Telekomunikasi

Cara Membuat Aduan SKMM

Cara Membuat Aduan SKMM

Cara Membuat Aduan SKMM

 

Anda mempunyai masalah bil yang tinggi secara tiba-tiba? Selalu terima SMS dan dicas terpaksa rela ? Bayar Penyiaran TV ontime tapi siaran TV hampeh ? Tiada coverage dikawasan anda ?

Jangan tunggu lama-lama. Duit hangus bayar, tapi tak dapat seperti yang sepatutnya.

Baru-baru ini ada segelintir pelanggan Digi yang terima SMS subscription Gameloft entah daripada mana dan akan dicas RM5 setiap minggu untuk langganan ini. Dahla dipaksa langgan, kena bayar, bila kita unsubscribe, automatik langgan balik. Kes macam ni, saya suka gunakan term ‘autosubscribe paksaan’.

Bila tak terjadi dekat diri sendiri, mesti kita fikir, alahh, mesti dia klik2 hantar SMS something2, tengok surat khabar, hantar SMS.. sebab tu laa.. No ! Bila jadi kat diri sendiri, terdiam. Yes, memang terjadi dekat Digi Infinite 150 saya.

Saya sertakan gambar dibawah post-post mereka yang terkena dengan auto subscription ini.

digi subscribe gameloftmasalah subscription digi digi autosubscribereport digi gameloftdigi autosubscribe

Auto subscription kali pertama pada 29 November 2017, dan saya ada call Customer Care Digi untuk kepastian. Pihak Digi cuma boleh menyarankan saya untuk hantar STOP ALL ke nombor tersebut, iaitu 20000. Selepas itu, berlaku auto subscription kali kedua pada 15 Disember 2017 dan sekali lagi saya hantar SMS STOP ALL ke nombor 20000.

Apabila kali ketiga saya terkena pada 29 Disember 2017, saya hantar SMS STOP ALL ke nombor tersebut dan terus Call Customer Care Digi sekali lagi dan terus buat report sekali lagi dan berikan details2 penting dimana tarikh saya terima auto subscription Gameloft.

Dibawah saya sertakan screenshot SMS yang saya terima untuk masalah auto subscription yang berlaku pada telco Digi saya gunakan.

digi postpaid subscribe digi infinite 150 digi autosubscribe gameloft auto subscription digi

Saya sedikan screenshot-screenshot penting untuk diberikan kepada customer care telco dan juga SKMM sebagai attachment kepada report yang kita ingin buat.

Dibawah saya senaraikan langkah-langkah untuk buat aduan kepada SKMM.

  1. Hubungi Careline Telco, tidak kira apa juga cara. LiveChat, Email atau panggilan sekalipun. Beritahu tentang masalah anda hadapi dan details2 penting untuk makluman mereka. Dan biasanya bila masalah 3rd party, memang mereka tak dapat bantu, sebab mereka helpline sahaja. Dan dapatkan Complaint ID daripada telco. Jangan lupa untuk minta !
  2. Buka https://aduan.skmm.gov.my dan klik pada pautan ADUAN BARU/NEW COMPLAINT. Klik ‘Ya’ untuk pertanyaan aduan secara rasmi kepada Pembekal Perkhidmatan. Kemudian isikan maklumat pembekal perkhidmatan, Complaint ID, No pengenalan dan No telefon anda untuk pengesahan.
  3. Kemudian isi maklumat masalah yang anda hadapi dan juga maklumat untuk kemudahan Telco atau SKMM untuk menghubungi anda.
  4. Anda akan menerima Email dan laporan seterusnya daripada pihak SKMM. Sila berikan kerjasama sekiranya pihak Telco atau SKMM memerlukan apa-apa maklumat tambahan.

Agak leceh, tapi perlu supaya tiada pihak yang tidak ambil sambil lewa dalam menyelesaikan masalah pengguna. Ada diantara yang sudah membuat aduan dan telah dapat refund daripada pihak 3rd party. Daripada info yang saya dapat daripada Careline Digi, 3rd party yang terlibat adalah Fortumo dan juga Gameloft (sekiranya saya tidak silap).

Semoga sekuriti telekomunikasi di Malaysia semakin baik dan mereka yang menerima masalah ini dapat refund sepenuhnya.

Ingin ketahui Cara Buat Duit Online ? http://amirazman.my/cara-buat-duit-online-percuma

Ingin ketahui Pengalaman Saya Menjalankan Perniagaan Topup ? http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup

Leave a Comment