Pada kali ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat semakan laporan CTOS Score dengan mudah dan pantas. CTOS Score boleh dikatakan merupakan salah satu cara semakan status ‘kesihatan kredit’ anda dan digambarkan melalui pemarkahan 3 digit yang merangkumi penilaian kredit anda dan keupayaan anda dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan anda.
Dengan rekod daripada laporan CTOS Score, anda dapat meningkatkan lagi peluang untuk mendapatkan pinjaman serta semakan mengenai laporan kredit anda sama ada terdapat kecurian identiti atau tidak. CTOS Score juga memaparkan sekiranya anda mempunyai sebarang hutang dan juga status kebankrapan.
Untuk ketahui maklumat mengenai CTOS Score anda, anda boleh membuat pembelian melalui laman rasmi https://ctoscredit.com.my sekurang-kurangnya yang berharga RM24.85 untuk mendapatkan laporan CTOS Score dan rekod CCRIS.
Atau anda boleh dapatkan cashback sebanyak RM3 untuk pembelian laporan CTOS Score melalui aplikasi TNG Ewallet.
Penilaian CTOS Score dengan markah yang tinggi menunjukkan pemilik kredit tersebut mempunyai status kesihatan kewangan yang baik dan mempunyai peluang yang cerah sekiranya ingin membuat pinjaman atau loan pada masa akan datang.
Ketahui Cara Membuat Pembaharuan Debit Card Secara Online Disini : https://amirazman.my/pembaharuan-debit-kad-online.
Daftar Unifi Home & Business disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-unifi.