BisnesDuit OnlineKehidupan

ASB Financing VS ASB Simpanan

 

asb financing atau asb simpanan

Baru-baru ini isu ASB Financing VS ASB Simpanan agak menarik untuk diperbincangkan memandangkan pengumuman pengagihan pendapatan pada 22 Disember 2022 yang lepas. ASB telah mengumumkan jumlah pembayaran pengagihan sebanyak RM8.9 bilion kepada 10.6 juta pelabur untuk tahun ini, dimana :

  1. Jumlah pengagihan sebanyak 4.60 sen seunit
  2. Bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit hanya untuk 30,000 unit pertama.

pengagihan pendapatan asb 2022

Apabila melibatkan bonus yang terhad kepada 30,000 unit sahaja, ini sudah merubah pengiraan kadar pengagihan pendapatan iaitu :

  • 10,000 unit – kadar pengagihan pendapatan anda terima sepenuhnya 5.10%.
  • 30,000 unit – kadar pengagihan pendapatan anda terima sepenuhnya 5.10%.
  • 50,000 unit – kadar pengagihan pendapatan anda terima sebanyak 4.90%.
  • 100,000 unit – kadar pengagihan pendapatan anda terima sebanyak 4.75%.
  • 200,000 unit – kadar pengagihan pendapatan anda terima sebanyak 4.675%.

Ada beberapa screenshot daripada group ASB di Facebook yang saya lihat interest bank yang dikenakan lebih daripada 4.60% seperti dibawah.

cimb asb financing

Adalah amat merisaukan sekiranya interest bank hampir sama atau lebih tinggi berbanding dividen semasa kerana ianya sudah tentu merugikan. ASBF akan menguntungkan apabila dividen rate adalah lebih tinggi daripada interest bank yang perlu kita bayar sebagai loan dan juga compounding dividen dari tahun-tahun sebelumnya.

Sukar untuk kita ketahui berapakah kadar dividen dan juga interest bank untuk tahun-tahun seterusnya lebih-lebih lagi dengan jangkaan kemelesetan ekonomi pada tahun 2023.

Seperti pada tajuk kita tadi, saya ingin tunjukkan beberapa simulasi keadaan dengan variasi interest bank, kadar dividen dari segi ASB Financing atau ASB loan VS ASB simpanan.

Simulasi 1 : ASB Financing/Loan RM100k, durasi 30 tahun, Bank Interest : 4.5%, Dividen Rate 4.75%, Compounding, Surrender selepas 10 tahun.

asb loan vs asb simpanan 100k

Berdasarkan gambar diatas, dividen tidak akan mampu menampung pembayaran ASB Financing dengan gross profit yang negatif, tetapi dengan compounding dividen anda akan menerima RM59,052.43 dividen + RM19,910.57 surplus= RM78,963.00 sekiranya anda surrender loan selepas 10 tahun. Berbeza pula sekiranya pembayaran bulanan yang sama dilakukan secara simpanan, total simpanan termasuk dividen akan mencecah RM77,521.69.

Bererti dalam simulasi ini, walaupun perbezaan dividen-bank interest hanya 0.25%, tetapi ASB Financing memberikan pulangan RM1,441.31 lebih tinggi berbanding secara simpanan.

Simulasi 2 : ASB Financing/Loan RM100k, durasi 30 tahun, Bank Interest : 4.5%, Dividen Rate 4.5%, Compounding, Surrender selepas 10 tahun.

asb loan vs asb simpanan 100k

Berdasarkan gambar diatas, dividen masih lagi tidak dapat menampung pembayaran ASB Financing dengan gross profit yang negatif, tetapi dengan compounding dividen anda akan menerima RM55,296.94 dividen + RM19,910.57 surplus= RM75,207.51 sekiranya anda surrender loan setelah 10 tahun. Manakala sekiranya pembayaran bulanan yang sama dilakukan secara simpanan, total simpanan termasuk dividen akan mencecah RM76,524.70.

