Kehidupan

Provokasi Bukan Solusi

provokasi bukan solusi

Post berkenaan ‘Provokasi Bukan Solusi’ ini sengaja saya selitkan pada kali ini apabila melihatkan semakin kebelakangnya sahsiah dan akhlak lagi-lagi pada segelintir golongan muda dan belia pada hari ini. Kita dapat lihat dengan jelas perkara ini berlaku sejak kehangatan PRU baru-baru ini sehinggalah kini dan saya tidak pasti, akan berapa lama lagi sifat negatif ini akan terus terjadi.

Saya faham, setiap persatuan mempunyai dasar dan matlamat yang berbeza. Yang saya tak faham, bagaimana ‘cara’ kita meraikan perbezaan dasar dan matlamat itu sendiri. Setiap hari, scroll sahaja Facebook, pasti akan ada posting berbaur provokasi di mana-mana. Provokasi disini memberi maksud perbuatan atau kata-kata yang membangkitkan kemarahan.

solusi vs provokasi

Ramai dalam masyarakat kita yang terkesan, sama ada hubungan kekeluargaan, hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan, malah hubungan dengan guru juga terjejas disebabkan oleh provokasi. Jujur saya katakan, antara punca terbesar kerenggangan hubungan dalam bermasyarakat adalah disebabkan oleh provokasi, yang juga menjurus kepada penetapan mindset diri kita.

Dan segelintir masyarakat kita pula apabila dah terbiasa melakukan provokasi, sehinggakan dah tertanam dalam minda kita, malah kita sendiri tidak sedar sebenarnya tutur kata dan perbuatan kita itu sendiri adalah provokasi sebenarnya.

Bro, aku tak provoke sesiapa. Aku hentam parti tu ja, statement dia tak boleh pakai, so kita kena perli sindir geng mereka habis-habisan ! Gua tengah tunggu ja bila dia nak silap langkah. Kahkah !

maksud provokasi

Maka plot sindir-menyindir pun berlaku. Apa otak hang fikir perli sindir ni tak mengundang provokasi ka ? Saya faham, kita semua mencari yang terbaik, yang betul walaupun tidak ada satu pun yang sempurna, tetapi bila kita membuat sesuatu posting yang mengundang negatif seperti kutukan, perlian, pastu kawan-kawan hang pun komen sekali kutuk sama, so hang rasa hang dapat dosa berjemaah ka pahala berjemaah ? Your mouth spit venom, or it can mend a broken soul.

Kau apa tau, dosa orang yang kami kutuk tu lagi besar dari dosa kami ni yang mengutuk dia. Kah !

Ada banyak lagi cara yang lebih berhikmah dan bijaksana, nasihat dan pengajaran yang baik yang boleh kita gunakan. Provokasi bukan solusi satu-satunya yang ada, malah bukan pilihan terakhir yang ada pun.

Alahhh ko ni pun. Biasalah kami bukan nabi, mestilah tak sempurna. Mesti ada salah silap.

Cara hang cakap macam hang ‘ter’buat, tak sengaja buat silap. Tapi hari2 yang hang buat tu ? Sebab kita dah terbiasa. Dah tertanam dalam diri kita. Tengok family kita buang sampah bersepah, kita biarkan. Orang memberi, kita tak ucap terima kasih sebab rasa janggal, kita tak biasa ucap. Anak-anak kita pun melihat, mereka pun akan lakukan perkara yang sama pada masa akan datang sebab kita tak ada inisiatif untuk ubah bermula dari diri kita.

cara mengelakkan provokasi

Persoalannya, sampai bila ? Manusia adalah sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal, sangat istimewa. Kalau sikap ini kita tidak ubah dari dalam diri kita sendiri, jauh lagi untuk kita ubah dalam masyarakat. Segalanya perlu bermula dari dalam diri individu masing-masing. Jaga hubungan baik dengan orang lain walaupun berbeza pendapat khususnya politik. Kita boleh jadi lebih baik dari ini.

Khas daripada saya, orang yang semak melihat posting politik berbaur provokasi yang berpotensi memecah-belahkan masyarakat. Provokasi bukan solusi. We can be better than this, Malaysian.

*Post ini bukan bertujuan untuk mencari parti mana yang betul/terbaik, tetapi menjurus kepada sikap dan sahsiah kita dalam bersosial dan bermasyarakat.

Jom baca ‘Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup’ disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup .

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment