Memandangkan masalah sambungan Unifi ke OVH Hosting ini melarat sudah berbulan-bulan dan hampir setahun, saya rasa sudah sampai masa untuk saya ‘compile’ isu ini sehinggalah masalah ini selesai sama ada dari pihak Unifi atau OVH Hosting sendiri. Saya merupakan pengendali kepada Hosting Malaya, penyedia servis web hosting serta game hosting yang bertapak di Malaysia.
Mereka yang arif dengan sambungan internet khasnya pemain game online semestinya mengetahui berkenaan kadar latency dan ping yang rendah membantu untuk mendapatkan pengalaman penggunaan internet serta gaming yang terbaik. Server OVH Hosting yang saya gunakan berada di Singapura, lokasi yang paling hampir dengan Malaysia serta sangat sesuai untuk pengguna di Asia Tenggara.
Isu ini bukan sahaja dialami oleh saya sendiri, tetapi ramai juga pengguna Unifi yang lain membuat laporan yang sama walaupun tidak banyak yang ambil kesah dan perasan berkenaan isu ini melainkan mereka memang monitor status sambungan ini dari semasa ke semasa. Tujuan saya membuat posting ini adalah untuk mengemaskini berkenaan isu masalah sambungan Unifi ke sesetengah server sehinggalah isu ini selesai.
Memang kita sebagai pengguna boleh menggunakan pilihan lain seperti menggunakan VPN atau proxy server sebagai penyelesaian masalah ‘temporary’, tetapi sampai bila ? Terdapat juga sesetengah servis perkhidmatan yang terhad dimana mereka tidak dapat menggunakan VPN atau proxy server dan seperti yang anda maklum, VPN dan proxy server yang berkualiti juga memerlukan kos dan agak leceh.
Saya sangat berharap pihak teknikal Telekom Malaysia boleh membuat diagnostik atau menganalisis sambungan telco anda lebih-lebih lagi pada waktu 8 malam sehingga 11 malam dimana masalah sambungan ini berlaku dengan sangat teruk sehinggakan latency atau ping ke server Singapura sahaja boleh mencecah sehingga 400ms (normalnya, sambungan Unifi akan memberikan latency atau ping setinggi 8-15ms sahaja).
Saya sertakan latency atau ping normal ke salah satu IP OVH Hosting secara normal sama ada melalui command prompt dan juga ping plotter.
Ada kalanya juga terdapat sedikit ‘request time out’ (garisan merah pada graph dibawah) seperti yang dipaparkan pada pingplotter dibawah walaupun pada latency atau ping yang rendah.
Saya pernah menggunakan carian Google pada awal tahun 2020 untuk melihat adakah masalah saya ini dialami oleh orang lain, rupa-rupanya memang ada yang mengalami masalah yang sama. Saya ada jumpa pengguna ‘leang97’ yang mengutarakan isu yang sama. Saya sediakan pautan tersebut dibawah.
Post daripada ‘leang97’ ditaip pada 12 Januari 2020 : Unifi AS4788 is SLOW at NIGHT.
Disebabkan masalah ini sering terjadi, saya pernah membuat laporan kepada pihak Unifi dan laporan pertama saya ditutup walaupun masalah ini masih berlaku dari hari ke hari. Saya sediakan Smokeping daripada OVH Hosting dari 28 April 2020 sehingga 7 Mei 2020 dan anda boleh lihat pada graph tersebut ada waktunya latency atau ping boleh mencecah 400ms (pada waktu post ini ditaip : 8 Mei 2020).
Contoh rekod pingplotter pada waktu masalah ini terjadi :
Seperti biasa, follow up laporan yang diberikan oleh OVH Hosting lebih terperinci berbanding dengan Unifi pada email follow up atau phone call follow up. Saya lampirkan balasan follow up daripada pihak OVH seperti dibawah :
Dan balasan email daripada pihak Unifi (TM) pula kebanyakannya hanyalah autoreply seperti dibawah :
Tidak berhenti disitu sahaja, memandangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, isu ini menjadi semakin serius dan teruk, saya mula membuat posting di group-group berkaitan IT dan Programming Laman Web untuk mendapatkan pengesahan pengguna serta pemilik hosting lain.
Facebook Group ‘Kedai Kopi WordPress’ : https://www.facebook.com/groups/kedaikopiwordpress/permalink/3276247122385793.
Facebook Group ‘Programming Laman Web + UI/UX : https://www.facebook.com/groups/jomweb/permalink/3729942367077405.
