Duit OnlineKehidupanTeknologi

Pembaharuan Debit Kad Online

Pembaharuan Debit Kad Online

Baiklah memandangkan sudah masuk tahun baru, kali ini saya nak share bagaimana cara untuk membuat pembaharuan debit kad secara online dengan pantas dan mudah. Yelah, kad dah mula tamat tempoh, patah, rosak, dan sebagainya jadi adalah lebih baik untuk kita buat penukaran untuk mengelakkan masalah sekiranya berlaku kecemasan pada masa akan datang.

Pembaharuan Debit Kad Maybank

Proses pembaharuan debit kad Maybank agak straight forward dan mudah. Anda boleh login website Maybank2U disini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.

pembaharuan debit kad maybank

Kemudian klik pada SETTINGS, menu CARDS, dan klik pada Debit Card – Replace, Activate & Block dan pilih Replace Card. Kemudian anda akan diminta untuk membuat pengesahan alamat untuk proses pengeposan kad debit baru daripada pihak Maybank.

Setelah kad debit anda sampai dan anda ingin menggunakan kad debit yang baru, anda boleh klik pada bahagian diatas semula dan klik Activate pada kad yang berstatus pending untuk mengaktifkannya.

Pembaharuan Debit Kad CIMB Bank

Untuk CIMB Bank pula, kebiasaannya 3 bulan terakhir sebelum debit kad anda tamat tempoh, anda akan menerima email dan notifikasi untuk pembaharuan debit kad. Untuk membuat pembaharuan debit kad CIMB Bank secara online, anda boleh layari : https://apply.cimb.com.my/dcrform dan masukkan maklumat berkaitan nombor kad debit serta kad pengenalan dan klik PROCEED.

Kemudian, anda akan menerima TAC dan perlu diisi pada laman web tersebut. Terdapat 2 pilihan sama ada anda ingin mendapatkan debit kad baru anda secara pos atau ambil di cawangan berdekatan.

pembaharuan debit cimb

Kemudian anda akan diminta untuk membuat pengesahan alamat. Semasa saya membuat proses ini, saya tidak dapat memilih State (Negeri) kerana tiada pilihan negeri tersedia tetapi poskod sudah terisi dengan betul, jadi saya proceed sahaja. Kemungkinan terdapat masalah pada sistem CIMB sendiri pada bahagian ini. Sistem juga membenarkan proceed tanpa masalah.

Untuk maklumat penuh mengenai proses pembaharuan ini anda boleh layari laman rasmi CIMB : https://www.cimb.com.my/renewal.

Diingatkan sekiranya anda mempunyai auto debit yang menggunakan kad debit anda yang terdahulu, pastikan anda sudah membuat pertukaran auto debit kad pada platform tersebut juga untuk mengelakkan masalah pembayaran tersebut sebagai contoh platform pembayaran seperti Paypal atau apa-apa langganan atau servis bulanan.

Saya menggunakan 3 bank utama sahaja iaitu Maybank CIMB dan juga Bank Islam. Untuk Bank Islam, saya tidak menjumpai apa-apa cara pembaharuan debit kad secara online dan kemungkinan besar hanya boleh dilakukan melalui kaunter Bank Islam sahaja. Sekiranya terdapat informasi tambahan, saya akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Tutorial Pendaftaran Direct Debit PTPTN : https://amirazman.my/tutorial-pendaftaran-direct-debit-ptptn.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Malaysia : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment