Duit OnlineSosialTeknologiTelekomunikasi

Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

Masalah Simkad Kasi UP YES 4G

Pada kali ini saya ingin nyatakan beberapa masalah penggunaan simkad ‘Kasi Up’ YES 4G yang sering diajukan kepada saya melalui beberapa video di Youtube saya mengenai pelan YES 4G Kasi UP ini termasuklah dari segi pengalaman keseluruhan penggunaan aplikasi YES 4G dari saya.

Untuk ketahui pelan yang ditawarkan pada pelan ‘Kasi UP’ dari YES 4G, anda boleh rujuk pada post saya di Topup Niaga : YES Memperkenalkan Pelan ‘Kasi UP.

Dapatkan YES Prepaid/Postpaid ‘Kasi UP’ disini : https://www.yes.my/5gplans.

Saya juga ada sediakan video cara pengaktifan simkad ini di Youtube seperti yang tertera dibawah.

  • Masalah ‘No Coverage’ atau ‘No Service’ selepas pengaktifan.

Terdapat beberapa sebab yang mungkin berlaku pada fahaman saya, diantaranya :

      1. Simkad ini khas untuk 18 tahun dan ke atas sahaja. Kebanyakan pembeli tidak membaca terma dan syarat plan ini. Menurut YES, terdapat pelan khas untuk pelajar yang dibawah umur 18 tahun.
        masalah simkad yes 4g rm1 shopee
      2. Terdapat kemungkinan telefon pintar yang digunakan tidak disokong untuk penggunaan simkad YES 4G. Anda boleh lihat senarai telefon pintar yang menyokong YES 4G menurut laman rasmi mereka disini : https://www.yes.my/supported-devices. Di dalam senarai tersebut, tidak disenaraikan telefon pintar iPhone dan ada komen di Youtube menyebut berkenaan isu ini.masalah iphone yes 4g kasi up
      3. Pastikan anda telah menyemak liputan rangkaian YES 4G pada kawasan anda untuk mengelakkan sebarang masalah. Anda boleh membuat semakan liputan rangkaian YES 4G disini : https://www.yes.my/support/coverage untuk mengelakkan daripada isu ketiadaan rangkaian terjadi.
      4. Anda boleh cuba untuk reboot atau restart telefon anda. Ini adalah langkah yang diberikan oleh YES 4G sekiranya simkad anda tiada coverage selepas pengaktifan sekiranya rangkaian dan device anda disokong oleh YES 4G.
  • Masalah Pembatalan Akaun Simkad YES 4G.

Pembelian simkad RM1 promosi di Shopee kebanyakannya mengatakan mereka mengalami masalah pembatalan akaun secara tiba-tiba dan anda boleh lihat terdapat banyak review yang ‘kurang baik’ pada produk Shopee tersebut. Menurut YES, pembatalan akaun tersebut adalah disebabkan isu daripada sistem mereka sendiri dan kesemua akaun yang mempunyai masalah tersebut sudah diaktifkan semula.

masalah pembatalan akaun yes 4g

  • Sistem Referral Yang Mengelirukan.

Pada pendapat saya, sistem referral yang digunakan oleh YES 4G agak mengelirukan disebabkan oleh referral linknya yang sentiasa berubah-ubah apabila pengguna cuba untuk berkongsikan link tersebut kepada rakan-rakan atau sebagainya.

Sekiranya pengguna menggunakan telefon pintar, link tersebut akan membawa anda kepada Google Playstore untuk memuat turun aplikasi YES 4G, iaitu ‘MyYes’ manakala sekiranya pengguna menggunakan browser seperti laptop atau komputer, link tersebut akan dibawa kepada laman web YES 4G ‘Kasi Up’ dimana pada laman tersebut memfokuskan maklumat berkenaan sistem referral mereka.