Kemaskini 8 Mei 2020 :
Pada jam 8.30 pagi tadi, pihak Unifi ada hubungi saya berkenaan isu latency yang tinggi pada waktu-waktu tertentu. Mereka mengatakan itu adalah ‘best effort’ yang mereka boleh bagi memandangkan IP pengguna adalah ‘dynamic’ iaitu berubah-ubah. Nampak ‘pelik’ sedangkan TIME sendiri tidak mempunyai masalah seperti apa yang berlaku kepada Unifi, telco-telco lain juga sedangkan kalau guna hospot/broadband, confirm-confirm IP terus berubah.
Saya juga ada memberitahu khidmat pelanggan mereka bahawa mereka boleh hubungi saya secara terus dengan technical team atau department level yang lebih tinggi dan saya boleh tunjukkan isu ini juga berlaku pada group2 IT serta programming yang lain.
Saya akan cuba terus mendapatkan follow up mengenai isu ini sehinggalah masalah ini betul-betul selesai. Sekiranya mereka ‘auto close’ report seperti yang berlaku pada saya sebelum ini, nampak gaya pilihan terakhir saya ialah membuat aduan secara terus kepada SKMM.
Pada pagi ini juga, saya ada membuat carian di Google dan terjumpa satu lagi laporan dari Community Unifi berkaitan dengan masalah ini daripada pengguna ‘darkskies’ yang juga melaporkan perkara yang hampir sama. Saya yakin masalah ini bukan sahaja berlaku untuk sambungan kepada OVH Hosting, malah berkemungkinan besar untuk sesetengah server international yang lain juga.
Post daripada ‘darkskies’ ditaip pada 21 Mac 2020 : Slow Internet to International.
Pada malam 8 Mei 2020 dalam jam 9 malam sehingga 10 malam, saya ada rekod data menggunakan PingPlotter daripada Unifi ke OVH Hosting.
Video PingPlotter 9.00pm to 9.30pm :Â https://youtu.be/3N2Iwb67ehE
Video PingPlotter 9.30pm to 10.00pm :Â https://youtu.be/iuMpvpAOe6E
Kemaskini 9 Mei 2020 :
Pagi ini Unifi hubungi saya lagi untuk follow up dan minta untuk saya reboot segala equipments memandangkan mereka lihat modem saya sudah lebih 7 hari tidak direboot.
Ini agak kontradik dengan apa yang mereka laporkan semalam berkenaan dynamic IP yang selalu berubah-ubah membuatkan isu latensi tinggi terjadi. Tak reboot, tak bertukarlah Public IP tu.
Semalam saya ada hantar video PingPlotter penuh dari jam 9 malam sehinggalah 10 malam kepada melalui email dan katanya akan dihantar kepada technical team.
Malam ini saya ada reboot modem selama beberapa minit, dan keputusannya lebih kurang sama sahaja, latency/ping masih tinggi.
Kemaskini 11 Mei 2020 :
Macam biasa pada hari bekerja, Unifi akan call saya pada waktu pagi untuk kemaskini laporan isu latency tinggi pada waktu tertentu (9-11 malam).
Saya diberitahu oleh servis khidmat pelanggan dimana pihak Unifi tidak boleh membuat apa-apa sebab saya menggunakan Dynamic IP, bukan Fixed IP.
Jadi pihak mereka suggest saya gunakan telco lain untuk akses website tersebut. WHAT ?
Hmm. Memang kebanyakan pengguna Unifi akan guna Dynamic IP, bukan Fixed IP. Yang pelik, kenapa telco lain yang confirm-confirm Dynamic IP boleh sahaja akses tanpa masalah ?
Jangan close report, biar open sampai isu ni selesai.
Kemaskini 12 Mei 2020 :
Unifi hubungi saya pada beberapa minit lepas berkenaan isu latency/ping ke server-server tertentu.
Kali ini yang membuat panggilan tidak bernada seperti customer service biasa, dan kedengaran seperti risau untuk forward lagi isu ini ke hadapan.
Katanya pihak Network team dari TM mengatakan jika saya tidak berpuas hati dengan routing diberi, dicadangkan saya untuk menggunakan VPN. Saya juga ada memberitahu keadaan semalam dimana latency/ping ini agak baik pada malam 11 Mei 2020 berbanding malam-malam sebelum ini.
Saya ada bertanyakan adakah perlu untuk saya membuat aduan kepada SKMM jika mereka mendesak untuk close case ini, dan mereka ingin forward isu ini kepada network team semula dahulu sebelum berbuat apa-apa tindakan susulan.
