KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Tips Pembelian Telefon Pintar Secondhand

 

Tips Pembelian Telefon Pintar Secondhand

Pada kali ini saya ingin kongsikan 12 tips pembelian telefon pintar khususnya kepada pembelian telefon pintar secondhand. Tips ini sesuai dengan ketersediaan telekomunikasi di Malaysia pada ketika ini yang sedang dalam usaha memperluaskan rangkaian 5G dan seperti yang kita tahu, rangkaian 3G sudah ditamatkan.

  1. Kenal pasti telefon pintar tersebut dan elakkan phone clone. Terlalu banyak phone clone dipasaran, kebiasaannya akan ada pelbagai fungsi yang bermasalah. Boleh juga disemak melalui Find My Device daripada Google (https://www.google.com/android/find) atau Find My iPhone (https://www.icloud.com/find).
  2. Pastikan telefon pintar itu bukan sim lock atau telco lock yang memerlukan anda menggunakan sim atau telco tertentu untuk menggunakannya. Terdapat juga kes scam diluar sana yang menjual phone sebegini memandangkan telefon tersebut masih dalam kontrak dengan pihak telco.
  3. Pastikan spesifikasi telefon pintar seperti RAM, Memory dan Processor yang dibeli adalah sesuai dengan penggunaan harian anda. Sekiranya anda menggunakan high processing apps, mungkin telefon pintar kelas mid range atau premium yang sesuai. Telefon pintar kelas permulaan atau bajet hanya sesuai untuk penggunaan media sosial sahaja.
  4. Kenal pasti band coverage yang disokong telefon pintar. Digalakkan untuk membuat pembelian telefon pintar sekurang-kurangnya menyokong rangkaian 4G atau sebaiknya 5G.
  5. WiFi, Bluetooth atau infrared feature sekiranya ada pastikan boleh berfungsi dengan baik, boleh connect rangkaian WiFi 2.4GHz dan juga 5.0 GHz.
  6. Lihat pada charging port, pastikan dalam keadaan yang baik dan boleh dicas. Sekiranya ada wireless charging, semak juga dan pastikan berfungsi dengan baik.
  7. Fungsi penting seperti fingerprint scanner, face unlock/face ID pastikan dapat detect dengan baik.
  8. Health battery telefon pintar pastikan masih baik dan telefon pintar tidak kembung yang menandakan bateri telah berusia dan telah mengalami reaksi kimia yang tidak sempurna.
  9. Display LCD pastikan dalam keadaan baik dan frame speed yang betul (boleh test di https://www.testufo.com), dapat berfungsi seperti LCD original, bukan replacement LCD yang mungkin mempunyai resolusi lebih rendah dari sepatutnya.
  10. Kamera glass lens pastikan tiada scratch, calar, kotoran yang tidak dapat dibersihkan atau sebagainya.
  11. Pastikan telefon pintar tersebut masih lagi mendapat kemaskini sekuriti dan juga perisian untuk elakkan masalah installation apps yang memerlukan operasi sistem versi terkini.
  12. Sekiranya masih ada waranti, ketahui maklumat waranti yang tersedia dan bagaimana cara untuk membuat tuntutan sekiranya ada apa-apa berlaku.

Pastikan harga yang ditawarkan juga bersesuaian dengan spesifikasi dan keadaan semasa telefon yang ditawarkan, supaya pembelian anda akan lebih berbaloi dan sesuai dengan nilai yang belanjakan.

Diharapkan 12 tips pembelian telefon pintar khususnya kepada pembelian telefon pintar secondhand ini dapat membantu anda sebagai checklist terakhir sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang jenis telefon pintar diluar sana.

Semoga bermanfaat !

Daftar aplikasi topup & topup games disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Scam Panggilan Telefon Di Malaysia : https://amirazman.my/scam-panggilan-telefon-di-malaysia.

Leave a Comment