BisnesKehidupanTelekomunikasi

Pengalaman Menggunakan Freenom

pengalaman menggunakan freenom

Dalam saya sedang setup Web Host Manager (WHM) kedua untuk Hosting Malaya, teringin saya berkongsi pengalaman menggunakan Freenom sebagai Domain Provider. Domain adalah adress ataupun alamat untuk laman web anda. Domainlah yang membawa konten laman web kepada pelawat dengan mudah selain daripada menggunakan IP Address.

Saya pernah membuat post berkenaan ‘Apa Itu Domain dan Hosting’ di HostingMalaya.Com jadi sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh terus pautan ini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.

Dalam saya menggunakan Freenom selama 3 tahun lebih ini, kebanyakannya saya berpuas hati apabila tiada masalah. Harga yang mereka berikan juga sangat kompetitif dan jimat berbanding kebanyakan domain provider yang lain. Saya senaraikan harga domain yang sering digunakan dan ditawarkan oleh domain provider Freenom dibawah :

harga domain freenom

Sebelum terlupa, Freenom juga ada menyediakan domain percuma seperti .tk, .ml, .gq, .cf dan juga .ga dengan syarat-syarat yang tertentu. Jadi untuk sesiapa yang ingin berjinak-jinak untuk mencuba mereka laman web, memahami sistem domain dan hosting atau sebagainya bolehlah gunakan Freenom sebagai pengenalan sebelum menggunakan yang berbayar. Anda boleh lihat di http://www.freenom.com untuk maklumat lanjut.

Walaupun begitu, sepanjang saya menggunakan Freenom sebagai domain provider, ada juga beberapa kekurangannya dan kekurangan ini sangat-sangat tidak disukai oleh pengguna iaitu masalah customer servis yang perlahan. Selain itu, laman sosial Freenom juga sangatlah tidak aktif. Ada juga sebahagian hosting atau domain provider yang sebegitu, tetapi yang jenis underground atau yang tidak terlalu serius dengan perniagaan dalam bidang tersebut.

Nak kata slow mana customer servis tu, boleh la nilai sendiri daripada screenshot yang saya sediakan dibawah. Biar gambar berbicara. Haha.

support freenom

review support freenom

pengalaman guna freenom

Walaupun begitu, domain provider Freenom menyediakan pelbagai jenis domain daripada A sampailah ke Z dengan harga yang berbeza-beza mengikut nama domain. Tetapi domain .my tak adalah ya, sebab domain .my hanya terhad kepada Malaysia sahaja dan pendaftarannya agak ketat berbanding top level domain yang lain. Anda boleh lihat senarai penuh harga domain tersebut disini : http://www.freenom.com/en/pricechart.html.

Ini pengalaman saya menggunakan Freenom sebagai domain provider. Bagaimana pula dengan anda ? Apa domain provider yang sering anda gunakan ? Berbaloi harga dengan apa yang anda dapat atau tidak ? Kongsikan dengan saya diruangan komen.

Jom Baca ‘Tips Buat Duit Online’ disini : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online .

Jom baca ‘Tips Menjimatkan Data Internet’ disini : https://amirazman.my/tips-menjimatkan-data-internet.

Leave a Comment