Jika dapat kekal seperti 11 Mei 2020 atau lebih baik pun sudah saya kira baik dan boleh diterima.
Manakala saya ada terima follow up daripada OVH Hosting :
Pada jam 2.30 petang, sekali lagi Unifi 2nd Level Department buat panggilan hari ini untuk kemaskini berkenaan masalah latency/ping ke certain server.
Memang dah nampak yang mereka ingin close report ini tanpa tindakan (dikatakan oleh customer service Unifi). Saya pun dah terima SMS berkenaan report ini sudah ditutup semasa menaip post ini.
Kata daripada Network Department, connection mereka ke beberapa nama ISP yang disebutkan (saya ada dengar dan confirmkan dengan customer service mereka lebih daripada 2 kali, EQUINIX termasuk dalam list tersebut) adalah baik dan tiada masalah.
Dalam banyak-banyak screenshot Pingplotter saya pun, memang nampak jelas latency/ping naik tinggi start pada EQUINIX.
Unifi juga meminta saya untuk forward email daripada OVH Hosting kepada pihak Unifi memandangkan katanya terdapat maklumat yang tidak tepat yang diberikan oleh pihak OVH Hosting, mungkin untuk tindakan atau sebagainya.
Jika masalah ini berkurang seperti malam tadi untuk hari-hari seterusnya, itu pun sudah cukup untuk memberikan pengalaman yang sehabis baik untuk pengguna.
Jika semakin teruk..
Malam ini memandangkan ticket pun TM dah force close, kita collect sahaja data yang boleh sambil-sambil berdiskusi di Group IT Facebook. Untuk test sama ada Digital Ocean ada yang terkesan juga atau tidak, saya ada gunakan PingPlotter untuk lihat IP Digital Ocean yang terkesan.
Ini pula usage droplet Digital Ocean tersebut :
Tidaklah semua IP Address Digital Ocean yang terkesan apabila saya cuba, tetapi memang ada yang mengalami isu ini lebih kurang sama dan waktunya dengan OVH Hosting. Ini menguatkan lagi bukan OVH Hosting sahaja yang alami masalah ini, terdapat server lain yang sering digunakan seperti Digital Ocean juga mengalami perkara yang sama.
Kemaskini 14 Mei 2020 :
Saya masih belum membuat aduan kepada SKMM memandangkan masalah ini kelihatan semakin baik dan ‘boleh diterima’ selama 2 hingga 3 hari ini. Saya tidak pasti sama ada ianya disebabkan oleh ‘peak usage’ yang semakin menurun semenjak PKPB atau ada langkah proaktif dari TM Unifi atau OVH Hosting.
Kemaskini 16 Mei 2020 :
Sejak dari semalam, 15 Mei 2020 latency/ping ke server OVH Hosting dan segelintir server Digital Ocean menjadi semakin teruk. Saya rasa saya memang perlu panjangkan aduan ini untuk dihantar ke SKMM. Saya sediakan pingplotter untuk OVH Hosting dan Digital Ocean seperti dibawah :
Ping Plotter IP Digital Ocean (Singapore).
Ping Plotter OVH Hosting (Singapore).
Kemaskini 18 Mei 2020 :
Pada jam 8 malam, saya ada membuat cubaan untuk menyemak latency/ping digital ocean disebabkan saya perasan ada sedikit delay semasa menggunakannya.
Lihat gambar dibawah. Latency/ping Digital Ocean mencecah 100ms.
Saya ada cuba menyemak ping/latency untuk OVH Hosting dan ianya normal dan baik. Kebiasaannya OVH Hosting hanya mengalami isu ini dari jam 9 lebih sehingga 11 lebih setiap malam sahaja. Jika sebelum ini TM mengatakan OVH Hosting memberikan info yang salah serta rangkaian mereka tiada masalah, tetapi mengapa sambungan mereka ke Digital Ocean juga terganggu ?
Kemaskini 20 Mei 2020 :
Saya ada membuat pingplotter ke server Digital Ocean yang saya ada dan memang kita boleh lihat latency/ping sangatlah tidak stabil sehinggakan ada yang mencecah lebih 100ms sedangkan server berada di Singapura (kebiasaannya Unifi Fibre akan dapat latency/ping dalam 10-30ms sahaja).
