Kehidupan

Tips Elak Daripada Digodam

tips elak daripada digodam

Baru-baru ini, ada diantara klien saya yang mengalami masalah digodam oleh hackers beberapa kali sehingga ‘punca’ dijumpai dan diselesaikan. Tips elak daripada digodam ini diharap dapat membantu anda untuk mengelakkan berlakunya masalah akaun anda digodam oleh hackers yang berhati busuk.

Ada pelbagai cara hackers dapat menggodam anda sebagai contoh brute force attack, phishing, virus/trojan/malware, dan social engineering. Namun yang ingin saya highlightkan bagi netizen umumnya, ada 3 jenis maklumat yang menjadi hacker’s favorite iaitu :

  1. Maklumat laman sosial seperti akses Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
  2. Maklumat email seperti akses Yahoo dan Google. Sekiranya mereka dapat akses email, kebarangkalian segala akaun menggunakan email tersebut dapat digodam adalah tinggi.
  3. Maklumat perbankan seperti akses Maybank, CIMB, Bank Islam dan Paypal.

Untuk tips elak daripada digodam kali ini, anda perlu :

password yang susah digodam

  • Gunakan password yang selamat.

Gunakan password yang selamat disini memberi maksud password yang tidak dapat diagak oleh sesiapapun. Lagi panjang dan mempunyai kombinasi nombor, abjad dan simbol, lebih baik. Untuk mereka yang rajin untuk secure akaun mereka, bolehla menukar password secara berkala seperti 1-2 bulan sekali atau sekadar yang anda mampu.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai banyak akaun sebagai contoh akaun sosial, disarankan menggunakan password yang berbeza. Just in case sekiranya username dan password twitter anda digodam, jika akses anda sama dengan Facebook, bermaksud akaun Facebook anda juga berpotensi besar untuk digodam. Betul tak ?

suspicious activity digodam

  • Alert dengan suspicious activity.

Sentiasa beri perhatian dengan keadaan akaun anda. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan seperti suspicious login dari negara lain ataupun device yang tidak dikenali, sila tukar password anda secepat mungkin untuk mengelakkan daripada akaun anda daripada diakses oleh hacker. Jangan pandang remeh sekiranya anda terima email berkaitan dengan suspicious activity atau suspicious login.’

Kebanyakan sistem yang crucial datanya sekarang sudah mempunyai 2-step verification sama ada menggunakan SMS, Whatsapp, panggilan atau sebagainya untuk verifikasi akses anda. Sistem sekuriti tambahan ini dapat mengelakkan akaun anda daripada diakses tanpa kebenaran anda sendiri… melainkan device anda juga telah digodam atau anda sendiri telah memberi akses kepada hacker tersebut !

Kita ni kadang-kadang baik tak bertempat. Kah !

ransomware software file

  • Elakkan install suspicious file atau software.

Suspicious software ini sangat banyak. Kadang-kadang tengah download fail pun ada iklan untuk kita download software bukan-bukan ni. Agak bahaya untuk download suspicious file ni. Ada yang bila kita download dan klik je, terus active software tersebut dekat device kita. Sebagai contoh virus/malware/trojan, keylogger ataupun lagi malang, ransomware berpontensi tertanam dalam device kita dan berpotensi untuk kehilangan kesemua data dalam device anda.

Hackers ni banyak je trick dia untuk kita klik file atau software tersebut. Klik untuk view imej la, klik untuk download software yang impossible dapat percuma la, dan lain-lain. Ni contoh, so kalau rasa dapat email dari strangers untuk download fail atau view image yang suspicious secara tiba-tiba, silakan ignore.

contoh email phishing

  • Abaikan Spam/Fake/Phishing Email.

Abaikan email yang menyatakan akaun perbankan anda suspended seperti Maybank, CIMB dan Paypal (ini yang popular) dimana hacker akan menggunakan teknik phishing, iaitu mereka akan minta anda reactivate akaun anda dengan cara mereka akan berikan link untuk anda klik. Apabila anda buka laman web tersebut, paparannya exactly seperti website perbankan yang original, tetapi sebenarnya adalah palsu.

Sekiranya anda mengisi details perbankan dilaman web tersebut, bermaksud anda telah memberikan akses perbankan anda kepada hacker tersebut kerana laman web palsu itu akan merekod maklumat yang anda isi untuk mengakses perbankan anda. Sama juga sekiranya anda terima email berkaitan tok arab derma la, orang kaya mati nak derma duitla, abaikan sahaja.

password yang selamat

Diharap 4 tips elak daripada digodam yang saya senaraikan diatas dapat membantu anda untuk memperkukuhkan lagi sekuriti akaun anda di dunia digital. Jangan lupa untuk gunakan 2-step verification sekiranya ada walaupun ianya sedikit leceh, tetapi lebih selamat. Mana lagi penting ? 🙂

Jom baca ‘Kelebihan Menjadi Sales Advisor Redone’ disini : http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone/redone.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Jom baca ‘Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup’ disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup .

%d bloggers like this: