Posted in

Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

Pada kali ini saya ingin nyatakan beberapa masalah penggunaan simkad ‘Kasi Up’ YES 4G yang sering diajukan kepada saya melalui beberapa video di Youtube saya mengenai pelan YES 4G Kasi UP ini termasuklah dari segi pengalaman keseluruhan penggunaan aplikasi YES 4G dari saya.

Untuk ketahui pelan yang ditawarkan pada pelan ‘Kasi UP’ dari YES 4G, anda boleh rujuk pada post saya di Topup Niaga : YES Memperkenalkan Pelan ‘Kasi UP.

Dapatkan YES Prepaid/Postpaid ‘Kasi UP’ disini : https://www.yes.my/5gplans.

Saya juga ada sediakan video cara pengaktifan simkad ini di Youtube seperti yang tertera dibawah.

  • Masalah ‘No Coverage’ atau ‘No Service’ selepas pengaktifan.

Terdapat beberapa sebab yang mungkin berlaku pada fahaman saya, diantaranya :

      1. Simkad ini khas untuk 18 tahun dan ke atas sahaja. Kebanyakan pembeli tidak membaca terma dan syarat plan ini. Menurut YES, terdapat pelan khas untuk pelajar yang dibawah umur 18 tahun.
        masalah simkad yes 4g rm1 shopee
      2. Terdapat kemungkinan telefon pintar yang digunakan tidak disokong untuk penggunaan simkad YES 4G. Anda boleh lihat senarai telefon pintar yang menyokong YES 4G menurut laman rasmi mereka disini : https://www.yes.my/supported-devices. Di dalam senarai tersebut, tidak disenaraikan telefon pintar iPhone dan ada komen di Youtube menyebut berkenaan isu ini.masalah iphone yes 4g kasi up
      3. Pastikan anda telah menyemak liputan rangkaian YES 4G pada kawasan anda untuk mengelakkan sebarang masalah. Anda boleh membuat semakan liputan rangkaian YES 4G disini : https://www.yes.my/support/coverage untuk mengelakkan daripada isu ketiadaan rangkaian terjadi.
      4. Anda boleh cuba untuk reboot atau restart telefon anda. Ini adalah langkah yang diberikan oleh YES 4G sekiranya simkad anda tiada coverage selepas pengaktifan sekiranya rangkaian dan device anda disokong oleh YES 4G.
  • Masalah Pembatalan Akaun Simkad YES 4G.

Pembelian simkad RM1 promosi di Shopee kebanyakannya mengatakan mereka mengalami masalah pembatalan akaun secara tiba-tiba dan anda boleh lihat terdapat banyak review yang ‘kurang baik’ pada produk Shopee tersebut. Menurut YES, pembatalan akaun tersebut adalah disebabkan isu daripada sistem mereka sendiri dan kesemua akaun yang mempunyai masalah tersebut sudah diaktifkan semula.

masalah pembatalan akaun yes 4g

  • Sistem Referral Yang Mengelirukan.

Pada pendapat saya, sistem referral yang digunakan oleh YES 4G agak mengelirukan disebabkan oleh referral linknya yang sentiasa berubah-ubah apabila pengguna cuba untuk berkongsikan link tersebut kepada rakan-rakan atau sebagainya.

Sekiranya pengguna menggunakan telefon pintar, link tersebut akan membawa anda kepada Google Playstore untuk memuat turun aplikasi YES 4G, iaitu ‘MyYes’ manakala sekiranya pengguna menggunakan browser seperti laptop atau komputer, link tersebut akan dibawa kepada laman web YES 4G ‘Kasi Up’ dimana pada laman tersebut memfokuskan maklumat berkenaan sistem referral mereka.

Disebabkan referral link yang sentiasa berubah-ubah, saya ada membuat pertanyaan kepada pihak YES dan mereka mengatakan link lama tidak akan ‘expired’ walaupun link baru telah di’generate’.

referral link yes 4g prepaid

Walau bagaimanapun, saya kurang pasti adakah ianya betul memandangkan dalam senarai referral saya masih lagi kosong sehingga hari ini. Anda ingin membantu saya melihat adakah betul sistem referral ini boleh ‘detect’ link lama dan baru ? Boleh dapatkan simkad ini melalui link ini (postage percuma) : https://www.yes.my/5gplans.

Selain itu, referrer juga boleh menggunakan ‘referral code’, tetapi saya agak kurang senang dengan cara ini melainkan anda tidak kesah untuk mendedahkan talian rangkaian YES 4G anda kepada umum. Ya, referral code yang YES tetapkan buat masa sekarang ialah nombor talian rangkaian yang anda gunakan dimana bagi saya sepatutnya ianya adalah ‘privasi’ pengguna.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk YES generate ‘code’ yang unik untuk setiap pengguna dan tidak berkaitan dengan data-data privasi pengguna secara umum.

