Pada post kali ini saya ingin kongsikan tutorial pembelian addon Unifi menggunakan dashboard akaun Unifi dengan pantas dan mudah. Apa produk yang tersedia pada Addon Unifi ini ?
Diantara produk yang menarik yang tersedia pada ruangan Add-Ons Unifi adalah LG 55″ 4K UHD TV, Mesh WiFi Deco M4, Mesh WiFi Deco M9 Plus, dan Mesh Wi-Fi Deco X60 seperti yang disenaraikan dibawah.
Pembayaran bulanan sebagai contoh untuk LG 55″ 4K UHD TV adalah berbeza berdasarkan pelan mengikut pelan Unifi yang anda langgan. Sekiranya langganan pelan anda lebih tinggi, lebih murah harga bulanan yang ditawarkan.
Untuk membuat langganan ini dengan mudah dan pantas, anda boleh login akaun Unifi anda di https://unifi.com.my.
Kemudian, pada bahagian My Account klik pada anak panah bawah dan service langganan anda akan dipaparkan. Klik pada View Service.
Pada halaman ini, maklumat mengenai servis langganan anda akan dipaparkan dan produk addon juga akan dipaparkan. Klik pada Buy Now pada produk Add-Ons yang anda ingin langgan dan submit maklumat tersebut sekiranya tiada masalah.
Anda akan menerima email mengenai status langganan tersebut dan juga tracking number setelah status langganan tersebut diluluskan. Proses penghantaran produk tersebut mengambil masa dalam tempoh 30 hari bekerja.
Untuk memudahkan anda memahami proses langganan addon Unifi ini, anda boleh lihat video tutorial pembelian addon Unifi seperti dibawah.
Sekiranya anda berminat untuk membuat pemasangan Unifi Fibre di rumah anda, anda boleh buat permohonan pada link berikut dan pihak kami anda menghubungi anda untuk semakan rangkaian serta pemasangan Unifi dengan pantas dan mudah.
Daftar Unifi Home & Business disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.
Cara Perbaharui Kad Debit/Kredit Bank Online : https://amirazman.my/pembaharuan-debit-kad-online.