KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Masalah Addon Smart Device Unifi Kali Kedua

Masalah Addon Smart Device Unifi Kali Kedua

Sudah lebih 6 bulan saya hadapi masalah untuk addon smart device menggunakan Unifi untuk kali kedua disebabkan oleh subscription kali pertama yang masih aktif di sistem walaupun kontrak dan pembayarannya sudah pun berakhir.

Sebelum ini, saya ada bertanya kepada customer service Unifi sebelum berakhirnya kontrak itu, katanya akan hilang dalam bil akan datang, akan tetapi ternyata tidak. Jadi saya ada cuba hubungi customer servis Unifi beberapa kali mengenai isu ini kerana mungkin saya berminat untuk addon lagi jika produk atau device yang ditawarkan agak menarik.

Setelah 2 kali open close case report mengenai isu ini, saya dapat simpulkan masalah ini tidak dapat diselesaikan melalui livechat Unifi sahaja.

Pihak customer servis Unifi ada meminta saya untuk menghubungi Unifi melalui 100 dan pilih bahagian sales untuk membuat addon baru, atau datang ke TM Point, dimana saya pun tak pasti sama ada boleh berjaya atau tidak membuang addon lama tersebut dari sistem akaun Unifi saya. Namun itu sahaja harapan jika saya berminat untuk melanggan addon smart Unifi device sekali lagi.

Saya akan kemaskini selepas saya cuba buat panggilan kepada Unifi kelak. Sebelum ini saya lihat promosi yang ditawarkan kurang menarik namun sepertinya Unifi baru sahaja kemaskini laman web mereka di : https://unifi.com.my/lifestyle.

Anda boleh lihat penawaran terkini mereka (Julai 2024) pada waktu post ini ditaip seperti dibawah :

addon unifi smart tv

addon unifi smart home

addon unifi laptop tablet

Saya sebenarnya agak tertarik dengan model laptop yang ditawarkan, namun disebabkan akan datang ada laptop dengan chip Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus, saya rasa lebih baik untuk mencuba model tersebut kelak sekiranya ditawarkan secara addon Unifi kelak.

Saya juga pernah kongsikan pengalaman saya claim warranty TV LG yang saya beli menggunakan smart device addon Unifi disini : https://amirazman.my/pengalaman-claim-warranty-lg-tv.

Ada yang seperti saya juga mengalami masalah addon smart device Unifi seperti saya ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Tak perlu dah bawa charger banyak-banyak, guna 7 in 1 plug 65W disini : https://s.shopee.com.my/6fMjtsVidY.

Dapatkan topup games termurah disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Leave a Comment