KehidupanTeknologi

Apa Itu IP Rating

Apa Itu IP Rating

Baru-baru ini saya lihat telefon pintar budget pun sudah ada IP Rating, contohnya telefon Oppo A17K ini, ada IPX4 Water Resistance.

ip rating telefon pintar

Apa itu IP Rating sebenarnya ?

IP Rating sebenarnya akronim daripada perkataan ‘Ingress Protection Rating’ dimana ianya adalah satu piawaian yang digunakan untuk menentukan tahap perlindungan terhadap objek, habuk, air dan lain-lain. Nilai IP Rating adalah berdasarkan perlindungan terhadap objek dan juga terhadap cecair.

Untuk memudahkan anda memahami pengkelasan IP Rating ini, kita bahagikan kepada 2 bahagian, iaitu :

Perlindungan Terhadap Air :

  • IPX0: Tiada perlindungan terhadap bahan pepejal atau cecair.
  • IPX1: Perlindungan terhadap titisan air secara menegak.
  • IPX2: Perlindungan terhadap titisan air apabila condong sehingga 15 darjah.
  • IPX3: Perlindungan terhadap percikan air pada sudut sehingga 60 darjah dari menegak.
  • IPX4: Perlindungan terhadap percikan air dari mana-mana arah.
  • IPX5: Perlindungan terhadap pancutan air tekanan rendah dari mana-mana arah.
  • IPX6: Perlindungan terhadap pancutan air tekanan tinggi dari mana-mana arah.
  • IPX7: Perlindungan terhadap pencelupan sementara dalam air sehingga 1 meter selama 30 minit.
  • IPX8: Perlindungan terhadap pencelupan berterusan dalam air mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
  • IPX9K: Perlindungan terhadap pancutan air bertekanan tinggi dan suhu tinggi yang digunakan untuk pembersihan.

Perlindungan Terhadap Objek :

  • IP1X: Perlindungan terhadap bahan pepejal dengan diameter lebih besar daripada 50mm.
  • IP2X: Perlindungan terhadap bahan pepejal dengan diameter lebih besar daripada 12.5mm.
  • IP3X: Perlindungan terhadap bahan pepejal dengan diameter lebih besar daripada 2.5mm.
  • IP4X: Perlindungan terhadap bahan pepejal dengan diameter lebih besar daripada 1mm.
  • IP5X: Perlindungan terhadap pengumpulan habuk yang boleh memberi kesan terhadap operasi biasa peralatan.
  • IP6X: Perlindungan ketat terhadap habuk, mencegah kemasukan sebarang bahan pepejal.

Sebagai contoh sekiranya telefon pintar anda mempunyai IP Rating IP68, maksudnya telefon pintar anda mempunyai perlindungan terhadap habuk dan juga pencelupan berterusan dalam air mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Diharap penerangan ringkas ini dapat membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai apa itu IP Rating dan bagaimana pengkelasannya dalam industri lebih-lebih lagi berkenaan dengan produk elektronik seperti telefon pintar dan gajet.

Berminat untuk mendapatkan produk telekomunikasi seperti tambah nilai, pembayaran bil utiliti, topup games dan pelbagai produk lain dengan harga yang lebih rendah dari pasaran ? Dapatkannya di Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Ketahui modus operandi scammer ewallet disini : https://amirazman.my/scam-menggunakan-ewallet.

Dapatkan JBL GO 3 Portable Waterproof Bluetooth Speaker disini : https://shope.ee/4plWuB1o4P.

Leave a Comment