Yang lagi mengecewakan, saya buat test ini pada jam 5 petang, bukanlah pada waktu malam (9 malam sehingga 11 malam) seperti yang berlaku pada OVH Hosting. Saya baru perasan masalah ini dalam 2-4 hari kebelakangan ini.
Disebabkan masih tak selesai lagi sehinggalah hari ini, atas suggestion rakan-rakan dalam bidang IT, saya telah membuka aduan baru kepada pihak SKMM berkenaan masalah ini.
Saya faham ramai yang mungkin tidak kesah atau cakna tetapi bagi saya yang menyediakan servis hosting, saya rasa adalah tidak patut jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja.
Mungkin ada yang berfikiran, line saya sendiri yang tidak stabil, sebab itu terkesan dengan server-server tertentu.
Saya sediakan screenshot result pingplotter IP range Digital Ocean yang saya gunakan (boleh cuba IP lain dalam range yang sama kalau rasa ianya isu server usage) pada malam ini dibawah termasuklah pingplotter google.com sebagai penanda aras kestabilan internet saya.
*Garisan vertical merah pada graf dibawah menunjukkan request time out berlaku.
Kemaskini 21 Mei 2020 :
Pada lebih kurang jam 12 tengahari, saya ada menerima panggilan berkenaan aduan kepada SKMM yang saya laporkan semalam. Pihak TM meminta saya memberikan maklumat PingPlotter terkini dan maklumat berkenaan server OVH dan Digital Ocean melalui aplikasi Whatsapp.
Akhirnya, dapat direct contact dengan pihak mereka. Harap masalah ini dapat selesai dengan segera. Saya kurang pasti berkenaan dengan server luar lain, tetapi yang sering digunakan seperti Digital Ocean dan OVH Hosting telah saya laporkan.
Sebenarnya saya perasan linode memang dah lama latency/ping 50ms ke atas. Kurang pasti memang begitu atau sepatutnya lebih baik.
Latency/ping ke server Singapore jika gunakan fibre sepatutnya boleh capai bawah daripada 20ms (sebelum ini memang normal capai bawah 20ms).
Video dibawah saya rekod untuk memudahkan pemahaman TM/Unifi terhadap masalah ini. Saya buat perbandingan latency/ping IP Digital Ocean dan juga google.com sebagai penanda aras kestabilan internet saya.
Pada jam 11.20 PM, saya ada cuba membuka laman web UNIFI iaitu https://unifi.com.my disebabkan ada rakan saya tanya pelan apakah yang saya langgan pada Unifi, tetapi yang berlaku hanyalah loading terlalu lama. Jadi saya pun gunalah PingPlotter untuk membuat semakan kenapa loading je ni berminit-minit, jikalau dibuka pun jadi page error seperti dibawah :
Tak tahulah apa yang sudah jadi. Jarang bukak website Unifi kecuali jika nak buat pembayaran sahaja. Tak pastilah jika memang intentionally tak boleh ping website Unifi. Terperasan pun sebab ada rakan tanya dan nak bagi link dari Unifi dan memang loading berminit-minit pun.
Selain itu, pengalaman gaming juga akan terkesan jika latency/ping ini berlaku. Saya sediakan 1 link daripada Community Unifi, beliau menggunakan plan Unifi lebih tinggi daripada saya, iaitu 300 Mbps. Boleh lihat disini post tersebut yang ditaip pada 12 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Ping-Issue/td-p/36701.
Setelah saya perhati betul-betul report orang lain yang terkini, ramai report perkara yang sama. Saya listkan dibawah. Thanks to Unifi Community, saya boleh search isu ini dengan mudah.
Arena of valor baratayuda server – dipost pada 21 Mei 2020.
Totally unstable connection for the past 6 days or so – dipost pada 17 Mei 2020.
High ping/latency in game servers – dipost pada 1 Mei 2020.
Delay in gaming – dipost pada 16 April 2020.
Kemaskini 22 Mei 2020 :
Beberapa hari ini, daripada data Smokeping di OVH Hosting, kelihatan isu ini sudah semakin baik. Tapi tidaklah boleh terlalu gembira dulu, sebab biasanya jumaat malam dia start untuk spike semula kalau ikut trend minggu lepas.
Result pada jam 12.15 tengahari lebih kurang saya letakkan screenshot pingplotter untuk sample IP Digital Ocean 1, IP Digital Ocean 2 dan IP OVH Hosting.
