Duit OnlineKehidupanSosialTeknologi

Scam Menggunakan Ewallet

Scam Menggunakan Ewallet

Bagaimanakah scam menggunakan Ewallet Berlaku ?

Jika sebelum ini scammer kebanyakan hanya mensasarkan pengguna bank dan juga telefon pintar sahaja untuk aktiviti scam, malah sejak kewujudan Ewallet seperti Touch N GO Ewallet, Boost dan sebagainya, semakin rancak aktiviti scam secara cashless ini berlaku.

Scammer akan menerima pembayaran melalui Ewallet untuk pelbagai aktiviti seperti aktiviti scam, judi online, penjualan barangan terlarang, aktiviti dan konten seksual dan sebagainya. Kemudian Ewallet ini akan digunakan untuk kegunaan seharian, pembelian produk atau ditukarkan kepada wang ringgit menggunakan akaun bank.

Pembayaran menggunakan Ewallet ini tersangatlah mudah dan pantas, hanya scan sahaja QR Code dan masukkan security PIN dan transaksi akan berjaya. Begitu juga dengan pantasnya wang-wang haram atau scam ini bergerak dan sukar untuk dikesan.

Kadang-kala, peniaga juga risau untuk menerima pembayaran melalui online apabila akaun penghantar tidak sama dengan penerima produk kerana terdapat kemungkinan berlakunya third party scam, dimana akaun peniaga digunakan untuk scam, dan scammer pula akan menerima produk yang dibeli pada peniaga. Pihak yang discam pula akan menanggung kerugian dan menganggap peniaga yang scam mereka.

Tidak pasti sampai bilakah isu scam sebegini akan terjadi dan adakah Identiti Digital Nasional (IDN) setelah diimplelentasikan kelak dapat membantu dalam mengatasi isu ini ? Harapnya begitu.

Sebelum ini, Topup Niaga ada meletakkan produk Ewallet seperti Touch N GO Ewallet, Razer dan sebagainya tetapi telah kita hentikan disebabkan oleh scammer yang menggunakan sistem Topup Niaga untuk mencuci duit yang mereka scam kepada produk Ewallet lain.

Dan pada kali ini juga Topup Niaga tidak lagi menawarkan tambah nilai melalui Ewallet sehingga diberitahu kelak.

Berminat untuk mendapatkan produk telekomunikasi seperti tambah nilai, pembayaran bil utiliti, topup games dan pelbagai produk lain dengan harga yang lebih rendah dari pasaran ? Dapatkannya di Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Caknakah kita dengan keselamatan data ? Baca lebih lanjut disini : https://amirazman.my/caknakah-kita-dalam-keselamatan-data.

Apple iPad murah serendah RM1299 sahaja disini : https://shope.ee/7f57sMGIMO.

8 Comments

Leave a Comment