TeknologiTelekomunikasi

Penggunaan Simkad YES Pada iPhone

Penggunaan Simkad YES Pada iPhone

Penggunaan simkad YES 5G telah boleh digunakan pada iPhone setelah kemaskini iOS 16.4 yang membenarkan penggunaan 5G dengan lebih mudah kepada telefon pintar mereka, iPhone. Dibawah merupakan model iPhone yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia iaitu generasi model iPhone 12, iPhone 13, iPhone SE dan juga iPhone 14.

iphone menyokong rangkaian 5g

 

Menurut laman rasmi Apple, terdapat beberapa rangkaian syarikat telekomunikasi sahaja yang menyokong 5G pada iPhone secara rasmi, iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Disebabkan itu, sebelum ini pengguna bagi rangkaian lain seperti Yoodo, Unifi Mobile dan YES tidak dapat menggunakan rangkaian 5G pada telefon pintar iPhone mereka.

Namun setelah kemaskini iOS 16.4, iPhone telah membenarkan penggunaan 5G secara profil generik dimana pengguna di Malaysia boleh menggunakan mana-mana rangkaian telekomunikasi yang menyokong 5G, tidak seperti sebelum ini.

Jika sebelum ini pengguna iPhone yang menggunakan simkad YES 4G akan mengalami masalah panggilan dan SMS, saya sudah mendapatkan balasan daripada pihak YES, mereka mengatakan iPhone masih lagi tidak disokong oleh telco YES. Bererti kemungkinan besar akan mengalami masalah panggilan dan SMS seperti sebelum ini.

yes support yes 5g

Walau bagaimanapun, saya ada terbaca di page Facebook Pendakwah Teknologi dimana beliau tiada masalah tersebut semasa menggunakan sim YES 5G.

pendakwah teknologi yes5g

Saya tidak dapat memastikan kenyataan diatas memandangkan saya bukanlah pengguna iPhone. Mungkin pengguna iPhone yang telah menggunakannya boleh komen dibawah mengenai pengalaman penggunaan YES pada iPhone anda.

Untuk sim Yoodo dan Unifi Mobile pula daripada pengalaman pengguna yang sudah mencuba rangkaian ini, rata-rata mengatakan tiada apa-apa masalah dan boleh digunakan seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan 5G pada iPhone, anda boleh lihat pada laman rasmi Apple disini : https://support.apple.com/en-us/HT211828.

Sekiranya terdapat apa-apa maklumat terkini mengenai penggunaaan simkad YES 5G pada iPhone ini, saya akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Dapatkan sim YES 5G + telefon 5G PERCUMA disini : Promosi YES 5G.

Apple iPad serendah RM1399 sahaja disini : https://shope.ee/6fB7Skeo7e.

Leave a Comment