Kehidupan

Realiti Kehidupan

realiti kehidupan

Realiti kehidupan. 2 perkataan yang sangat luas untuk dijelaskan. Realiti kehidupan dalam pendidikan pula bagaimana ?

Dibawah ini video ‘I JUST SUED THE SCHOOL SYSTEM’ daripada Prince Ea, saya setuju tentang sistem pembelajaran yang kita ada sekarang perlukan evolusi.

Baru-baru ini saya ada terlihat filem berkaitan dengan guru yang membuka minda saya dalam meneliti apa itu realiti kehidupan yang disiarkan di Astro Citra. Movie tersebut berjudul ‘Adiwira Ku’, yang mana saya rasakan pengisiannya sangat baik, penuh dengan emosi dan memberikan kesan kepada sesiapapun yang menonton filem ini. Memang saya sarankan cikgu-cikgu, guru-guru untuk menonton filem ini.

Filem ‘Adiwira Ku’ ini adalah filem ‘based on true story’ dan yang menariknya, juga dilakonkan oleh watak-watak yang ‘original’. Kalau tidak silap saya, filem ini cuma mengambil masa 13 hari untuk di’shoot’ dengan hampir kesemuanya tidak mempunyai pengalaman berlakon. Walaupun demikian, garapan emosi, penceritaan, dengan loghat utaghanya, semuanya pada pendapat saya mengalahkan filem-filem klise di Malaysia. Yang sedihnya, filem ini kurang diketahui umum, mungkin disebabkan bajet untuk promosi, dan juga tayangan yang terhad.

Jom saya belanja trailer ‘Adiwira Ku’ dibawah. Kalau minat boleh terus tonton, pandai-pandai ler cari sumber. Haha !

Bagaimana seorang guru cuba untuk attract pelajar-pelajarnya untuk belajar, memberikan masa, wang ringgit tanpa putus asa hanya untuk melihat anak didik mereka berjaya. Pelajar-pelajar pula daripada pelbagai taraf kehidupan dan disinilah kita dapat lihat bagaimana mereka yang masih muda perlu menggalas beban dan tanggungjawab yang sangat besar.

Ada pelajar yang kehidupannya sangat susah, sehinggakan terpaksa ponteng sekolah semata-mata untuk bekerja demi menyara keluarga kerana ayahnya yang sakit. Ada pelajar yang didera oleh ibunya yang mempunyai masalah mental dan sudah semestinya dari keluarga yang susah. Bagaimana seorang pelajar berusaha untuk mendapatkan beg sekolah baru untuk kakaknya dan berakhir dengan kemalangan maut pada malam raya.

Bagi saya filem ini sangat memberi impak kepada penonton, membuka mata kita betapa hebatnya dugaan pelajar-pelajar ini, sangat hebat untuk dibandingkan dengan usia mereka. Saya sarankan anda untuk menonton filem ini. Rating saya sudah semestinya 10/10. Khas untuk mereka yang ada hati sahaja ! Haha.

Ingin ketahui cara membuat aduan SKMM ? http://amirazman.my/cara-membuat-aduan-skmm

%d bloggers like this: