Apa itu SPO2 pada smart watch dan bagaimana cara membaca atau mengukurnya ?
Sensor SPO2 digunakan untuk mengukur kadar oksigen dalam darah. Terdapat pelbagai jam tangan pintar yang mempunyai fungsi SPO2 sensor sebagai contoh Realme Watch, Apple Watch Series 6, Amazfit Series, Xiaomi Watch, Honor Magic Watch dan sebagainya. Jika anda lihat di Shopee, terdapat juga smart watch yang semurah RM20 yang ‘dikatakan’ mempunyai SPO2 sensor tetapi saya agak skeptikal dengan ketepatan bacaannya.
Menurut Realme Community melalui thread dari Produk Moderator Realme, beliau mengatakan SPO2 sensor boleh mengukur kadar kesihatan paru-paru, jadi sekiranya terdapat jangkitan pernafasan seperti pandemik COVID-19, SPO2 level akan menurun lebih rendah dari 94% dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor.
Sumber : https://c.realme.com/in/post-details/1277676306137350144.
Menurut Apple pula, majoriti akan mempunyai level oksigen dalam darah sekitar 95%-100%. Namun, sesetengah orang masih boleh hidup dengan normal dibawah 95%.
Sumber : https://support.apple.com/en-my/HT211027.
Melalui data yang diperlihatkan pada laman rasmi Realme Watch, kadar ketepatan mengukur SPO2 menggunakan Realme Watch jika dibandingkan dengan Professional Oximeter hampir sama.
Walau bagaimanapun, bacaan daripada smart watch ini hanyalah sesuai sebagai rujukan sahaja dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai asas untuk diagnosis dan rawatan.
Terdapat beberapa sebab lain juga mengapa SPO2 level akan menurun dibawah yang sepatutnya diantaranya :
- Penyakit berkaitan jantung.
- Penyakit berkaitan paru-paru.
- Penyakit gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnoea).
- Kekurang sel darah merah (anaemia).
- Lokasi altitude yang tinggi (mendaki gunung).
Sebelum ini, Youtuber Syakir daripada channel Monaliza juga pernah menyatakan pada review Smart Watch Amazfit Bip U dimana warna kulit juga memainkan peranan dalam proses bacaan SPO2 menggunakan jam tangan pintar tersebut.
- Perubahan pada kulit seperti tattoo atau sebagainya yang menyukarkan lagi proses bacaan sensor SPO2.
- Pergerakan atau jam yang dipakai dalam keadaan longgar.
- Sekiranya kadar degupan jantung terlalu tinggi (atas dari 150bpm) semasa dalam keadaan rehat.
Diharap post pada kali ini dapat membantu anda memahami apa itu SPO2 serta cara untuk mendapatkan bacaan level oksigen dalam darah dengan lebih tepat dengan menggunakan smart watch. Saya doakan semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Amiin.
Pendaftaran Agen Unifi/Maxis Fibre/TIME : https://amirazman.my/pendaftaran-agen-unifi-maxis-fibre.
Web Hosting Dilengkapi DDoS Protection : https://billing.hostingmalaya.com.