Adakah anda atau rakan anda pernah alami masalah green line pada telefon pintar ? Atau dipanggil juga masalah ‘lightsaber’, garisan hijau dan sebagainya.
Masalah ini sering berlaku pada telefon pintar memandangkan pengeluar skrin telefon utama sekarang adalah daripada Samsung. Pembagai jenama seperti Huawei, Apple, Xiaomi, Google, Oppo, Vivo dan banyak lagi jenama juga menggunakan skrin OLED daripada Samsung Display.
Anda boleh semak sama ada telefon pintar anda tersenarai atau tidak melalui laman web ini : https://oledera.samsungdisplay.com/eng/oledfinder.
Apabila masalah sebegini terjadi, anda perlulah semak dengan waranti telefon anda terlebih dahulu sekiranya masih lagi aktif. Kebanyakan pengeluar flagship memberikan warranty yang agak lama sebagai contoh dalam perkongsian ini, Xiaomi 13 mempunyai 2 tahun waranti daripada Xiaomi.
Apabila waranti anda masih aktif, anda boleh terus ke Official Store untuk membuat semakan. Kebiasaannya jika tiada masalah, mereka akan menukar telefon pintar tersebut kepada telefon pintar yang baru. Sebagai contoh dalam perkongsian ini, Xiaomi 13 akan diberikan dan jika tiada stok, akan digantikan dengan Xiaomi 14.
Setiap jenama mungkin ada prosedur tersendiri tetapi seperti yang diberitahu oleh pengguna ini, Xiaomi mengambil masa sekitar 3-5 hari bekerja untuk mungkin untuk inspection pada telefon pintar tersebut dan akan menggantikannya sekiranya tiada apa-apa masalah.
Walau bagaimanapun, sekiranya telefon pintar anda sudah tidak dalam tempoh waranti, tiada cara lain melainkan anda cuba untuk membuat pertukaran skrin di kedai 3rd party yang menelan kos mungkin agak tinggi juga untuk kualiti skrin yang sama. Terdapat juga yang lebih murah tetapi kualiti skrin kurang memuaskan. Pilihan di tangan anda.
Diharap perkongsian ini bermanfaat, dapat membantu sekiranya telefon pintar anda masih dalam waranti dan mengalami masalah green line ini, terus rujuk pada official store telefon pintar anda sebelum membuat keputusan untuk ke kedai 3rd party.
Sebelum ini pernah juga saya kongsikan green screen of death yang berlaku pada iPhone, boleh baca disini : https://amirazman.my/masalah-iphone-green-screen-of-death.
Jom dapatkan Web Hosting & Game Hosting dari Hosting Malaya disini : https://billing.hostingmalaya.com.