Berkenaan pengalaman penggunaan latensi dan kelajuan data internet YES 4G pula, saya boleh katakan antara yang terbaik memandangkan telefon pintar yang saya gunakan disokong untuk penggunaan YES 4G dan liputan rangkaian juga baik. Saya ada buat beberapa video speedtest di dalam bangunan (rumah) dan di luar bangunan dengan keputusan kelajuan yang saya boleh katakan agak baik.

Diingatkan, pelan langganan yang saya gunakan untuk speedtest ini adalah pelan RM15 dengan data internet berkelajuan sebanyak 10 GB, manakala pelan yang digembar-gemburkan dengan kelajuan yang dihadkan pada 7Mbps pula hanyalah terhad kepada pelan RM30 dengan data internet berkelajuan tinggi tanpa had. Disebabkan itulah keputusan speedtest saya melebihi 7Mbps.

Dengan harga yang sangat berbaloi buat masa sekarang, dan promosi Yoodo RM20 = 20 GB yang telah tamat pada akhir bulan lepas, pada pendapat saya inilah pelan yang paling berbaloi dibawah harga RM30 sebulan untuk didapati buat masa sekarang, tetapi dengan liputan rangkaian yang agak terhad berbanding dengan liputan rangkaian syarikat telekomunikasi lain.

Bagi mereka yang masih mengalami masalah penggunaan simkad ‘Kasi UP’ YES 4G ini, saya sarankan anda untuk hubungi talian helpline mereka di  018-333-0000 atau emailkan permasalahan anda di yescare@yes.my. Pada aplikasi MyYes juga terdapat sistem YesCare dimana anda boleh membuat aduan dan kebiasaannya akan menerima balasan dalam masa kurang dari 24 jam.

Anda mempunyai masalah & isu semasa menggunakan simkad YES 4G ? Video dibawah mungkin boleh membantu memberikan pencerahan kepada anda.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

88 thoughts on “Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

  1. Saya dapat sim kad yes dan telefon yes so saya aktifkan simkad tapi takboleh alasan dia sbb bila kita scan barcode dia akan keluar invalid macam tu
    kenapa ye?

      1. Secara normalnya selama kurang dari 50 hari tempoh aktif. Maaf ini saya kurang pasti sebab tak pernah semak dan tak pernah lagi tak topup tak lama.

  2. Boleh tolong aktifkan sim yes saya x.. mcm2 cara dh cube xdpt jugak.. 8960152203322592786. Tolong..!

      1. Tolong saya please saya nk aktif kn sim, saya dh buat smpi step ke2 yg ada pilihan masukkan no sedia ada yg mcm nk tukar ke yess la.. Pastu saya trus keluar pastu saya nk try imbas kod blik dh x sahh mcm mne ye.. Pastu saya takut dia tukar terus ke yes.. Saya perlukan penjelasan… Tolong sayaaa please

      2. Tp sy x boleh. Saya download ws nk guna no tu tp x dpt call. Bila tekan call me dye kata unable tu call. Org call biasa no yes pon x dpt. Mcm mne ye

        1. Macam diberitahu, pastikan coverage dan device supported. Gaya awak beritahu ni macam device tak supported. Pakai iphone ke ? Biasanya iphone user yang tak dapat call/sms ni. memang iPhone tak support sim ni.

      1. Apabila saya masuk link recoverage pastu tulis kampung saya duduk skrg ni dia tulis ni bukan area line yes dan dia sertakan email…email tu untuk apa ya?

        1. iPhone tak termasuk dalam list supported device dalam web yes 4G.

          So majoriti pengguna iphone kata mereka boleh guna internet sahaja tetapi tak boleh call dan SMS.

  3. Hi, berapa lama masa akan diambil untuk aktifkan sim kad? Saya dah selesai semua steps but still no service.

  4. saya dapat simkad yes free hari tuu dan masih active. cuma sekarang ni saya nak reload semula tapi saya tak ingat no fon yes tuu.. macam mana nak buat ya

  5. Hai nk tnya dkat apps yes ada tulis status simkad aktif tpi simbol dkat simkad tulis no service pliss tolong saya

  6. Haii saya perlukan bantuan nombor yes saya tak dapat digunakan lagi setelah saya update software di samsung note 9

    Saya baru jew topup lepas update terus x bole pakai

    1. Cuba semak dengan yes care helpline. Sebab update software sahaja tidak akan datangkan masalah sebab network tiada kena mengena dengan apps.

      Yang ada kena mengena hanyalah langganan sahaja.

  7. Saya pengguna iphone , dah activate sim YES kasi up tu.. area sy ade coverage Yes tp 2-3 bar je.. cumanya saya x boleh nak login apps sebab sy x dapat sebarang email dari Yes. Kalaupun iphone x support Yes, kenapa email pun x dapat ? Hmm

    1. Email yang dimasukkan betul ke ? Cuba semak dengan careline YES.

      Sebab sepatutnya terima SMS/Email. SMS iPhone memang takkan terima sebab phone ni tak support. Email sepatutnya boleh terima.