IP Digital Ocean macam dilaporkan sebelum ini, latency dia boleh naik mencecah 140ms (ini yang direkodkan pada screenshot diatas) iaitu lebih 2 kali ganda daripada yang stabil (sejujurnya, kalau disemak latency ke digital ocean dalam bulan lepas, ianya boleh mencecah bawah dari 20ms). Kita bukanlah nak monitor 24jam sehari untuk betul-betul dapat result total, hanya cuba guna Pingplotter sewaktu masa terluang sahaja.
Connection ke OVH Hosting menggunakan Unifi pula seperti biasa kalau waktu tengahari memang agak baik. Lagi baik daripada latency/ping Digital Ocean diatas, ni memang seperti normal iaitu bawah 20ms.
Untuk malam ni dalam jam 9-10 malam, terdapat sedikit spike pada OVH Hosting (Singapore), tetapi bagi saya isu ini tidaklah masalah kerana sangat minimum. Saya boleh katakan ianya boleh diterima. Semakin hari sambungan ke OVH Hosting (Singapore) adalah semakin baik. Mungkin terdapat langkah proaktif diantara ISP OVH Hosting ataupun Unifi. Namun masih perlu diperhatikan selama beberapa hari kehadapan untuk melihat adakah isu ini telah stabil atau tidak.
Sambungan ke Digital Ocean (Singapore) masih lagi kurang stabil dari latency/ping serendah 50ms sehinggakan ada yang mencecah 150-300ms keatas pada jam 9-10 malam. Namun, bermula pada jam 10 malam dilihat latency/ping sudah kurang yang melepasi 100ms.
Saya juga ada create ticket kepada pihak Digital Ocean untuk semakan dimana berkemungkinan masalah ini datang daripada mereka.
Kemaskini 23 Mei 2020 :
Kelihatan pada malam ini juga sambungan ke OVH Hosting semakin baik. Masih tiada apa-apa balasan daripada pihak Digital Ocean, tetapi yang saya perasan, sebelum ini semasa latency ke Digital Ocean boleh capai bawah 20ms, laluan route adalah melalui Equinix. Tetapi sejak beberapa hari lepas, route ke Digital Ocean melalui Testraglobal.
Kemaskini 25 Mei 2020 :
Sehingga hari ini, Digital Ocean masih lagi menggunakan routing testraglobal jadi latency/ping masih lagi dalam 40~50ms. Bagi saya walaupun tidaklah sebaik beberapa minggu lepas, tetapi ini agak baik. OVH Hosting pula mencatatkan latency/ping yang agak baik semenjak report kepada SKMM ini dibuat (semenjak 20 Mei 2020). Tidak pasti adakah penambahbaikan dari mana-mana pihak telah dilakukan atapun sekadar disebabkan oleh penggunaan yang agak kurang berbanding biasa dimusim perayaan ini.
Saya akan terus monitor sepanjang minggu ini untuk melihat perkembangan mengenai isu ini.
Kemaskini 27 Mei 2020 :
Dalam jam 10.10 pagi tadi, pihak TM ada hubungi saya untuk kemaskini aduan SKMM yang saya laporkan pada 20 Mei 2020. Pihak TM ada menanyakan berkenaan masalah ini masih terjadi atau tidak dan saya mengatakan ianya semakin baik semenjak aduan dibuat.
Sebenarnya Digital Ocean masih lagi mengguna routing yang tidak berapa baik (testraglobal) berbanding sebelum ini yang boleh mencapai latency/ping yang lebih baik (equinix).
Walaupun begitu, saya minta untuk ‘hold’ sehingga akhir minggu ini untuk teruskan monitoring, sama ada disebabkan oleh tiada penggunaan yang tinggi semasa musim perayaan atau sebagainya.
Nampaknya, pihak TM rushing untuk close report SKMM tersebut dan mengatakan update untuk monitoring selepas ini akan dikemaskini melalui aduan di TM.
Kemaskini 28 Mei 2020 :Â
Pada hari ini saya ada buat post pada group IT related untuk kemaskini maklumat ini kepada umum dan terdapat beberapa balasan daripada posting saya yang saya rasa boleh dimasukkan dalam post blog saya ini.
Lee Sam, founder kepada ServerFreak ada mengakui bahawa sememangnya Digital Ocean mengalami congestion pada waktu malam. Walaupun isu OVH yang melalui route equinix nampaknya sudah semakin baik berkemungkinan ada langkah proaktif daripada pihak TM atau OVH Hosting, tetapi Digital Ocean masih lagi struggle dengan high latency/ping yang mencecah lebih daripada 100ms pada waktu-waktu tertentu.
