KehidupanSosialTeknologi

Review Penggunaan Youtube Premium

Review Penggunaan Youtube Premium

Ini adalah review ringkas penggunaan Youtube Premium yang saya baru gunakan selama 2 bulan, bermula daripada trial secara percuma pada bulan pertama dan langganan family plan pada bulan kedua.

Pada pendapat saya, sudah semakin banyak iklan yang dipaparkan pada konten video di Youtube dan jika kita fikirkan semula, memakan banyak masa sekurang-kurangnya 5 saat untuk 1 iklan pada video. Jika dahulu, 1 video kebiasaannya akan ada 1 iklan pada awal & hujung video, serta kemungkinan beberapa iklan pada pertengahan video, namun kini kadang-kala pengguna perlu skip 2 iklan dan terdapat juga iklan yang panjang seperti 15 hingga 20 saat dan tidak boleh diskip untuk meneruskan tontonan video pada Youtube.

Dan polisi Youtube yang terbaru pada beberapa bulan lepas ada menyatakan, dimana iklan Youtube akan keluar juga pada channel Youtube yang masih belum dapat monetize, bagi saya inilah titik tolak mengapa saya perlu beralih kepada penggunaan Youtube Premium.

Jika difikirkan semula, kita menghabiskan masa yang banyak untuk menunggu atau skip iklan-iklan ini dan jika dikumpulkan, mungkin sudah berjam-jam waktu telah digunakan semata-mata untuk menonton atau menunggu skip ads semata-mata.

Ada yang memberikan suggestion menggunakan Youtube Vanced, ads blocker dan sebagainya, tetapi ianya tidaklah sepraktikal seperti Youtube Premium. Semasa bulan pertama, sepanjang 60 jam video di Youtube yang ditonton tanpa iklan, sangatlah mudah dan tidak menjengkelkan untuk skip setiap iklan video lebih-lebih lagi jika content creator tersebut meletakkan iklan dengan banyak pada video mereka.

kelebihan youtube premium

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa kelebihan apabila menggunakan Youtube Premium, diantaranya :

  • Tonton video di Youtube tanpa iklan.
  • Boleh memainkan video di Youtube secara background sewaktu menggunakan aplikasi lain atau semasa skrin dimatikan.
  • Boleh mengakses kepada Youtube Music untuk kualiti muzik yang lebih baik.
  • Boleh menonton video Youtube secara offline.
  • Akses kepada konten Youtube Originals yang hanya boleh diakses oleh Youtube Premium sahaja.

pelan youtube premium

Untuk makluman anda, Youtube ada memberikan akses trial sebulan secara percuma sekiranya anda masih belum mencuba untuk menggunakan Youtube Premium sebelum ini dan sekiranya anda ingin meneruskan langganan :

  • Individual subscription : RM17.90/bulan.
  • Family subscription : RM26. 90/bulan untuk keseluruhan 6 akaun.
  • Student subscription : RM10.90/bulan. Terdapat verifikasi tahunan untuk langganan sebagai pelajar.

Adakah berbaloi untuk menggunakan Youtube Premium ?

Bagi saya yang sering menggunakan Youtube sebagai sumber informasi, tutorial dan pelbagai tujuan lain, ianya agak berbaloi. Kita tidak sedar sebenarnya kita sudah bazirkan masa yang banyak hanya untuk skip atau menonton iklan sahaja sedangkan waktu itu boleh digunakan atau dimanfaatkan untuk tujuan yang lain.

Bagaimana pula dengan anda ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

Diharap review ringkas penggunaan Youtube Premium ini dapat membuka mata kita sebagai pengguna mengenai kelebihan-kelebihan sekiranya anda melanggan Youtube Premium dan sekiranya dengan langganan ini ianya berbaloi dengan apa yang ditawarkan, saya pasti ianya bukanlah satu pembaziran.

Permohonan & Semakan i-Sinar KWSP : https://amirazman.my/permohonan-semakan-i-sinar-kwsp.

YES Memperkenalkan Pelan ‘Kasi Up’ : https://topupniaga.com/yes-memperkenalkan-pelan-kasi-up.

Leave a Comment