TeknologiTelekomunikasi

Maklumat Privasi Domain Terdedah ?

Maklumat Privasi Domain Terdedah

Bagaimana untuk ketahui sama ada maklumat privasi domain anda terdedah atau tidak ?

Sekiranya anda mempunyai laman web, sudah semestinya anda sudah lali apabila dihubungi oleh penyedia servis luar negara seperti India dan menawarkan servis design website atau SEO daripada mereka.

Kadang-kadang pening kepala dapat call dari entah sesiapa promosi servis sebegini, yang offer untuk pelaburan juga ada seperti pelaburan crypto, forex dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai laman web, dan anda tidak menggunakan ID Protection, ini merupakan antara sebab mengapa anda menerima panggilan dan email random sebegini.

Anda boleh baca mengenai ID Protection atau WHOIS Protection domain selanjutnya disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-whois-protection.

kepentingan domain privasi

Nak dijadikan cerita, hari ini ada seorang klien saya yang menyediakan servis secara ‘underground’ tetapi sangat pelik kerana orang dapat tahu pemiliknya walaupun tidak diuar-uarkan siapakah yang menyediakan servis tersebut.

Pada mulanya, saya syak mungkin terdapat pattern code yang hampir sama atau sebagainya, kemudian terlintas untuk saya semak WHOIS Lookup domain beliau …

Dan saya lihat beliau tidak aktifkan ID Protection untuk domain tersebut. Segala maklumat pendaftaran domain seperti nama, email dan no telefon tertera begitu sahaja di WHOIS Lookup.

Untuk menyemak maklumat pendaftaran domain, anda boleh membuat semakan dengan mengisikan nama domain anda pada WHOIS Lookup disini : https://www.whois.com/whois.

pendaftaran domain hosting malaya

Untuk pembelian domain di Hosting Malaya, anda boleh sahaja tick ‘ID Protection’ untuk mengelakkan daripada maklumat privasi pendaftaran domain anda diketahui umum dan mengelakkan daripada email dan nombor telefon anda daripada dispam.

Beli domain di Hosting Malaya disini : https://billing.hostingmalaya.com.

ID Protection addon ini percuma pada Hosting Malaya. Terdapat juga hosting yang mempunyai servis cas untuk ID Protection ini. Boleh lihat sendiri pada management domain anda.

manage domain id protection

Atau sekiranya anda telah mempunyai domain di Hosting Malaya, anda boleh klik Enable ID Protection pada bahagian My Domain -> Manage Domain -> Addons.

Diharap perkongsian saya ini dapat membantu anda dalam memahami kepentingan menggunakan ID Protection atau WHOIS Protection untuk memastikan data privasi domain anda tidak terdedah kepada umum. Semoga bermanfaat.

Dapatkan Web Hosting dilengkapi DDos Protection disini : https://shope.ee/9KFVuaVYWp.

Ketahui Tips Memilih Hosting Terbaik disini : https://amirazman.my/tips-memilih-hosting-yang-terbaik.

Leave a Comment