Kehidupan

Persepsi Sinis Kepada Graduan

graduan universiti kini

Hah ! Sengaja saya publish post ini dengan tajuk ‘persepsi sinis kepada graduan’ kerana masyarakat kita kebanyakannya memang memandang sinis dengan graduan dari pelbagai aspek seperti kos ataupun jurusan graduan, peluang kerjaya, gaji dan juga pengalaman. Graduan pula dikatakan ‘demand’ dengan gaji yang dikatakan tidak sesuai dengan kos sara hidup pada masa kini.

Jangan risau dengan persepsi sinis tersebut. Itu normal. Sebab kita memang dari kecil dah dilatih untuk belajar, dan bekerja seperti ‘kilang’ sejak dari bangku sekolah lagi. Terasa nak lihat dari persepsi yang mungkin anda tak pernah nampak ? Jom tonton video dibawah ini.

Sebenarnya apa input yang kita mahu anak-anak muda ini dapat dari proses pembelajaran mereka ? Hantar mereka ke sekolah untuk mereka belajar, kenali cita-cita mereka sendiri, atau mahu mereka mencapai cita-cita kita ? Yang mana satu lebih utama ?

Kita cerita hal realiti lah ya. Pelajar mengisi UPU dengan 8 pilihan jurusan dan universiti yang diminati. ATAU… ada yang terpaksa memilih jurusan pilihan ibu bapa mereka. Terpulang. Bila keluar keputusan UPU, ada yang terima jurusan yang diminati. Ada juga yang terima jurusan pilihan ibu bapa, dan ada juga terima jurusan yang sememangnya mereka tidak isi langsung dalam 8 pilihan tersebut.

pilihan upu

Diatas merupakan contoh pilihan UPU yang saya ambil dari Google. Mungkin akan ada yang mempersoalkan kenapa buat pilihan multimedia dipilihan pertama tetapi letak kejuruteraan awam dipilihan ke 6 sedangkan kejuruteraan awam lagi bagus ? Pilihan ini hampir sama dengan pilihan saya dahulu dimana saya memilih Software Engineering pada pilihan pertama, dan Civil Engineering pada pilihan kedua.

Sebab ? MINAT. PASSION. Saya minat dari zaman sekolah rendah lagi berkenaan komputer. Ibu saya sendiri pernah dipanggil ke sekolah oleh GPK HEM sekolah rendah diatas sebab saya yang pergi ke cyber cafe diluar waktu sekolah. Awal-awal lagi minat saya dah disekat. Haha !

Persepsi masyarakat terhadap jurusan yang diambil oleh pelajar adalah :

  • Senang tak course tu ?
  • Senang dapat kerja tak ?
  • Nanti keluar gaji berapa riban ?
  • Dan banyak lagilah soalan makcik-makcik bawang yang lain.

Soalan berkisarkan rezeki ni susah nak jawab makcik. Ada yang bertukar aliran, minat, dan macam-macam. Rezeki, jalan hidup orang adalah berbeza-beza. Yang penting, kerjaya tersebut sesuai dengan gaji dan gaya kehidupan. Lagi tinggi gaji, kebiasaannya lagi tinggilah tekanan dan tanggungjawab yang akan dihadapi. Jangan terkejut kalau dengar cerita engineer pun berhenti dan jadi pensyarah. Kebanyakannya adalah sebab tanggungjawab dan tekanan yang dihadapi sebelum ini.

kill yourself

Penting ke minat ?

Hidup ini adalah proses pembelajaran. Anak-anak muda ini belajar daripada pengalaman daripada apa yang mereka nampak, dengar, dan hadapi. MINAT dan INGIN BELAJAR ini adalah antara yang penting menjadi aras senang atau tidak jurusan tersebut. Emosi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Banyak juga kes pelajar yang berhenti separuh jalan disebabkan oleh tiada minat, tekanan dan pelbagai lagi masalah-masalah lain.

passionately curious

Senang dapat kerja ?

Wooooo.. Maut soalan. Kerja dekat mana-mana ada. Kalau tak kesah dengan gaji, bersepah kerja dekat luar sana, cuma perlu buat pilihan yang bersesuaian dengan kehidupan dan tanggungjawab. Kita dah disuap dengan minda ‘kau kerja penjawat awam, ko kerja opis, kau kerja cikgu, selamatlah hidup ko’. Universiti awam, swasta, politeknik dan sebagainya juga semakin bertambah dari hari ke hari. Memang betul, ada graduan yang menganggur, tiada kerja, tiada pengalaman seiringlah dengan umur persaraan wajib yang juga meningkat kan ? Fair and square. Give them chance maybe? Terlalu memilih pekerjaan bersesuaian dengan pendapatan juga adalah faktor utama, tak dinafikan.

persepsi sinis kepada graduan

Apa pandangan Jack Ma, Billionaire daripada China yang merupakan pengasas AliBaba Group terhadap apa yang perlu anda lakukan pada umur 20-60 tahun ? Lihat video dibawah.

Jangan takut dengan kesilapan. Jangan takut dengan persepsi sinis kepada graduan. Dengan kesilapan, anak-anak muda ini akan belajar sesuatu dan akan membuka mata mereka bagaimana cara untuk mereka berjaya pada masa yang akan datang. Not all those who wander are lost.

lost in life

Satu soalan mudah daripada saya. Ada atau tidak ‘kerjaya pilihan anda’ terselit pada gambar diatas ? Tidak berjayakah mereka ?

**Elaun SL1M dah naik jadi RM2k ni. Tak taulah nak promot ke tidak. Hahahaha.

Jom baca post saya berkaitan Pendidikan VS Kerjaya disini : http://amirazman.my/pendidikan-vs-kerjaya

2 Comments

Leave a Comment