Beliau juga ada mengatakan terdapat kemungkinan fix yang berlaku ini tidak akan kekal lama dan disebabkan oleh isu route optimization yang kurang baik pada sesetengah waktu serta memerlukan ‘right person’ untuk menyelesaikan isu ini.
Saya juga ada menceritakan keadaan dimana sewaktu isu ini berlaku, ianya hanya berlaku kepada Unifi sahaja, tidak kepada TIME, Digi dan sebagainya. Dan beliau juga mengakuinya bahawa perkara ini sememangnya berlaku.
Saya pun tidak pasti, adakah perlu saya ketengahkan lagi isu ini kehadapan jika berlaku pada masa akan datang, memandangkan guarantee yang difokuskan hanyalah kepada connection kepada dalam negara sahaja (sumber daripada komen dan juga founder ServerFreak).
Kemaskini 29 Mei 2020 :
Sudah hampir seminggu sambungan ke OVH agak baik sekali, tetapi berbeza dengan Digital Ocean. Digital Ocean masih struggle dengan route ‘testraglobal’ yang dilalui menggunakan Unifi.
Buat masa ini saya belum lagi terima secara ‘official’ statement mengatakan bahawa Unifi memfokuskan sambungan ke dalam negara sahaja dan Digital Ocean pula terletak di Singapura yang paling hampir. Saya akan membuat keputusan pada beberapa hari akan datang untuk melihat bagaimana perkembangan isu ini adakah masih tiada inisiatif dari mana-mana pihak.
Saya juga telah menghantar laporan susulan kepada Digital Ocean Support dan ingin melihat adakah isu ini berpunca daripada mereka.
Kemaskini 3 Jun 2020 :
Masalah untuk sambungan Unifi ke OVH Hosting saya boleh katakan sudah selesai setelah report kepada SKMM dibuat. Saya sertakan smokeping daripada OVH Hosting seperti dibawah :
Memandangkan tajuk post blog ini berkaitan dengan OVH Hosting, saya boleh katakan isu title post blog ini sudah pun selesai. Walaupun begitu, sambungan Unifi ke Digital Ocean masih lagi tidak sebaik sebelum ini dan pihak Digital Ocean juga agak lewat membalas support ticket mereka. Saya akan akhiri post ini disini kerana tiada lagi isu dengan OVH Hosting buat masa sekarang.
Kemaskini 7 Jun 2020 :Â
Setelah berhari-hari kurang menyemak sambungan ke Digital Ocean, malam ini saya semak sambungan ke Digital Ocean sudah kembali melalui Equinix pada route seperti yang sepatutnya, tetapi masih lagi spike atau congestion berlaku sehingga mencecah 200ms.
Saya tidak rasa untuk membuat laporan ini memandangkan Digital Ocean bukanlah server utama yang saya gunakan dan mungkin pengguna Digital Ocean juga tidak kesah dengan isu ini.
Status sambungan Unifi ke OVH Hosting: SELESAI.
Semakan Akhir : 21 Mei 2020 – 3 Jun 2020.
*Post ini akan sentiasa dikemaskini sehinggalah terdapat apa-apa langkah proaktif daripada pihak Unifi (Telekom Malaysia), Digital Ocean atau OVH Hosting untuk menyelesaikan masalah ini atau kelihatan ‘boleh diterima’ lebih daripada seminggu berturut-turut.
Masalah Penggunaan Unifi 2020 (laporan pertama) : https://amirazman.my/masalah-penggunaan-unifi-2020.
Cara Mengenal Pasti Punca Lag Ketika Bermain Game : https://hostingmalaya.com/cara-mengenal-pasti-punca-lag-ketika-bermain-game.
Kau bayar ciput tapi nak kualiti routing macam bayar puluh ribu. Standard la tu dynamic IP / consumer account latency xkan statik bawah 10, kau tu shared basis punya servis, baca tnc balik. Bila ramai guna confirm link utilisation increase. OVH Singapore pun tak ada direct peering dengan TM, yang ada OVH US. Nak static routing dengan latency subscribe corporate account fix ip / leased line / direct.
Hi.
Kita taknak kualiti routing macam puluh ribu pun. Asalkan dapat seperti sediakala pun okay.
Kalau awak monitor line ni betul-betul, akan nampak perbezaannya. Sangat ketara dengan berbulan lepas. Show data better daripada cakap kosong.
