BisnesKehidupanTeknologi

Cara Mendaftar Atome Buy Now Pay Later

Cara Mendaftar Atome Buy Now Pay Later

Pada kali ini saya ingin kongsikan cara untuk mendaftar Atome, iaitu sebuah platform Buy Now Play Later. Untuk pengetahuan anda, Buy Now Pay Later (BNPL) merupakan platform yang memberikan pengguna pilihan untuk membuat pembelian dengan bayaran secara ansuran dengan mudah dan pantas.

Atome merupakan salah satu platform Buy Now Pay Later (BNPL) dan pengguna Atome akan menerima manfaat interest 0% had perbelanjaan maksimum sebanyak RM5000. Terdapat pelbagai kedai yang menyokong pembayaran menggunakan Atome seperti DirectD, Switch, Zalora, Xiaomi, Razer, Machines dan pelbagai lagi jenama besar yang lain.

Anda boleh menerima diskaun sebanyak RM15 untuk pembelian pertama menggunakan Atome dengan menggunakan link ini : https://app.atome.my/s/bdwJIx8B.

pembayaran atome

Untuk pendaftaran Atome sebagai pengguna, ianya mudah sahaja, anda boleh download aplikasi Atome disini : https://app.atome.my/s/bdwJIx8B, kemudian isikan maklumat untuk pendaftaran akaun Atome anda. Anda juga diminta untuk memasukkan maklumat seperti gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi akaun serta memautkan kad debit anda untuk tujuan pembayaran sekiranya anda ada membuat apa-apa pembelian secara ansuran melalui Atome.

Sekiranya tiada pembelian dibuat, tiada penolakan akan dibuat kepada kad debit tersebut, jadi pengguna tidak perlu khuatir dan pastikan anda mempunyai baki pada kredit atau debit kad yang mencukupi untuk membuat pembayaran atau anda akan dicas minimum sebanyak RM30 cas pengurusan sekiranya anda membuat pembayaran lewat.

Untuk maklumat lanjut mengenai soalan lazim penggunaan Atome, anda boleh rujuk laman FAQ mereka disini : https://help.atome.my/hc/ms-my/categories/4405570327833-Saya-pengguna.

cara daftar bisnes atome

Namun, Atome bukanlah satu payment gateway yang patuh syariah. Ada pihak yang secara personal bertanyakan mengenai hal ini kepada saya dan memberitahu saya informasi ini dimana hanya dibawah PayHalal sahaja yang patuh syariah. Oleh disebabkan perkongsian-perkongsian yang saya baca sebelum ini yang menyebutkan Atome patuh syariah, saya juga ada menyatakan sedemikian sebelum ini walaupun tidak dinyatakan secara jelas di website Atome. Namun saya sudah perbetulkan dan diharap informasi yang tepat ini juga sampai kepada orang lain.

atome syariah compliant

Anda mempunyai perniagaan anda sendiri dan ingin menggunakan Atome sebagai merchant ? Anda boleh dapatkan info lanjut disini : https://www.atome.my/en-my/business.

Tidak dinafikan, Buy Now Pay Later (BNPL) sangat memudahkan kita sebagai pengguna dan juga sebagai peniaga untuk membuat pembayaran serta menerima pembayaran secara ansuran dengan mudah. Walau bagaimanapun, kita haruslah bijak merancang perbelanjaan kita untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.

Diharapkan cara mendaftar Atome Buy Now Pay later (BNPL) ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami proses pendaftaran Atome dan dapat menggunakan Atome ini dengan bijak.

Anda pernah menggunakan mana-mana platform BNPL sebelum ini ? Kongsikan pengalaman anda pada ruangan komen dibawah.

ASB Financing VS ASB Simpanan ? Mana Lebih Baik ? Baca disini : https://amirazman.my/asb-financing-vs-asb-simpanan.

Dapatkan Mobile Printer untuk aplikasi Topup Niaga disini : https://shope.ee/qB6tl4La6.

 

Leave a Comment