BisnesKehidupanTeknologiTelekomunikasi

Telegram Dihadkan Kerana Spam ?

Pernah atau tidak akaun telegram anda dihadkan kerana anda dituduh melakukan spam ? Sebelum ini saya pernah membuat rungutan mengenai scam yang terlalu banyak di Telegram yang melibatkan forex, pelaburan dan sebagainya. Saya pernah kongsikan di Youtube mengenai cara untuk mengenai scam-scam sebegini yang sentiasa menggunakan modus operandi yang sama seperti dibawah.

Pada waktu itu, saya ada berikan amaran kepada kebanyakan group2 scam tersebut dan mungkin akaun saya telah di report oleh scammer-scammer ini, jadi saya tidak dapat membuat hantaran ke mana-mana group semasa masih dalam tempoh akaun yang dihadkan.

Untuk membuat semakan mengenai akaun Telegram yang dihadkan, anda boleh pergi ke pautan ini untuk terus ke bot Spam Info Bot khas dari Telegram : https://telegram.me/spambot.

telegram spam info check

Kemudian, klik ./start dan sekiranya akaun anda telah dihadkan, anda akan menerima informasi mengenai tempoh masa dihadkan dan akaun anda akan boleh digunakan seperti biasa selepas dari tempoh tersebut.

akaun telegram limited

Sekiranya anda merasakan ianya satu kesilapan, anda boleh berikan feedback kepada Spam Bot tersebut akan tetapi kemungkinan besar lebih baik tunggu sahaja sehingga tempoh tersebut berakhir kerana amat tipis peluang untuk pihak Telegram melepaskan akaun anda lebih awal.

masalah telegram dihadkan

Setelah daripada tempoh masa akaun telegram anda dihadkan, anda boleh buat semakan semula pada bot yang sama. Ini yang dipaparkan untuk akaun saya apabila saya semak selepas pada tempoh masa tersebut.

telegram no limit

Untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara seperti saya, tidak perlu untuk mengingatkan mereka bahawa ianya scam tetapi terus report group dan leave group scam tersebut. Dan pada bahagian Setting, klik pada Privacy & Security , pada menu Groups, pilih My Contacts sahaja untuk mengelakkan akaun yang tidak dikenali daripada sewenang-wenangnya memasukkan anda dalam group yang tidak anda ingini.

elak stranger add telegram

Diharap perkongsian saya ini dapat mengelakkan daripada akaun telegram anda dihadkan dan dimasukkan dalam group spam, scam atau sebagainya. Semoga bermanfaat !

Cara Perbaharui Kad Debit/Kredit Bank Online : https://amirazman.my/pembaharuan-debit-kad-online.

Daftar Unifi Home & Business disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Leave a Comment