      1. Sy masukan email mcm biasa . Cuma bila request tac , email address yg dia ptut hantar tac tu jd huruf besar semua sampai la .COM . X tau la ade effect ke x mcmtu. Sy pun tak tau ape masalahnye. Nasib rm1 tapi rugi la x dpt claim 10gb tu

  8. Saya dh bila simcard yes tu, tapi saya try la nk active kan simcard tu after seminggu lebih pastu bila nk scan barcode tu tak boleh banyak kali try dah even cara manual pon tak boleh, kenapa ye ?

    1. Device saya supported also my tempat pun ada coverage……. Dh try restart phone tapi still no service.

  9. Sim yes ni boleh ke tak kalau nk verify apa2 contoh kalau nk guna no yes ni untuk verify shoppe?sebab saya dh try tapi tk keluar code untuk verify tu
    Please jawab!!??

  10. Saya dah aktifkan simkad yes rm1..tarikh yg free 10gb tu sebulan,sehingga 24 julai 2021…
    Soalan saya:
    1. Setiap bulan, Saya selalu dpt free gb dari shoppee,klu saya tak top up ,adakah simkad saya masih boleh digunakan? Sbb saya just redeem gb yg free dari shoppee tu shj setiap bulan
    2. Adakah sy boleh share hotspot dgn org lain menggunakan gb yg sy redeem dari shoppee tu?
    3. Mcm mn saya nak tahu simkad yes rm1 tu aktif utk tempoh brpa bln sekiranya saya tak top up simkad sy tu?

    Tqia..

    1. 1. Kena activekan dengan langganan. Yang dari Shopee tu dia just beri data.
      2. Ya boleh tiada masalah.
      3. Dalam apps, bahagian My Addon tu ada tarikh dia bagi setiap addon. Kalau yang awak langgan tu mati, so internet akan mati.

  11. After siap scan ic tu nama saya salah eje tapi memang tak boleh edit ke? Sbb saya tak boleh nak tekan confirm, jadi failed. Tapi nak edit nama tak boleh.

  12. Saya dah cuba bnyak kli nak aktifkn sim yes ni, tp bila part scan ic tu, dh siap isi smua dia ckp ‘please enter a valid business address postcode number and retry’ macam mna tu hmmm

      1. Dah masukkan banyak postcode bandar semua sama saje “please enter a valid business address postcode and retry”.

  13. Iphone 12 ni pakai yes, tapi perasan x boleh terima apa2 sms. Kiwak betul, ade cara tak isu ni, call boleh sms je tak boleh terim, abis tac ke kod ape2 nak terima mcm mana

  14. Hi, got problem with scan my card, try so many times no matter how you scan good picture sure comment “unfortunately camera have stop” and then no other option like download IC picture already scan before. Please help.

  15. Ok dh. lama saya beli sim ni dn gunakan. Saya tahu phone saya tk tersenai devices yg compatible. Tetapi

    saya sudah aktif sim. coverage ada dpt menggunakan data 4g dan ltenya.. malangnya saya tidak dapat gunakan utk menghantar sms dn tidak dpt menggunakan servis voice call tidak kira call in mahupun call out.

    mungkinkah ada setting yg membolehkan phone fix masalah tersebut?

    phone menggunakan Android 10..

  16. Kenapa bila saya nak register number alamat rumah saya tidak boleh di guna? Keluar ‘please enter a valid business address and postcode number’.

      1. da masukkn poscode bandar tpi msi kluar #please enter valid business address numbr n retry#..cuba tukar alamat pun sma juga..mcm mne ye

  17. Kenape xde signal yer..mobile network is not available..no service..macam mana nak buat..

  18. Saya ada coverage full bar 4g, dalam website supported devices pun ada phone saya tapi kenapa still ada masalah mcm unsupported devices (tak boleh guna sms dan call) ye?

      1. Ya, realme 3.. Saya dah check… Atau “supported devices” dalam website tu ada juga yang hanya support data sahaja?

  19. saya dpt YEs sim card.. tp phone yEs tak sampaii sampaii…tp dari awal x dpt guna sim card tu, sbb x dlm list ….tula tunggu phone …tp phone pun tak sampaii sampaiii……………………………………………….sedih.

  20. saya switch telco ke yes.. tadi dah try cari prepaid plan.. temporary sebelum decide ke postpaid.. tapi plan kasi up LTE plan ni tak include call ke?

  21. Hai, nak tanya Yes prepaid ni tak ada ke 1 day validity extension mcm umobile or SOS top up mcm hotlink ke ? Jarang guna Yes kalau boleh nak laa active 1 day jer, dalam credit balance masih banyak lagi tak guna.

  22. hai..sy dpt yes prihatin kasi up..blum ativated lg ..bru nk aktif kn tp hanya sim yg msih ada..masalah nk aktif kn no sim pn x taw/igt

  23. nak tanya kenapa data saya tak boleh guna yer.. sim saya aktif je.. dalm satu sim tu pon ada dua nombor.. sbb tu ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *