Saya lihat ramai juga yang kurang jelas mengenai kelebihan dan kekurangan telefon set import, khususnya import set daripada China. Ada yang sudah terbeli, baru rasa menyesal, dan juga sebaliknya.
Oleh itu, untuk kali ini saya ingin share sedikit informasi yang mungkin berguna untuk anda sebelum anda membeli mana-mana telefon import set.
** Sila semak dan research sedikit telefon pintar yang ingin anda beli, dapatkan pengalaman penggunaan dan sebagainya, untuk mengelakkan sebarang kerugian.
Kelebihan telefon import set :
- Harga set import yang biasanya lebih murah berbanding set lokal. Untuk premium flagship, boleh cecah lebih RM1000 dan ke atas untuk penjimatan telefon model yang sama berbanding set lokal.
- Model telefon pintar yang lebih pelbagai, dan kemungkinan besar tidak dipasarkan secara official di Malaysia, contohnya seperti Google Pixel.
- Penggunaan rangkaian yang tidak terhad, dimana pengguna boleh menggunakan apa-apa sahaja rangkaian sekiranya disokong oleh telefon set import tersebut.
Kekurangan telefon import set :
- Sistem operasi yang digunakan terhad. Contoh sekiranya anda membeli import set China, kemungkinan besar bahasa sistem adalah dalam bahasa cina. Sekiranya mahir dan terdapat open source, mungkin boleh tukar kepada region sistem operasi yang sesuai.
- Waranti. Ini yang agak penting, sukar untuk anda claim waranti sekiranya apa-apa berlaku pada telefon tersebut. Terdapat kedai yang menjual import set tetapi tidak bertanggungjawab untuk proses claim warranty sekiranya terjadi apa-apa perkara tidak diingini.
- Aplikasi sekuriti seperti perbankan mungkin akan bermasalah. Terdapat kes dimana pengguna terpaksa pergi ke bank berhampiran kerana akaun disekat disebabkan oleh penggunaan aplikasi perbankan di telefon import set mungkin disebabkan langkah berjaga-jaga pihak bank untuk mengelakkan sebarang kecurian akaun.
- Terdapat telefon pintar import set daripada China yang tidak dapat menggunakan rangkaian 5G. Sila semak terlebih dahulu pengalaman penggunaan orang lain yang berada di negara yang anda akan gunakan.
- Terdapat juga masalah seperti sistem notifikasi yang tidak berfungsi dengan baik.
- Aplikasi bloatware yang mungkin wujud dengan operasi sistem import set.
- Ada juga yang memerlukan anda menggunakan eSIM untuk menggunakannya tanpa masalah di sesebuah negara.
Selain daripada diatas, berhati-hati juga dengan telefon pintar tiruan yang semakin banyak diluar sana.
Terdapat 1 kedai yang dipercayai dan memberi waranti untuk import set iaitu Fastech Lim yang menjual pelbagai produk import set termasuklah yang masih belum dilancarkan secara official di Malaysia, anda boleh layari Shopee kedai tersebut disini : https://shope.ee/4fXKq2V0KI.
Diharap perkongsian kelebihan dan kekurangan telefon set import ini dapat memberi manfaat kepada anda, dan adalah perlu untuk anda research terlebih dahulu telefon pintar yang anda minati, walaupun harganya murah berbanding pasaran set lokal kerana mungkin terdapat kekurangan-kekurangan seperti yang saya sebutkan diatas yang menjadikan anda ‘turn off’ dengan telefon pintar tersebut.
Tutorial Mirror Android Screen Pada PC : https://amirazman.my/tutorial-mirror-android-screen-pada-pc-obs-streamlabs.
Daftar aplikasi penjimatan pelbagai produk telco disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.