KehidupanTeknologi

Pengalaman Claim Warranty LG TV

Pengalaman Claim Warranty LG TV

Perkongsian kali ini mengenai pengalaman claim warranty LG TV saya dalam beberapa bulan lepas, berkemungkinan dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah yang sama dan ingin mengetahui proses claim warranty bagi syarikat LG.

Pada 2 bulan lepas, secara tiba-tiba TV LG yang saya beli daripada addon Unifi bermasalah untuk dihidupkan. TV yang saya gunakan ialah TV LG 55UN731C0TC yang telah saya gunakan selama hampir 1 tahun 6 bulan. Mujur warranty TV LG ni tidak silap saya sekitar 2 tahun atau 3 tahun apabila saya semak laman web mereka.

Masalah TV yang berlaku adalah seperti berikut :

  • Pada awalnya apabila kita cuba hidupkan TV, ada ternampak dashboard sistem operasi LG dan tiba-tiba terpadam skrin menjadi gelap.
  • Kemudian, cubaan kali kedua dan seterusnya sudah tiada apa-apa pada skrin. Saya cuba agak-agak untuk klik Netflix, dan ada bunyi. Sah, cuma skrin sahaja yang bermasalah. Sound tiada masalah bermaksud Smart TV ini beroperasi sepenuhnya kecuali tiada paparan skrin.

Pada waktu ini, gelabah juga saya memikirkan sebab saya beli TV ini melalui addon Unifi dimana perlu membuat bayaran secara bulanan daripada bil Unifi, jadi kurang arif bagaimana cara untuk claim warranty kerana tiada resit pembelian & info mengenai warranty.

Tutorial Pembelian Addon Unifi

Pada mulanya, saya hubungi Unifi tetapi jawapan yang diberikan, saya perlulah hubungi syarikat TV untuk claim warranty tersebut.

Jadi saya pun terus call LG customer service dan buat laporan mengenai kerosakan TV. Katanya pihak mereka akan datang dan buat checking TV dahulu dan akan datang dalam masa 7 hari bekerja. Ada diingatkan juga yang mereka perlukan resit pembelian yang mana saya tiada memandangkan saya beli menggunakan addon Unifi.

Yang berminat untuk mengetahu cara pembelian melalui Addon Unifi, boleh lihat disini : https://amirazman.my/tutorial-pembelian-addon-unifi.

Selepas 7 hari, TV masih belum diambil oleh pihak LG jadi saya terus hubungi mereka sekali lagi untuk status update. Katanya mereka akan mempercepatkan proses tersebut dan petang pada hari yang sama, terus ada technician sampai dan ambil TV.

Nasib saya kurang baik pada waktu technician LG sampai, di tepi TV ada kesan kotor seperti disentuh tangan yang kotor, mungkin daripada anak buah saya yang berada di rumah. Tambah lagi dengan 3 ekor kucing di rumah, memang technician terus suspek TV dikencing kucing jantan.

Kami tak pernah nampak kucing kencing atau pancut pada TV sebelum ini, dan tiada apa-apa kesan basah atau perubahan warna pada skrin, tetapi tidak menidakkan kemungkinan itu, dan anak buah saya juga selalu main spray air, tetapi tidak pernah pula nampak berlaku didepan mata. Memang nakal sikit dia ni sebenarnya.

Pada hari itu, technician kata mereka akan cuba untuk bantu buat penukaran skrin dan akan hantar semula selepas pertukaran skrin siap. Namun technician dah warning awal-awal pertukaran ini sekali sahaja dia dapat bantu. Lepas ni tak dapat dah. Haha.

TV diambil pada hari khamis, hari isnin TV sudah dihantar semula ke rumah. Boleh dikatakan agak pantas customer service LG memandangkan pada ketika itu adalah minggu perayaan juga. Agak pantas ya proses claim warranty untuk TV LG ini. Terbaik.

2 minggu selepas itu pula terus saya mount TV lebih tinggi untuk elakkan masalah disentuh tangan-tangan gatal dan dipancut oleh kucing-kucing. Haha. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik sehingga sekarang.

Diharap perkongsian bagaimana saya claim warranty LG TV ini dapat membantu mana-mana pengguna LG yang ingin ketahui bagaimana proses tuntutan ini berjalan. Semoga kita semua diperbanyakkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Smart TV murah & berkualiti dari Shopee : https://shope.ee/5fLkUcTGCw.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dari Hosting Malaya : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment