Tips memilih hosting yang terbaik ini saya rangkumkan berdasarkan pengalaman pengguna yang bertanyakan kepada saya secara personal mengenai isu atau masalah semasa menggunakan servis hosting tersebut. Saya tidaklah berminat untuk mendedahkan hosting yang terlibat tetapi adalah lebih baik untuk saya sertakan beberapa tips ini untuk membantu anda memilih hosting yang terbaik.
Diingatkan ini adalah tips pemilihan pihak hosting, bukanlah tips untuk memilih jenis pelan hosting. Saya akan kongsikan tips pemilihan jenis pelan hosting pada masa akan datang.
- Pastikan mudah untuk anda hubungi hosting tersebut selain daripada website mereka.
Ini adalah yang terpaling penting untuk memastikan mudah untuk anda hubungi pihak hosting walaupun website hosting down atau sebagainya. Mungkin anda boleh dapatkan nombor helpline untuk panggilan, Whatsapp, email, media sosial atau sebagainya.
- Pastikan akaun media sosial yang pihak hosting gunakan aktif.
Pihak hosting seharusnya mengemaskini informasi mengenai promosi hosting, sekuriti atau sebagainya dari semasa ke semasa. Atau sekurang-kurangnya pastikan mereka aktif menjawab chat atau mesej anda tidak melebihi tempoh seminggu. Support hosting yang baik sudah pasti cuba untuk membalas chat atau mesej anda secepatnya.
- Servis khidmat hosting telah dijalankan selama bertahun-tahun.
Tempoh penyediaan khidmat hosting yang ditawarkan lama menjadikan mereka lebih dipercayai berbanding pihak hosting yang baru. Walau bagaimanapun, telah lama bertapak tidak semestinya terbaik. Semak juga review penggunaan pengguna hosting mereka di laman sosial atau sebagainya.
- Lesen sistem yang digunakan aktif dan dipercayai.
Dalam dunia hosting, terdapat juga ‘nulled script’ yang dijual atau disediakan oleh orang luar yang mungkin mengandungi code yang berbahaya. Kebanyakan syarikat hosting sering mengingatkan pengguna mereka untuk mengelakkan penggunaan nulled theme atau plugin untuk mengelakkan website pengguna daripada digodam.
Tidak dinafikan terdapat segelintir pihak hosting juga yang menggunakan nulled ini untuk sistem mereka seperti sistem billing WHMCS dan juga cPanel. Adalah agak berbahaya apabila menggunakan nulled sistem sebegini memandangkan ianya melibatkan juga sekuriti pengguna hosting.
Terdapat pelbagai cara untuk verify license mereka sama ada aktif atau tidak, tetapi kebiasaannya yang popular menggunakan WHMCS dan cPanel.
Saya sertakan beberapa link untuk verification license dibawah :
WHMCS : https://www.whmcs.com/members/verifydomain.php.
cPanel : https://verify.cpanel.net/app/verify.
Percayalah, lebih 80% daripada hosting yang bermasalah daripada aduan dan pertanyaan pengguna kebanyakannya tidak mempunyai lesen sistem yang sah atau aktif.
- Support sistem yang disediakan oleh pihak hosting berfungsi seperti yang sepatutnya.
Saya tidak menyebut ‘pantas’ kerana terdapat juga hosting yang menyediakan servis premium support berbayar untuk respond yang pantas. Mungkin respond dalam 24-48 jam sudah memadai untuk normal support dan mungkin ada channel atau sistem yang spesifik untuk isu atau masalah yang kritikal.
Jika sistem hosting tersebut tiba-tiba tidak boleh digunakan, sudah menjadi agak sukar untuk anda mendapatkan kembali backup fail hosting anda dan juga proses transfer domain contohnya juga akan menjadi masalah. Diakhirnya, terdapat kemungkinan anda akan kehilangan pemilikan domain dan juga fail hosting anda tidak dapat diselamatkan.
Jadi, sekiranya anda yakin pihak hosting tersebut bermasalah dan masih boleh mengakses hosting dan domain anda, silalah backup dan transfer secepatnya yang boleh diselamatkan sebelum kesemuanya hilang begitu sahaja.
Sekiranya tips pemilihan hosting yang diberikan diatas telah ‘lulus’, anda perlu pula ketahui tips untuk memilih web hosting atau VPS hosting yang mana saya akan kongsikan pada kemudian hari. Diharap perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam memilih hosting yang terbaik pada masa akan datang.
Sekiranya anda berminat untuk ketahui maklumat mengenai Web Hosting & Game Hosting daripada Hosting Malaya, anda boleh layari https://billing.hostingmalaya.com atau join group telegram support Hosting Malaya disini : https://t.me/hostingmalaya.
Dapatkan web hosting termurah disini : https://shope.ee/9KFVuaVYWp.
Caknakah Kita Dengan Keselamatan Data ? Baca disini : https://amirazman.my/caknakah-kita-dalam-keselamatan-data.
Informasi & Tips Hosting Dari Blog Hosting Malaya : https://hostingmalaya.com.
setuju dengan semua tips yang dikongsikan
paling penting mudah dihubungi, cepat respon bila bila masa.
Ya betul, customer service yang bagus, sedapla hati sikit.
Host saya cepat respon alhamdulillah hehe
Terbaik !
wah membantu ka ,,yang saya lagi belajar blogging
Semoga bermanfaat.