Kehidupan

Pelajar Dimalukan Oleh Guru ?

pelajar dimalukan oleh guru

Dalam beberapa bulan lepas, terdapat satu kes kecurian telefon bimbit disekolah dimana pelajar yang berusia 14 tahun dituduh mencuri telefon bimbit di sekolah. Apa yang telah berlaku ?

Pelajar bernama Piriya itu telah dikurung, dipaksa untuk mengaku, dan juga dimalukan didepan rakan-rakannya dan akhirnya menggantung dirinya akibat daripada tekanan yang dialami. Saya tidaklah follow up rapat-rapat kes tersebut, tetapi pointnya disini, disebabkan telefon bimbit, 1 nyawa terkorban. Worth it ? NO.

piriya iphone pelajar

Saya rasa tidak wajar dan sepatutnya meletakkan hukuman dimalukan maruah ini sebagai pilihan yang terakhir. Kenapa ? Perkara yang melibatkan maruah ini memberikan kesan yang sangat dalam dan sukar untuk dilupakan oleh pelajar. Betul, memang pelajar sekarang kebanyakannya agak nakal, tidak boleh disentuh sikit pun, tetapi kesihatan dari segi mental juga sebenarnya salah satu yang perlu dititikberatkan oleh guru lebih-lebih lagi apabila ianya tuduhan, tidak terbukti bersalah. Depression kills. Remember.

depression kills

Semasa diawal bangku sekolah rendah dahulu, saya agak aktif dan ada sertai pelbagai aktiviti akademik seperti pertandingan bercerita, choral speaking, Abacus Mental Arithmetic dan lain-lain. Saya jugalah yang bertanggungjawab baca quran di perhimpunan pagi setiap Jumaat walaupun bukanlah pengawas.

Zaman darjah 6 ini komputer baru diperkenalkan, saya pula memang dikenali sebagai student yang pergi ke Cyber Cafe (bukanlah saya pergi waktu sekolah pun), tapi sanggup la jalan kaki atau berbasikal beberapa kilometer untuk ke Cyber Cafe, passion dengan komputer punya pasal. Sebut je Cyber Cafe mana celah segamat ni, semua saya tahu. Haha.

cyber cafe

Sampailah 1 hari, kegiatan saya diketahui oleh guru disiplin dan perkara pertama yang dilakukan adalah memalukan saya di kelas yang paling bawah.

Awak semua jangan jadi macam Amir Azman ni. Duduk je kelas pandai, tapi pergi Cyber Cafe ! Habiskan duit mak bapak, buat benda bukan-bukan.

Tapi tak berakhir disitu sahaja. Guru disiplin send report kepada Guru Penolong Kanan Pula. Kalini lebih dahsyat. Ibu saya dipanggil ke sekolah. Setelah diberitahu, seperti saya sangka, mak saya tak terkejut pun sebab memang dah tahu. Agaknya GPK ni geram agaknya sebab mak saya tak balun saya, selepas perjumpaan tersebut, beliau panggil saya sekali lagi dan barailah air mata jantan saya kena marah lagi. Kahkah.

Sejak dimalukan sebegitu rupa, saya mula jadi pendiam, sediam-diamnya. Tanggungjawab yang terpaksa sahaja yang saya teruskan. Nasiblah zaman tu zaman Dragon Ball. Takda fikir lagi nak suicide-suicide ni. Huhuuu. Hahahahaha. Tabiat pergi Cyber Cafe tu memang membawak-bawak ke sekolah menengah dan sampailah sekarang. Just jarang-jarang sebab dah ada laptop dan PC sendiri kan. Dulu pergi sebab takda.

depression suicide

Suara guru disiplin tersebut masih saya ingat, terngiang-ngiang dan takkan dapat saya lupa agaknya. Betapa mentalnya saya waktu itu, tingkatan 3 baru saya perlahan-lahan aktif semula dan mula bergaul dengan lebih ramai pelajar lain. Sebab tu saya agak skeptikal dengan guru yang memalukan pelajar didepan rakan-rakan mereka, sedangkan mereka sepatutnya belajar untuk berkolaborasi sesama mereka.

Baru-baru ini, saya lebih berminat untuk melihat sistem pendidikan kita diubah menjadi lebih baik. Boleh baca post saya berkaitan isu tersebut disini : http://amirazman.my/realiti-kehidupan.

Terima kasih cikgu, walaupun cikgu berikan saya moment yang tak dapat saya lupa, tapi cikgu antara sebab musabab saya teruskan minat saya pada bidang komputer. Tak semua yang ada dalam cybercafe tu keburukan, kalau kita pandai menggunakan dengan baik, kesannya pun baik. Kan ?

Sekian daripada saya yang beli komputer pertama saya pada umur 19 tahun hasil titik peluh saya sendiri dari perniagaan online. Ni laptop pertama saya, Acer Travelmate 290 second hand. Jangan tanya spec, memang spec zaman purba. Hahahahahaha.

acer travelmate 290

Dulu saya tak ada komputer cikgu, maafkan saya sebab selalu ke Cyber Cafe ya. Facebook cikgu pun saya lama dah cari, tak jumpa-jumpa. Mungkin tiada facebook agaknya, apa-apapun semoga cikgu dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan ya.

Jom baca post saya ‘Pendidikan VS Kerjaya’ disini : http://amirazman.my/pendidikan-vs-kerjaya

6 Comments

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23