KehidupanSosialTeknologi

Permohonan & Semakan i-SINAR KWSP

Permohonan & Semakan i-SINAR KWSP

Bermula pada hari ini, sistem permohonan i-SINAR daripada KWSP telah dibuka dimana i-SINAR memberikan jumlah pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 bagi ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang dari RM100,000 manakala jumlah pengeluaran maksimum RM60,000 bagi yang mempunyai baki akaun 1 lebih dari RM100,000. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pihak KWSP.

Bagi yang belum sedia maklum, i-SINAR merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Terdapat 2 kategori yang layak memohon i-SINAR KSWP iaitu :

kriteria kategori layak isinar kwsp

Bermula pada 21 Disember 2020, permohonan untuk kategori 1 telah dibuka dan semakan status permohonan boleh disemak bermula pada 4 Januari 2021. Untuk kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula pada 11 Januari 2020. Permohonan i-SINAR ini hanya boleh dibuat secara online sahaja iaitu melalui laman web : isinar.kwsp.gov.my.

cara membuat permohonan iSINAR KWSP

Bagi kategori 1, pembayaran akan dibuat bermula pada pertengahan Januari 2021 manakala untuk kategori 2 pula, status semakan permohonan akan dikemaskini dalam masa 2-3 minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan yang berikutnya setelah permohonan diluluskan. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan berdasarkan jumlah dan tempoh permohonan yang telah dibuat.

cara mohon isinar kwsp

Untuk maklumat lanjut mengenai i-SINAR KWSP ini, anda boleh layari https://isinar.kwsp.gov.my/faq.

Anda tergolong dalam kategori 1 atau 2 ? Buat permohonan & semakan i-SINAR KWSP disini : https://isinar.kwsp.gov.my.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

2 Comments

Leave a Comment