KehidupanSosialTeknologi

Caknakah Kita Dalam Keselamatan Data ?

Caknakah Kita Dalam Keselamatan Data

Apabila memikirkan title untuk post pada kali ini iaitu ‘Caknakah Kita Dalam Keselamatan Data ?’, saya teringat diantara sebab mengapa saya mulakan Hosting Malaya berdasarkan pengalaman saya melanggan web hosting dan vps hosting pada masa lalu. Pengalaman buruk apabila menggunakan hosting seperti biasalah, kehilangan data dan juga serangan DDoS. Disebabkan itulah Hosting Malaya, saya cuba cover bahagian ini supaya tidak terjejas sebaik yang mungkin.

Nak dijadikan cerita, dalam awal tahun ini, ada seorang client dari Hosting A merungut di media sosial mengatakan masalah domain mereka yang expired tanpa notis. Jadi saya pun buat semakan apakah billing system yang digunakan, dan buat license verification, result negatif. Saya pun inform client tersebut kemungkinan Hosting A menggunakan sistem bermasalah, license problem atau expired sebab itulah email tak dihantar atau sebagainya.

Saya pun tiada rasa nak follow up dengan client tersebut sebab rasa tidak nice pula sebab saya sendiri pun ada running hosting saya sendiri.

Saya juga tidaklah menuduh Hosting A melakukan apa-apa licensing problem issue sebab saya sendiri pernah alami isu semakan license negatif disebabkan oleh trigger semakan license itu yang mungkin bermasalah. Dan macam biasa, move on.

Dalam tempoh Black Friday Sales, saya buatlah semakan promosi dari pelbagai hosting sebab biasanya akan ada promosi yang menarik. Jadi macam biasa saya survey dan lihat ada beberapa hosting dari Malaysia (Hosting B) tetapi menawarkan spesifikasi yang gila-gila dengan harga yang murah. Memang lama dah tempting untuk cuba sebab murah walaupun sebelum mereka offer Black Friday. Terfikir nak semak license billing mereka dan ….

Yes, negatif.

Terus cancel saya nak cuba langgan sebab apabila billing system yang digunakan unauthorized, kita tidak pasti adakah code yang digunakan dalam billing system mereka ini selamat atau tidak. Dalam masa yang sama, saya uar-uarkan dalam group berkaitan web hosting serta tutorial ringkas bagaimana cara untuk menyemak 2 license yang biasanya digunakan, iaitu billing WHMCS dan juga cPanel.

Saya bukanlah jenis yang aktif bersosial di media sosial, memang terlalu jarang saya komen di mana-mana melainkan sesuatu itu menarik minat dan jiwa saya. Jadi, saya memang jaranglah berinteraksi dengan sesiapa melainkan memberikan perkongsian informasi dan ilmu yang pada hemat saya mungkin serba sedikit memberi saham kepada diri saya.

Pada keesokan harinya, ada seorang rakan FB yang berada dalam bidang yang sama inform saya pemilik hosting A ada buat post mungkin berdasarkan post saya yang minta berhati-hati serta semak license verification, saya lihat pemilik hosting A sudah unfriend saya mungkin disebabkan beliau terasa dengan post tersebut.

Apabila saya tahu perkara ini berlaku, agak tidak sedap hati juga kerana niat kita yang sebenar supaya pengguna cakna mengenai keselamatan data mereka. Tetapi sekiranya itu adalah kos untuk kesedaran kita dalam isu keselamatan data, mungkin itu adalah yang terbaik. Sama juga seperti kita sering mengingatkan pembangun laman web untuk mengelakkan penggunaan script atau code yang berpotensi memberi ancaman kepada keselamatan data.

Pada masa kini, seiringan dengan kemajuan dalam IT, ancaman siber juga berevolusi dan semakin maju. Data pengguna, data payment billing dan data yang disimpan pada server merupakan data yang sangat penting untuk kita dalam menguruskannya dengan baik, mengelakkan kebocoran data dan sebagainya tidak kiralah apa sahaja sistem yang digunakan.

Kita sebagai pengguna juga perlulah berhati-hati dalam memberikan maklumat berkaitan privasi serta pembayaran lebih-lebih lagi kepada laman web dan aplikasi yang tidak dikenali lebih-lebih lagi apabila dimuat turun daripada sumber yang tidak sah. Kebanyakan kes kehilangan wang di bank adalah berpunca dari pengguna yang memuat turun aplikasi selain daripada Google Playstore dan IOS App Store.

Lihatlah bagaimana baru-baru ini data pengguna Malaysia sendiri, 11 juta data nombor telefon Whatsapp pengguna telah bocor dan dijual secara online. Itu belum dikira data pengguna telekomunikasi yang juga menerima nasib yang hampir sama.

Caknakah kita dalam keselamatan data kita sendiri ? Fikir-fikirkan.

Pastikan fail compress (.zip) dan sebagainya yang diupload yang tidak digunakan di delete selepas proses extraction berjaya : https://amirazman.my/upload-file-di-web-control-panel.

Upgrade version PHP anda sekurang-kurangnya kepada 8.0 ! : https://hostingmalaya.com/kemaskini-php-7-4-telah-berakhir.

Leave a Comment