Pengorbanan.
Semalam saya ada terbaca 1 post di Facebook mengenai kesempitan untuk menampung perbelanjaan khasnya untuk anak-anak lebih-lebih lagi pada waktu-waktu sebegini dimana ekonomi sangat-sangatlah tidak menentu.
Teringat pula zaman masih bersekolah dahulu. Saya kategorikan diri saya sendiri sebagai orang yang boros. Makan ikut nafsu, spend duit ke cyber cafe ratusan malah mungkin ribuan ringgit semata-mata nak enjoy game & melayari internet. Mungkin juga sebab saya tinggal di asrama, jadi agak kurang sedar dengan keadaan di rumah, cukup makan ke, dan sebagainya.
Lagipun zaman budak lagi kan, desire curiosity tu semua sampai tenggelam rasa bersalah bila minta duit lebih nak belanja, dan sebagainya. Rasa bersalah bila fikir-fikir balik. Family kerja lebih, pinjam sana sini struggle untuk survive, kita pula meminta-minta.
Namun itulah pengorbanan ibu & bapa kepada anak-anak. Sanggup mengenepikan kehendak dan keperluan diri semata-mata untuk kesempurnaan anak-anak mereka.
Perkataan ‘tunggu dapat pinjam’ itulah yang mengubah dan menyedarkan saya betapa besarnya pengorbanan mereka untuk kita ini sedangkan kehendak kita sebagai anak tidaklah serius mana jika dibandingkan dengan keperluan mereka.
Itulah titik tolak dimana saya rasa saya perlu jana pendapatan sampingan walaupun sebagai pelajar dan berkongsi dengan keluarga rezeki yang ada.
Dari itu jugalah saya belajar dari zaman belajar lagi mengenali dunia blog & laman web, bisnes online, bisnes telekomunikasi dan sebagainya. Sehinggalah kini.
Saya harap masih ada kesempatan masa dan rezeki yang ada untuk diluangkan bersama keluarga. Begitu juga dengan anda.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telekomunikasi : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.
Kepentingan Laman Web Untuk Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.
Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.