Saya dah confirmkan dengan 2nd level team daripada TM, mereka ada sebut EQUINIX and the connection to equinix = okay. Dan memang nampak latency tinggi dari Pingplotter ianya dari Equinix pun.
Kalau baca fully, memang ada state pun berkenaan ini, dan telco lain ada sahaja latency/ping bawah 100ms tapi taklah terus sampai atas 100ms.
http://sgp.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS9506-1 kau tak nak query pulak connection OVH dalam Singapore sendiri? dalam singapore pun diorang tak boleh nak achieve bawah 50ms, inikan nak ke Malaysia. So salah ISP juga ke? Kau compare dengan Google yang memang ada cache / direct peer dengan TM memang tak apple to apple la. Logik sikit comparison.
compare dengan Google tu, sebab takut ada yang kata memang line di rumah ini yang tak stable. Sebab tu affect semua. Itu penanda aras yang menunjukkan tiada request time out.
50ms seperti yang diberitahu sangat acceptable, masih bawah 100ms. Cuba ping IP Digital Ocean dan OVH Hosting itu 24jam, boleh tengok tinggi mana dia naik.
Dalam MY punya ada banyak lagi yang guna dynamic IP tu. Cuba tekan dan tengok.
TIME/MAXIS/DIGI/UMOBILE
Kalau memang nak tengok sangat data dari OVH la kan.
Kalau Digital Ocean pun affect lebih kurang yang sama.
Bagi akula, semua ping plotter result yang kau bagi acceptable, average latency still ok, maknanya overall latency ok cuma ada certain time spike. Routing internet kau kena tengok dua hala, kalau link TM ke sana ok link OVH nak ke TM kaput pun tak jadi juga. Bagi aku OVH tak telus dalam explaination dia, dia tak mention pun dia tak ada direct connection ke TM daripada Singapore, duk sebut 10gbps yang dia ada kat US tu. Renung-renungkan. Kita sebagai user boleh komplen, tapi tak boleh paksa ISP / content provider mcm OVH nak tambah link kalau kos tak viable pada diorang. Daripada tambah link OVH yang hanya spike waktu tertentu baik ISP tambah link ke content-content yang memang betul-betul ramai visit dan utilisation sepanjang masa memang banyak.
TM bagi explanation kepada saya sebelum ini, sambungan ke EQUINIX katanya no problem. Saya confirmkan lebih 3 kali dengan operator waktu itu. Tapi latency di EQUINIX sendiri yang tinggi.
Tapi bukan OVH sahaja, Digital Ocean pun sama.
Dan user Digital Ocean sangatlah ramai. Boleh tanya di group IT seperti Programming Laman Web atau WordPress atau sebagainya.
Sebelum ni tak seteruk ni, tapi ni dah over if sampai dah boleh cecah 200ms~300ms.
Kita malas nak argue TM betul ke, OVH betul ke. Yang penting result tu sampai.
Mula-mula ingatkan OVH sahaja, jadi saya assume OVH problem. Tapi bila Digital Ocean pun kena, okay something wrong somewhere then.
Digital ocean lagila tak layak masuk dalam comparison ke US kut. Sebab tu aku cakap nak, kalau betul-betul nak berbisnes, route cantik, connection ada guarantee go for corporate line, paling murah ambil fix IP so ISP boleh tune / prioritise route kau tu tak share macam user biasa lain. Kalau tak kena hadap la shared connection.
Digital Ocean ada region Singapore server . Cuba register, beli 1 droplet.
Usually latency (sebelum isu ni jadi) memang bawah 20ms. Saya tak kesah sangat latency ni nak atas 20ms pun asalkan janganlah cecah 100ms.
Hotspot/broadband pun boleh dapat rendah daripada tu.
Tabik dekat TM untuk sebelum ini. Tapi baru-baru ni tiba-tiba meragam. Sebab tu create isu/report ni.
Mungkin sebab PKP, ramai guna, tu jadi spike sikit. Let say if ISP / OVH decide nak upgrade link diorang untuk tampung usage yang spike ni je, habis pkp utilisation rendah balik siapa yang nak tanggung kos lebihan tu? Upgrading international link perlu kontrak mungkin ikut demand bila masa nak pakai upgrade tak pakai downgrade. If rasa tak nak invest corporate connection then guna VPN / proxy untuk temporary. Bagi aku even 300ms pun still ok baru 0.3 saat, bukan mission kiritikal pun browsing page. 300ms roundtrip means 150ms+- sehala bukan 600ms dua hala.
So itulah reasonnya report ini dibuat.
