Kehidupan

Hanya Kerana Secebis Kebaikan

Hanya Kerana Secebis Kebaikan.

hanya kerana secebis kebaikan

*Posting ini telah ditaip pada 3 Januari 2018. Diperbaharui semula pada 24 Januari 2018.*

Tahun 2017 telah pun berlalu dan macam-macam telahpun berlaku. Sangat banyak sebenarnya kalau mahu diceritakan semua. Persoalan yang sebenarnya, adakah 2017 telah berjaya mengajar kita untuk hidup dengan lebih baik, ataupun tidak ?

becoming-a-better-person-shouldnt-involve-change-it-should-involve-growth

Saya sedikit terkedu dengan posting rakan saya ini. Apalah saja yang saya lakukan kepadanya. Mungkin sedikit sokongan yang saya mampu berikan untuk beliau kuat dan tabah menghadapi 2017 yang bagi saya agak mencabar dan hebat. Semoga tidak berbuih menjadi tempat bebelan saya berterusan. Kahkah !

a simple act of kindness

Apa yang mendorong kita untuk melakukan kebaikan sebenarnya ?

Sebab kita pernah berada di situasi yang sama, dan kita faham perasaannya waktu itu.

Sebab kita pernah melihat mereka yang diduga lebih hebat dari kita, maka kita juga turut bersimpati dan cuba untuk membantu.

Dari serendah-rendah masalah. Ada mereka yang berpendapat ibunya tidak memahami, adik beradik yang bermasalah, sehinggalah sebesar-besar kehilangan orang yang tersayang. Masalah hati antara masalah yang sangat besar.

masalah keluarga

Sejak 2 menjak ini, seringkali kita lihat kejadian seperti bunuh diri dan pelbagai lagi disebabkan oleh tekanan ataupun ‘depression‘. Apa salahnya, kita sebagai orang yang hampir dengan golongan ini, beri sokongan dan dorongan untuk mereka teruskan hidup seperti orang lain. Sokongan dan dorongan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka daripada melakukan perkara yang tidak diingini.

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

A simple act of kindness has the power to change a life. Ya. Tak salah kita gunakan sedikit kudrat untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah kita akan feel ‘kebahagiaan’ dan ‘kegembiraan’ apabila melihat senyuman mereka selepas kita membantu mereka. Rasa seperti puas hati, lega. Kan ?

Tidak semua apa yang dikurniakan kepada kita, termasuklah rezeki, adalah 100% milik kita. Ada juga rezeki orang lain melalui kita sebagai penyampainya. Tawakal sahaja. Semuanya mengajar kita untuk mengenal erti bersyukur dan redha akan ketentuanNya.

Hanya kerana secebis kebaikan itu boleh mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik, bermakna. Mungkin nampak kecil dimata kita, tetapi sangat besar dimata mereka. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

ad dhuha

Jom baca posting ‘Realiti Kehidupan’ daripada saya disini : http://amirazman.my/realiti-kehidupan.

Leave a Comment