Pada beberapa minggu lepas, saya perasan ada masalah pada referral code aplikasi Setel Petronas saya, dimana dipaparkan referral code adalah XXXXX.
Walaupun saya cuba share di Whatsapp atau sebagainya, masih juga tertera XXXXX. Jadi saya abaikan sahaja dahulu mungkin bug dari sistem Setel. Sebab pernah sahaja saya encounter isu sebegini pada aplikasi atau sistem lain, tapi diselesaikan pada akhirnya.
Sehinggalah pada beberapa hari lepas, saya tengok masih sama, jadi saya semak di dalam apps Setel bahagian Support, saya klik Get help dan terjumpa ‘Chat with us’.
Saya inform mereka mengenai masalah tersebut dan escalate issue tersebut dan akan update pada email saya dalam masa 3-5 hari bekerja.
Dan dibawah adalah respond mereka.
Daripada respond ini, kemungkinan besar referral code saya blacklisted atau blocked sebelum ini. Agak pelik juga, sebab referral saya bukanlah ramai mana, 50 orang pun tak sampai. Haha. Atau mungkin tak boleh share di blog ? Sebab ada sahaja saya share sebelum ini berkenaan Kelebihan Menggunakan Aplikasi Setel Petronas.
Walau bagaimanapun, referral code tersebut sudah boleh digunakan semula dan bolehlah saya share kembali referral code ini. Jadi bagi sesiapa yang nak menggunakan aplikasi Setel, saya sangat rekemen menggunakannya lebih-lebih lagi jika anda sering mengisi petrol di Petronas. Sangat pantas dan mudah + auto link dengan mesra point !
Dapatkan aplikasi Setel Petronas disini : https://www.setel.com/ref/g2jzu.
Jadi inilah tujuan saya buat post ini. Mungkin ada yang akan search kenapa referral code Setel Petronas mereka XXXXX dan bermasalah tetapi tidak jumpa cara untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin akan terjumpa post saya ini.
Dan apa yang anda perlu lakukan :
- Pergi bahagian Support dalam aplikasi Setel, klik ‘Get help’.
- Scroll ke bawah sekali, akan ada ‘Chat with us’.
- Chat masalah anda, dan mereka akan respond dengan agak baik dan pantas.
Diharap perkongsian ini sebaik sebanyak dapat membantu sekiranya anda sedang atau akan alami masalah yang hampir sama. Semoga bermanfaat.