Bisnes

Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup

pengalaman menjalankan perniagaan topup

Saya Amir, founder kepada Topup Niaga Network iaitu kumpulan yang saya bina khas untuk menjalankan perniagaan topup.

Pengalaman menjalankan perniagaan topup saya bermula pada saya darjah 6 dalam akhir tahun 2004.  Zaman nokia 3310, telco pun janggal nak sebut nama masa tu. Alcatel dan Nokia agak top. Telco TMTouch antara telco yang ada pada waktu tersebut.

Zaman2 ke Cyber Cafe ni mulalah otak berfikir macam-macam. Dan yang paling tertarik masa tu ialah dengan bisnes topup & telefon. Sebab tahun tu jugak kali pertama saya ada telefon bimbit sendiri.. Sadisnya sebab selalu pergi cyber cafe, first time bawak telefon ke cyber cafe, terus kena curik. Bab kena curik ni memang banyak dah.. telefon, basikal.. pergh..

Google punya google, jumpalah Mymode.. Mymode ni juga dikenali sebagai Prepaid4u.net. Burn Rm65 untuk pendaftaran sistem ini, siap diberi flyers, ebook, catalog n lain-lain dalam bentuk digital.

bonus mymode prepaid4u

Bayangkan dapat sebulan RM12k pada tahun 2006 (owner prepaid4u.net). Masyuk masa tu. Masa ni lah terjebak dengan MLM punya sistem. Tapi salute dengan network ni sebab marketing diorang memang power. Banyak mengajar bab-bab marketing. Tak rugi mana, sebab ada ilmu dalam tu. Hmmm..

Zaman ni sistem topup guna SMS sistem lagi. Nak request topup kena guna SMS hantar ke server topup. Boleh dikatakan diorang ni antara starter bisnes topup server dalam Malaysia. Sapa dapat agen ramai tu untung la siap ada untung ribu riban. Tapi sistem topup slow nak mati.. maybe sebab ramai request dalam satu masa sampai request overload. Tambah modal pun agak mudah tapi dicas RM1 untuk setiap kali isi modal, boleh isi modal di ATM Maybank di bahagian Mymode Prepaid pada waktu itu.

mymode prepaid

Then dapat tawaran masuk asrama untuk tingkatan 1 sampai 5, so memang slow down and dapat jugak la 1-2 orang jadi agen masa tu. Kahkah.

Habis SPM 2009, saya cari balik sistem topup yang terkini sebab masa ni Mymode dah nazak..Page Mymode pun penuh dengan makian cacian dan tak terurus. Kemudian terjumpa server under E-Flexi Network sebagai agen sahaja. Upgrade sikit-sikit sebagai Master Agen, dan berjinak-jinak sebagai reseller under XMX Flexi Network.

e flexi network

XMX Flexi Network menggunakan sistem ATNetwork Voucherclub (kini dah wujud applikasi untuk voucherclub). Lama jugak stay dengan sistem XMX tapi sebab keuntungan jualan dia tak seberapa, saya stop sebab kesian dekat agen-agen. Hampir 250 agen jugak yang saya dapat collect masa ni hanya menggunakan laman web untuk promosi sahaja.

voucherclub atnetwork

Rakan yang memperkenalkan saya dengan sistem-sistem topup selepas Mymode ni buka pula server sendiri dan saya start join nak support melayu berbisnes, dan kadar keuntungannya lebih tinggi. Saya tarik balik agen2 dari XMX untuk join sistem topup baru ini kalau tak silap dalam tahun 2013 atau 2014. Zaman ni dah start ada aplikasi untuk sistem topup jadi lebih jimat sebab tak perlu kos SMS cuma perlukan internet basic sahaja. Pada masa ini juga kecoh dalam sebulan 2 tentang topup yang dikenakan GST. Tak pasal2 nak kena sedia syiling untuk jualbeli topup ye tak ?

Namun hidup tak selalunya indah, sistem topup tersebut kena godam/hack dan mengalami kerugian yang besar.. Cuba bertahan tapi tak lama, akhirnya berakhir pada akhir tahun 2016.

Masa ni buntu sekejap, dah takda pilihan lain, agen ramai bising nak buat jualan dan rugi besar sebab modal pun hangus (namun begitu, owner sistem topup lama ada usaha untuk mengganti modal-modal tersebut, cuma mengambil masa).

Saya cari sistem topup baru yang reliable dan jumpa Myprepaid2u. Selidik punya selidik, agak lama juga Myprepaid2u menyediakan server topup, lebih 8 tahun.

myprepaid2u

Jadi saya start dari bawah semula dengan Myprepaid2u , collect balik agen yang masih berminat untuk menjual, dan teruskan sehingga kini. Pada suku akhir 2017, saya telah menperkembangkan lagi perniagaan saya dalam bidang telekomunikasi dengan menyertai Sales Advisor Redone.

SET SALE ADVISOR REDONE 2016

Diantara kelebihan dalam bidang perniagaan telekomunikasi ini adalah income pasif dan aktif yang diberikan agak menarik.Bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang telekomunikasi seperti perniagaan topup ataupun Sales Advisor Redone, inshaAllah saya boleh bantu berikan pandangan dan pencerahan.

Diatas adalah serba sedikit pengalaman menjalankan perniagaan topup daripada saya. Semoga kita akan terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita lakukan. Insha Allah.

Bagaimana pula dengan pengalaman menjalankan perniagaan topup anda ? 😀

Jumpa anda di Topup Niaga Network !
Facebook : Topup Niaga Network
Website : TopupNiaga.com

**UPDATE : Saya tengok status2 lama saya, page Mymode yang penuh caci maki dah jadi page ONEXOXians.

ONEXOXians

Setelah saya semak WHOIS laman web http://onexoxians.net yang masih lagi aktif, memang owner yang sama telah ambil alih iaitu pemilik kepada screenshot komisyen Mymode RM12000 diatas, Adi Nor Bin Jaffar menggunakan nama Bumi Cyber Enterprise.

prepaid4u.net

%d bloggers like this: