Bisnes

Komunikasi Dalam Perniagaan

komunikasi dalam perniagaanKemahiran komunikasi dalam perniagaan yang baik dapat memberikan ‘first impression’ yang baik kepada pelanggan mahupun peniaga. First impression yang baik dapat memberikan ‘mood’ yang baik dan proses perniagaan akan menjadi sangat lancar dan smooth.

Hari ini saya ada berurusan dengan company Gaming yang agak gah di Malaysia berkenaan pengurusan laman web syarikat tersebut. Mulanya saya ingatkan saya berurusan dengan ‘lelaki+melayu’ since its gaming company kan dan tutur katanya yang agak tersusun bahasa melayunya malah lebih baik daripada saya rasanya. Haha !

Jangkaan saya meleset. Rupanya saya berurusan dengan ‘gadis+cina’ dan urusan tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Sebab itu antara sebab saya tabik dengan bangsa cina dari segi perniagaan adalah, mereka sangat pandai dalam kemahiran perniagaan khasnya dalam perancangan, accounting dan juga komunikasi.

Pernah tak kita singgah kedai runcit atau kedai tepi jalan, mahupun kedai 7 Eleven sekalipun, kita sebagai pembeli, lihat bagaimana sikap penjual atau pekerja kedai tersebut dalam berniaga. Muka ada senyum tak dengan customer atau tengok muka je dah tau confirm garang ni, confirm bad mood ni, confirm period ni. Kahkah. Lagi-lagi dengan strangers customer, masam muka tu pergh… Hahaha.

bisnes gaya cina

Selain itu, dari segi ucapan berterima kasih. Ada ramai juga jenis peniaga atau pelanggan yang tak mengucapkan terima kasih sebab yelah, dah terbiasa tak ucap, sampai tak terfikir yang ucapan itu perlu ditutur. Ucapan terima kasih itu sebenarnya sangat bermakna untuk peniaga ataupun pembeli.

Sekiranya peniaga dan pelanggan sering berurus niaga dari strangers sehingga ‘kenal’ anda, bermaksud pelanggan sangat suka berurusan dengan peniaga tersebut dan berlakunya ‘repeat order’ berkali-kali atau kita boleh panggil juga ‘pelanggan setia’. Bila tiba-tiba 1 hari kita terlewat membeli buah-buahan dan peniaga menyapa anda dengan 3 perkataan sahaja :

“Lewat harini bos.”

Sudah cukup membuktikan sememangnya peniaga tersebut kenal pelanggan setia beliau walaupun tidak tahu even ‘nama betul’ kita.

cara cina menjual

Skill komunikasi dalam perniagaan yang sangat awesome yang ingin saya share sangat-sangat ialah nasihat dan tips percuma. Kebiasaanya peniaga cina suka memberikan tips dan nasihat percuma kepada pelanggan. Contohnya kita ingin membeli lampu kalimantang :

“You pegang bahagian sini ya so taklah licin you bawa ini lampu. Jaga bahagian tepi lampu ni jangan terhentak ya.”

Dia siap lilit 1 bahagian untuk kita pegang dengan mudah. Servis tip top walaupun barang taklah mahal ratus-ratus. Kalau dah sampai dari kemahiran komunikasi yang saya tuliskan diatas daripada semudah-mudah senyuman sehinggalah ke tips dan nasihat ni diapply dalam diri peniaga, how come I didnt repeat order ? Confirm kita jadi loyal customer dia kan ?

cara komunikasi dalam bisnes

Post saya kali ini bukanlah untuk diskriminasi mahupun racist terhadap mana-mana bangsa, tetapi mana yang baik dan positif ini marilah kita apply dalam diri kita kan khasnya kepada peniaga kerana skill komunikasi dalam perniagaan ini sangat penting dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

Shoutout untuk Gamesbond untuk urusan perniagaan yang sangat baik dan awesome. Boleh layari laman web mereka dan nikmati gaming studio mereka yang sangat awesome okay ! Untuk mereka yang rasa ‘pro gaming’ tu boleh la try nasib kot2 Gamesbond nak sponsor kan 😛

Jom baca ‘Untunglah Kau Buat Bisnes Online’ disini : http://amirazman.my/untunglah-kau-buat-bisnes-online .

Jom baca ‘Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup’ disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup .

Leave a Comment