Perkongsian pada kali ini ialah berkenaan tutorial bagaimana cara untuk mirror android screen pada PC dan boleh digunakan sebagai input pada OBS atau Streamlabs.
Agak lama saya mencari cara untuk display android screen pada Streamlabs untuk memudahkan saya membuat tutorial-tutorial yang berkaitan pada telefon pintar, memandangkan telefon yang saya gunakan tiada fungsi untuk display video sebagai output. Agak sukar untuk cast screen kerana saya tiada monitor yang support cast screen.
Agak sukar pula untuk download pelbagai software dan apps semata-mata untuk mirror screen, dan melecehkan dengan iklan dan juga software yang berbayar.
Jadi, dalam saya mencari, saya terjumpa ‘scrcpy’, iaitu sebuah aplikasi yang boleh digunakan untuk mirror android device (video dan audio) menggunakan USB dan TCP/IP, serta aplikasi ini boleh digunakan pada Windows, Linux dan juga macOS.
Anda boleh muat turun software ini pada Github link disini : https://github.com/Genymobile/scrcpy/releases/latest, dan download software tersebut bergantung pada PC anda sama ada menggunakan 32bit atau 64bit. Kebiasaannya PC pada Windows 8 keatas akan menggunakan 64bit.
Caranya mudah sahaja, anda boleh ikut langkah-langkah dibawah :
- Connect USB pada PC dan telefon pintar anda, kemudian pada telefon pintar anda, klik pada Settings, dan enable USB Debugging. Anda perlu tick ‘aware possible risks’ dan klik OK.
- Extract scrcpy-win64-v2.3.1.zip, dan klik pada scrcpy.exe. Aplikasi akan terbuka dan paparan android screen anda akan dipaparkan pada PC anda.
- Boleh gunakan paparan tersebut untuk dipaparkan pula pada Streamlabs, OBS, dan pelbagai streaming software yang lain.
Atau untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video dibawah.
Sudah claim eMADANI ? Claim eMADANI di Shopee : https://amirazman.my/cara-claim-emadani-rm100-di-shopee.
Terdapat 21 emulators, dan lebih 15,000 games yang boleh dimainkan pada console ini : https://shope.ee/9evRarFwMu.