Pernah atau tidak anda mengalami masalah ‘BIOS has been reset – please decide how to continue’ ini setiap kali anda booting atau turn on PC anda ? Masalah ini kebiasaannya terjadi apabila anda baru sahaja menghidupkan plug dan komputer atau PC anda (elektrik baru sahaja mengalir pada motherboard anda) dan tidak akan berlaku sekiranya anda restart atau hidupkan PC dalam keadaan motherboard masih lagi menerima elektrik.
Kebiasaannya, masalah BIOS akan melibatkan bateri CMOS, atau dipanggil juga sebagai bateri lithium CR2032 dimana tarikh dan jam pada PC akan sentiasa ‘reset’ dan tidak tepat. Secara puratanya, bateri CMOS dianggarkan dapat digunakan selama 5 tahun bagi penggunaan pada sesebuah motherboard komputer. Jika anda mempunyai masalah tarikh dan jam pada PC sering tidak tepat setiap kali PC anda dihidupkan, kemungkinan besar bateri CMOS anda sudah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Mudah sahaja, anda boleh pergi ke mana-mana kedai berhampiran, contohnya MR DIY dimana mereka juga ada menjual pelbagai jenis bateri lithium. Cari sahaja bateri CR2032 dan gantikan bateri pada motherboard anda dengan bateri yang baru.
Adakah penukaran bateri CMOS dapat menyelesaikan masalah BIOS has been reset seperti diatas ?
Jawapannya YA. Saya berjaya menyelesaikan isu ini setelah hampir sebulan lebih mengalami masalah tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan :
- Tukar bateri CMOS pada motherboard dengan bateri yang baru.
- Hidupkan plug dan PC anda. Apabila sampai pada paparan BIOS has been reset, anda boleh Enter BIOS dan tetapkan konfigurasi yang sesuai. Pastikan anda set Boot Option Priorities seperti yang sepatutnya dan Save Settings.
- Anda boleh cuba untuk shutdown PC dan matikan plug untuk sementara waktu dan cuba hidupkan semula. Semak sama ada isu ‘BIOS has been reset’ ini masih terjadi atau tidak.
Anda mengalami masalah ini dan berjaya menyelesaikannya ? Kongsikan dengan kami solusi anda pada ruangan komen dibawah.
Berminat untuk mendaftar Unifi Fibre ? Daftar disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.
Masalah Skrin Laptop Tidak Hidup : https://amirazman.my/masalah-skrin-laptop-tidak-hidup.