BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

SociaBuzz Platform Monetization Content Creator

SociaBuzz Platform Monetization Content Creator

SociaBuzz merupakan salah satu platform monetization untuk content creator atau produk digital yang menarik untuk digunakan lebih lebih lagi di Asia Tenggara seperti Malaysia. Jika kita lihat pada streamer platform di luar negara, kebanyakan menggunakan Paypal, Stripe dan sebagainya yang sudah tidak berapa sesuai digunakan di Malaysia.

Hal ini kerana pembayaran menggunakan kad contohnya sudah tidak boleh digunakan di Malaysia. Ko-fi pula ada saya cuba gunakan untuk beberapa projek akan tetapi kaedah pembayarannya tetap menggunakan Paypal.

Setelah sekian lama, akhirnya saya terjumpa SociaBuzz yang menyokong pelbagai matawang atau currency termasuk juga cryptocurrency yang bagi saya sangat sukar untuk kita jumpa platform yang sangat fleksibel sebegini.

kaedah pembayaran sociabuzz

Daftar SociaBuzz secara percuma disini : https://sociabuzz.com/i/r/ezx3tt.

Selain itu, ada ramai juga influencer di Tiktok yang menggunakan SociaBuzz untuk menerima Support atau Donation daripada viewer atau supporter mereka yang membuatkan saya lebih yakin untuk menggunakan platform ini.

Ada juga rakan-rakan yang saya ajak gunakan dan telah menjana ribuan ringgit menggunakan sistem ini tanpa masalah withdrawal pendapatan mereka. Saya sendiri telah cuba membuat withdrawal yang sepatutnya ambil masa 3 hari bekerja, tetapi dalam masa 24 jam sahaja saya sudah terima pengeluaran tersebut yang boleh saya katakan agak laju.

Saya ada buat semakan juga daripada akaun mana pembayaran dilakukan, dan ianya adalah sah daripada akaun payment gateway XENDIT SDN BHD.

Cuma jika diminta pengesahan, itu adalah perkara biasa untuk memastikan hasil pendapatan tersebut bukanlah daripada hasil kerja yang haram seperti pengubahan wang haram dan sebagainya.

sociabuzz integration

Yang menariknya, SociaBuzz juga menyokong beberapa integration seperti Discord, Webhook dan juga script code untuk menambah butang Give Support pada laman web atau blog.

Saya juga ada buat beberapa integration sebagai contoh rAthena Integration With SociaBuzz (Username) dimana proses donation/support dapat dijalankan secara automatik dan pelbagai fungsi lain.

Oleh yang demikian, sekiranya anda merupakan seorang content creator ataupun streamer lebih-lebih lagi di Malaysia, anda mungkin boleh mencuba platform SociaBuzz ini untuk menjana pendapatan dan boleh juga digunakan sebagai platform pembayaran termasuklah juga produk digital.

Daftar SociaBuzz disini : https://sociabuzz.com/i/r/ezx3tt.

Support sistem yang SociaBuzz ada juga agak pantas, ada daripada talian Whatsapp, Discord group dan lain-lain, tetapi yang saya pernah berurusan adalah daripada 2  yang saya sebutkan dan saya sangat berpuas hati dengan respond yang diberikan.

Adakah anda telah menggunakan platform lain yang lebih fleksibel dan menarik seperti SociaBuzz ? Sekiranya anda kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

 

Leave a Comment