KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Wajarkah Pakej Pelan Data Pelajar IPT ?

Wajarkah Pakej Pelan Data Pelajar IPT

Wajarkah pakej pelan data pelajar IPT yang ditawarkan oleh Celcom, Maxis, Digi dan Unifi ?

Ini persoalan yang saya fikir-fikirkan apabila terbaca post daripada Amanz mengenai pakej pelan data pelajar IPT disini : Pakej Pelan Data Pelajar IPT.

Pada 6-8 tahun yang lepas, penggunaan internet tidaklah begitu meluas seperti pada hari ini tetapi pelan-pelan yang ditawarkan saya boleh katakan agak menarik sebagai contoh pelan Maxis SKMM, Celcom 1 Malaysia, Instanet dan sebagainya dengan hanya RM25~30 sebulan untuk penggunaan internet yang pelbagai termasuklah penggunaan Hotspot. Walaupun dengan hanya data 3G sahaja, ianya sudah memadai dan boleh dikatakan sesuailah dengan kadar penggunaan internet pada waktu itu. Pelan panggilan serendah 15sen dan SMS 1sen pun sudah dikira berbaloi dengan extended validity contohnya pelan Hotlink Youth Club, Xpax SOX, Xpax UOX dan sebagainya.

xpax uox

Tetapi pada waktu ini, dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sektor pendidikan juga diantara sektor yang terjejas dimana proses pembelajaran ada yang dijalankan secara online. Seperti yang tersenarai pada portal Amanz, masih terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang mengehadkan penggunaan hotspot dimana pada pendapat saya pada ketika ini ianya sangat penting bagi pelajar untuk mempunyai data hotspot yang mencukupi.

Hal ini kerana, pelajar tidaklah bergantung 100% kepada penggunaan data internet di telefon pintar, mereka juga perlu menggunakannya untuk membuat assignment atau research yang memerlukan penggunaan komputer riba dan sebagainya. Apabila penggunaan data hotspot yang diberikan terlalu terhad, ini secara tidak langsung menyukarkan proses pembelajaran pelajar.

internet pelajar IPT slow

Saya faham dimana mungkin terdapat segelintir syarikat telekomunikasi yang ingin mengelak daripada pengguna yang ‘abuse’ penggunaan internet yang melampau atau sebagainya yang mungkin boleh memberi kesan kepada penggunaan internet pengguna lain. Pandangan saya, mungkin syarikat telekomunikasi boleh memperhalusi polisi penggunaan dan pelan ini supaya ianya lebih mesra pengguna untuk pelajar IPT sebagai contoh :

  1. Berikan data hotspot yang lebih tinggi, atau wujudkan addon services data hotspot yang berbaloi dengan pelajar IPT. Penggunaan internet yang terhad pada telefon pintar sahaja tidaklah terlalu berbaloi jika tidak boleh digunakan pada peranti lain yang dimiliki oleh pelajar untuk proses pembelajaran.
  2. Wujudkan promosi langganan internet berkelajuan tinggi seperti Home Fibre, Broadband dan sebagainya khas untuk pelajar IPT memandangkan proses pembelajaran kini yang lebih cenderung dan selamat secara ‘online’. Contohnya kontrak penggunaan yang lebih longgar daripada kebiasaan, atau dengan harga yang lebih murah untuk tempoh-tempoh tertentu/terhad.
  3. Syarikat telekomunikasi boleh ‘whitelist’ untuk penggunaan data tanpa had bagi laman sesawang yang berkaitan dengan IPT atau aplikasi pembelajaran sebagai contoh aplikasi Zoom, Skype, dan pelbagai laman portal serta tools pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar untuk proses pembelajaran. Whitelist ini termasuk juga untuk penggunaan hotspot.

Walaupun begitu, masih terdapat syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan yang agak menarik dan kelihatan berbaloi melainkan terdapat polisi penggunaan yang ‘tersorok’ atau ‘kemaskini lewat’ daripada syarikat telekomunikasi tersebut. Anda boleh nilai melalui data internet serta penggunaan hotspot yang ditawarkan.

Ketahui Tips Penjagaan Laptop Disini : https://amirazman.my/tips-penjagaan-laptop.

Apa Itu Domain Dan Hosting ? Klik Disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.

Leave a Comment