Ada sesiapa yang sama seperti saya terima pembayaran Google Adsense daripada Maybank agak lewat untuk May 2025 ? Kebiasaannya pada 21 haribulan, adsense akan kosongkan threshold jika capai minimum threshold dan dalam beberapa hari akan wire transfer ke akaun bank yang ditetapkan.
Akan tetapi pada bulan ini May 2025, nampaknya seperti tiada kemasukan walaupun sudah 29 May 2025.
Seperti yang anda lihat pada gambar diatas, earning memang sudah dikosongkan dan saya fikir mungkin sebab e-invoice atau sebagainya hold payment ni memandangkan baru-baru ini di Malaysia mula menguatkuasakan digital invoicing. Rupa-rupanya ramai juga yang mengalami masalah yang sama.
Sehinggalah saya terjumpa video ini di Youtube, Brojep Share ada kongsikan 1 video berkenaan isu ini :
Ada pengguna Google Adsense yang alami masalah yang sama masih belum terima pembayaran Google Adsense melalui Maybank ? Atau anda sudah pun terima earnings anda ? Bank apa yang anda gunakan ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.
Jom daftar SociaBuzz, platform monetization content creator disini : https://amirazman.my/sociabuzz-platform-monetization-content-creator.
Daftar aplikasi Topup Niaga secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.