Untuk simulasi dimana bank interest adalah sama dengan dividen selama 10 tahun, ini menunjukkan pelaburan ASB secara simpanan adalah lebih baik. Jadi tidak perlu saya tunjukkan simulasi bank interest lebih tinggi daripada dividen kerana ianya sudah tentu menunjukkan kerugian kepada ASB Financing walaupun menggunakan teknik compounding.

Simulasi 3 : ASB Financing/Loan RM100k, durasi 30 tahun, Bank Interest : 4.5%, Dividen Rate 6.0%, Compounding, Surrender selepas 10 tahun.

kebaikan asb loan vs simpanan

Berdasarkan gambar diatas, dividen sudah boleh menampung pembayaran ASB Financing dengan gross profit yang positif, dan dengan compounding dividen anda akan menerima RM79,084.77 dividen + RM19,910.57 surplus = RM98,995.34 sekiranya anda surrender loan setelah 10 tahun, berbanding apabila anda melakukannya secara simpanan, total simpanan termasuk dividen akan mencecah RM82,724.38 sahaja.

Simulasi 4 : ASB Financing/Loan RM100k, durasi 30 tahun, Bank Interest : 4.5%, Dividen Rate 7.0%, Surrender selepas 10 tahun.

asb compounding vs rolling

Berdasarkan simulasi diatas, dividen tahunan sudah boleh menampung pembayaran bulanan, jadi teknik rolling dividen boleh digunakan pada situasi ini. Rolling dividen bermaksud anda tidak melakukan apa-apa pembayaran untuk tahun kedua dan seterusnya kerana bergantung pada dividen sahaja. Sekiranya menggunakan teknik rolling dividen dan surrender loan setelah 10 tahun, anda akan menerima RM8,277.48 total lebihan dividen tahunan + Dividen terakhir penuh RM7000 + RM19,910.57 surplus = RM35,188.05 dan diingatkan jumlah bayaran ASB Financing pada tahun pertama berjumlah RM6,080.28.

Manakala sekiranya anda konsisten membuat pembayaran ASB Financing dengan teknik compounding dividen anda akan menerima RM96,715.14 dividen + RM19,910.57 surplus = RM116,625.71 berbanding secara simpanan, total simpanan termasuk dividen hanyalah RM87,160.25 sahaja.

Simulasi ini agak sukar buat masa sekarang memandangkan kita melihat pattern pengagihan ASB beberapa tahun kebelakangan ini adalah dibawah 5.0% kebiasaannya.

*Ini adalah simulasi untuk 10 tahun, oleh itu kadar dividen dan interest bank pada simulasi adalah tetap pada kadar yang sama, bukan jangkaan tepat memandangkan variasi interest bank, kadar dividen yang berbeza-beza bergantung pada OPR dan sebagainya. Kiraan menggunakan aplikasi financial calculator (compound interest) dan Kira ASB.

Bagaimana pula dengan zakat untuk ASB Financing dan juga simpanan ?

Untuk kali ini, saya tidak mahu ulas panjang lebar mengenai cara pengiraan zakat yang perlu diketahui untuk ASB Financing dan juga simpanan, anda boleh tonton video yang disiarkan oleh ASNB seperti dibawah.

MyASNB juga ada menyediakan sistem perkiraan zakat tahunan pada portal myASNB : https://www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB di Google Playstore atau Apple App Store.

Mungkin saya akan kongsikan pada post yang akan datang mengenai perbandingan cara pengiraan zakat ini dan juga secara ASB Financing dan juga secara simpanan dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.

Diharap post saya pada kali ini dapat membantu anda membuka mata mengenai perbezaan ASB Financing VS ASB Simpanan dengan lebih mudah dan dengan cara yang manakah lebih baik dengan simulasi yang telah diberikan diatas. Semak semula kadar interest bank anda supaya ianya relevan dengan kadar dividen yang diterima secara total.

Semoga kadar pulangan pelaburan ASB akan lebih baik pada masa akan datang.

Simpanan ASB VS ASB Financing, yang manakah pilihan anda ? : https://amirazman.my/simpanan-asb-vs-asb-financing.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23