Disebabkan referral link yang sentiasa berubah-ubah, saya ada membuat pertanyaan kepada pihak YES dan mereka mengatakan link lama tidak akan ‘expired’ walaupun link baru telah di’generate’.

referral link yes 4g prepaid

Walau bagaimanapun, saya kurang pasti adakah ianya betul memandangkan dalam senarai referral saya masih lagi kosong sehingga hari ini. Anda ingin membantu saya melihat adakah betul sistem referral ini boleh ‘detect’ link lama dan baru ? Boleh dapatkan simkad ini melalui link ini (postage percuma) : https://www.yes.my/5gplans.

Selain itu, referrer juga boleh menggunakan ‘referral code’, tetapi saya agak kurang senang dengan cara ini melainkan anda tidak kesah untuk mendedahkan talian rangkaian YES 4G anda kepada umum. Ya, referral code yang YES tetapkan buat masa sekarang ialah nombor talian rangkaian yang anda gunakan dimana bagi saya sepatutnya ianya adalah ‘privasi’ pengguna.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk YES generate ‘code’ yang unik untuk setiap pengguna dan tidak berkaitan dengan data-data privasi pengguna secara umum.

Berkenaan pengalaman penggunaan latensi dan kelajuan data internet YES 4G pula, saya boleh katakan antara yang terbaik memandangkan telefon pintar yang saya gunakan disokong untuk penggunaan YES 4G dan liputan rangkaian juga baik. Saya ada buat beberapa video speedtest di dalam bangunan (rumah) dan di luar bangunan dengan keputusan kelajuan yang saya boleh katakan agak baik.

Diingatkan, pelan langganan yang saya gunakan untuk speedtest ini adalah pelan RM15 dengan data internet berkelajuan sebanyak 10 GB, manakala pelan yang digembar-gemburkan dengan kelajuan yang dihadkan pada 7Mbps pula hanyalah terhad kepada pelan RM30 dengan data internet berkelajuan tinggi tanpa had. Disebabkan itulah keputusan speedtest saya melebihi 7Mbps.

Dengan harga yang sangat berbaloi buat masa sekarang, dan promosi Yoodo RM20 = 20 GB yang telah tamat pada akhir bulan lepas, pada pendapat saya inilah pelan yang paling berbaloi dibawah harga RM30 sebulan untuk didapati buat masa sekarang, tetapi dengan liputan rangkaian yang agak terhad berbanding dengan liputan rangkaian syarikat telekomunikasi lain.

Bagi mereka yang masih mengalami masalah penggunaan simkad ‘Kasi UP’ YES 4G ini, saya sarankan anda untuk hubungi talian helpline mereka di  018-333-0000 atau emailkan permasalahan anda di yescare@yes.my. Pada aplikasi MyYes juga terdapat sistem YesCare dimana anda boleh membuat aduan dan kebiasaannya akan menerima balasan dalam masa kurang dari 24 jam.

Anda mempunyai masalah & isu semasa menggunakan simkad YES 4G ? Video dibawah mungkin boleh membantu memberikan pencerahan kepada anda.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

88 Comments

  1. Anyone
    • Zulhazri
  2. Anyone
  3. Syed ahmad mustaqim
      • Enrih
      • miz
  4. Muhd
      • Aqilah
      • INTAN HAIRUNNISA BINTI IBRAHIM
        • INTAN HAIRUNNISA BINTI IBRAHIM
      • Jat faizat
  5. Zalina Binti Ishak
      • Hairul
      • shazren
  6. Fazira Yusoff
  7. nabilah
  8. Raushana Safiya
  9. mohd taufik
  10. Dira
      • Dira
  11. Ridzwan
    • Iffah
  12. Nora
  13. Filzah
  14. Qiesh
      • Imran Haikal
  15. Akeng
  16. Chiam Seng Huat
  17. h azhar
  18. NICHOLAS BALAKRISHNAN
      • Alfian
  19. MOHD SAFWAN BIN SAID
  20. Misi
  21. Farah
  22. Miuexe
      • Miuexe
          • Miuexe
  23. gereldine.
  24. Aza
  25. Iqin
  26. mohd faizall bin zahari
  27. dee
  28. Zulhaiqal

Leave a Comment