu sebenarnya. Boleh lihat bagaimana saya buat duit online secara sambilan disini : http://amirazman.my/cara-buat-duit-online-percuma.

Tamat sahaja degree, timbul pula soalan arus ketiga. ‘Bila nak kerja?‘, ‘sampai bila nak menganggur?‘. Saat graduan sibuk mencari kerja disana sini, saya terpacak dirumah. Resume yang graduan hantar kesana sini, tidak saya sentuh. Jujur saya katakan, dokumen resume tersebut dah infected dengan virus ransomware dan belum terfikir untuk buat yang baru. Ada juga saya sediakan resume tetapi dalam platform laman web sahaja.

graduan menganggur

Sehingga kini, saya masih lagi menjalankan perniagaan dalam sektor telekomunikasi & teknologi, tidak bekerja secara ‘official’ seperti perlu mengikut masa pejabat dan lain-lain. Saya lebih banyak berbisnes secara online berbanding offline dengan pendapatan yang tidak menentu tetapi alhamdulillah, cukup. Dan tahun ini, target saya adalah untuk startup sistem perniagaan yang sesuai di Malaysia. Dah dapat gather beberapa orang team members untuk menghidupkan projek ini. Cabaran dan dugaan, please be nice to us. Haha !

tawakal-dlm-rezeki

Pendidikan Vs Kerjaya. Normal. Mereka yang tiada pendedahan, kurang pengetahuan, pasti takut dan risau untuk mencuba. Apa yang anda perlukan adalah yakin dan tahu potensi yang anda boleh capai. Abaikan kata-kata yang boleh meruntuhkan momentum anda dan jalan terus! Rezeki tuhan yang bagi, satu hari nanti pasti anda akan jumpa jalan yang sesuai dengan hidup anda. Pendidikan adalah proses pembelajaran hidup. Gaji tinggi tak tinggi itu tidak penting, yang penting adalah ‘kecukupan‘. Soalan yang lebih penting, ‘Awak bahagia?

Leave a Comment