CintaMotivasi

Jangan Mudah Memberi Janji

jangan mudah memberi janji

Jangan mudah memberi Janji. Sebelum benar-benar ingin jatuh hati kepada seseorang. Menuai janji-janji manis. Menuturkan setiap bait-bait bahasa indah. Menabur buih-buih rindu. Tanya dulu pada diri.

“Betul ke mampu beri komitmen”
“Betul ke dah bersedia”

Kita ini.
Soalnya selalu berkisar tentang komitmen.

Semua orang suka kalau bercakap soal hati ni. Tapi bila berhadapan dengan komitmen, tak semua orang bersedia. Nak bagi nafkah, nak pikul tanggungjawab, nak jaga anak orang, nak pegang amanah, nak pimpin ke shurga. segala – galanya. Tak semua orang bersedia. Tak semua orang berani lagi.

Terdiam lama.

Tenangkan hati. Jangan tergopoh – gopoh. Jangan kelam – kabut. Hati manusia sifatnya memang sentiasa berbolak balik. Atas sebab itu, doa selalu pada tuhan. Doa ditetapkan hati. Doa ditetapkan perasaan. Doa diteguhkan iman. Dan segala rahsia yang terpendam seisinya di dalam.

Tuhan. Bila – bila masa Dia boleh membolak balikkan setiap isi hati kita dalam masa sekejap. Jangan mudah memberi janji, kalau diri sendiri pun belum pasti.

Sama – sama doalah untuk kita.

Syafiq Ridhwan

Ikuti penulisan beliau disini : https://www.facebook.com/syafiqridhwan70.

Jom baca posting saya berkaitan ‘Tawar Hati !’ disini : https://amirazman.my/tawar-hati.

2 Comments

Leave a Comment