“Untunglah kau buat bisnes online”, kata Pak Abu kepada Seman. Pernah tak anda terima kenyataan sebegini daripada rakan-rakan atau masyarakat sekeliling ? Normal, sebagai orang yang tidak pernah ‘terjun’ dalam bisnes mahupun bisnes online, kebiasaannya mereka akan kata begitu.
Kebanyakan antara rakan-rakan yang bekerja makan gaji, simple. Buat kerja, cukup bulan, dapat gaji tetap. Kan ? Tapi untuk mereka yang berbisnes secara sepenuh masa, pasti ada pasang surutnya kan, berbeza dengan makan gaji. Ada juga antara kita yang lagi hebat, kerja makan gaji dan juga bisnes part time. Amboi, jangan kata bisnes part time tak masyuk, ada juga yang masyuk sampaikan ada yang income part time mereka lebih tinggi daripada income makan gaji mereka. Jangan terkejut.
Mungkin rakan-rakan anda memikirkan buat bisnes online ini tiada modal, hanya perlu post iklan disana-sini dan boleh dapat income. Tidak sama sekali ya tuan puan. Banyak yang perlu dipelajari seperti bagaimana cara untuk menulis ataupun bercakap dengan baik dan jelas supaya content kita sampai kepada prospek atau pembeli. Sistem yang sistematik dan teratur juga perlu untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, ilmu pengurusan bisnes, pengurusan staf, dan pelbagai lagi. Belum saya sebut lagi tentang kos produk, marketing, kos overhead dan lain-lain yang masih lagi ditanggung oleh peniaga online walaupun mereka tiada kedai fizikal.
Dunia bisnes ini terlalu luas untuk kita explore keseluruhannya, ada bermacam-macam cara dan strategi untuk berjaya. Ada yang berjaya melalui branding (personal & produk), ada yang berjaya melalui pengalaman daripada sifu atau mentor perniagaan dan lain-lain. Setiap jenis bisnes atau produk, mempunyai cara yang berbeza untuk berjaya. Jadi untuk mereka yang masih belum ‘jumpa jalan’ yang tepat, teruskan usaha sehingga anda berjaya. Yang paling penting, don’t quit walaupun anda rasa anda ingin berhenti, tapi, carilah jalan yang tepat dan sesuai dengan perniagaan anda.
Bisnes ni konsep dia simple je 😌👌🏻
Takde iklan, takde customer.
Takde marketing, takde sales.
Usaha sikit. Hasil sikit.
Usaha banyak. Hasil banyak.Mungkin ada yang rasa usaha dia dah banyak dah. Semua dah buat. Tapi bila kita compare dengan orang lain yang dah berjaya dan lebih berhasil. Rupanya usaha kita ni baru 1% jeee. 😅
Sebab tu jangan pernah rasa selesa dengan apa yang kita usahakan sekarang. Jangan pernah rasa usaha kita ni dah 100% dah. Jangan pernah rasa kita ni dah all out habis-habisan dah.
Kadang kita ni duk pungpang pungpang, tapi macam tin kosong. Habuk pun takde.
Buktikan apa yang kita duk pungpang pungpang tu betul dan berhasil.
Orang yang lebih berhasil ni dia selalu fikir untuk buat tindakan yang luar biasa, yang lain dari orang lain setiap hari.
Dia tak ulang benda yang sama kalau hasilnya sama.
Dia tak approach guna kaedah yang sama kalau hasilnya sama.
Setiap hari ada jeee benda baru, idea baru yang out of the box.
Dunia bisnes terlalu luas untuk kita explore.
Do more. Learn more.
Semoga rezeki kita sentiasa melimpah ruah bagai air yang mengalir 👍🏻
InshaAllah, walaupun anda bermula dengan jalan-jalan yang sukar dalam berniaga khususnya mereka yang buat bisnes online, akhirnya anda akan berjaya juga. Saya doakan anda semua berjaya walau apapun perniagaan dan kerjaya anda. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.
Jom baca pengalaman saya menjalankan perniagaan topup disini : http://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.
Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.
Pengalaman saya sendiri pada permulaan buat bisnes online / buat duit online ni mmg banyak cabaran. Yang penting kena fokus dan berusaha dengan betul untuk berjaya 🙂
betul tuan. yang penting, jangan berhenti !