Ada orang buat VPN gunakan Digital Ocean, so pengguna VPN pun affected.
If awak pengguna Digital Ocean, awak akan tahu Digital Ocean memang ada provide easy installation VPN.
And bukan semua orang guna untuk browsing page sahaja. Untuk yang perlukan latency/delay yang rendah, itulah sebab report ini dibuat,
Bukan setakat latency tinggi. request timeout pun ada. request timeout means disconnection happen.
Dalam pingplotter, segala line vertical merah pada graph itu adalah disconnection.
Ikutlah nak merujuk kepada pingplotter DigitalOcean ke OVH ke.
Kalau dah isu usage spike ni, jadi SKMM kena alert berkenaan isu ini. Segala jawapan yang saya terima tiada lagi yang sebut ‘usage spike sebab tu jadi macam ni’.
Reason yang kita dapat.. connection to peers are okay… EQUINIX okay…
MCMC akan terus memantau situasi ini bagi memastikan perkhidmatan internet kepada pengguna tidak mengalami sebarang implikasi yang serius khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung. Kebergantungan masyarakat terhadap perkhidmatan jalur lebar pada ketika ini adalah amat penting terutamanya kepada sektor perniagaan, perkhidmatan malah pendidikan yang kini turut menggunakan kaedah pembelajaran dalam talian.
Ini sebab report ini dibuat.
Sumber : https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/media-statement-minimal-disruption-to-internet-ser
Kena tahu juga, latency ke international tak termasuk dalam connection yang dijamin untuk internet consumer. Hanya local connection dalam Malaysia je. Bawah ni definition MCMC sendiri ke server di MyIX. Jadi tak perlula komplen lebih-lebih.
“Network Latency must be not more than 85 ms, 95.0% of the
time based on test sample.”
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Inquiry-MSQoS-Wired-Broadband.pdf
Jadi memang isu ni kita bawa sebab international pun. Bukan sebab MyIX.
Tak ada pula komplen lebih-lebih, sehabis specific kita bagi.
Kena faham juga istilah disruption tu maknanya terganggu macam tak boleh browse langsung bukan network performance degradation.
Isu dia sebab occur 1 Malaysia, gunalah dekat mana-mana area pun. Bukan dari line rumah kita sahaja. Kalau memang kita seorang sahaja yang affected, no problem nak pakai fixed IP pun terus solved case (if its true la seperti yang dikatakan).
Kalau 1 Malaysia, takkan kita nak minta 1 Malaysia upgrade kepada fixed IP semata-mata nak dapat latency yang okay ke DO/OVH ?
Sebab itu kita buat report ni. Kalau memang ada isu/masalah dari pihak TM yang boleh diselesaikan, selesaikan. Kalau memang isu ni dari ISP luar, then maybe TM boleh inform to SKMM berkenaan ini and close the case. Kalau memang sebab usage peak waktu PKP then international connection jadi isu, then release statement dekat SKMM berkenaan ini.
Sebab tu aku cakap, depend pada usage kau. Kalau kau rasa berbaloi untuk upgrade fix IP untuk business kau, then invest, sebab corporate network tak impacted / has minor impact dengan congestion / routing ni. If kau rasa tak berbaloi then accept jela treatment IP untuk user consumer. Tak payah generalise problem kau pada semua rakyat Malaysia. Tak semua masuk OVH tu. Kau rasa perlu upgrade fix IP / subscribe corporate network solve problem kau.
Aku generalize sebab memang ‘ada’ user aku yang affected. Sebab tu aku wakilkan diri aku untuk buat report ni.
Kalau nak buat documentation user yang impacted pun boleh, buat listing. Sebab ramai je perasan isu ni tapi tak bawa ke depan. Yang bawa pun kena ‘force close’ report.
Orang-orang macam web developer/web designer/IT related yang gunakan server daily life maybe lah perasan.
Jawapan daripada aduan SKMM pun masih takda apa-apa details lanjut lagi. Adakah mereka akan bagitahu disebabkan oleh PKP then impacted so they cant do anything because cannot bear the cost and everything or international ISP issues so they cannot have guarantee for it or anything.
Nak tahu sesuatu tak ? Website Unifi pun tak dapat akses 11.20PM lebih kurang.
Ping website tak dapat, ping plotter line merah penuhhhh, website pun load lambat sangat berminit-minit. Boleh rujuk latest update post ini.
Selain daripada web developer/ IT related dan sebagainya yang kena mengena dengan server, kes seperti yang direportkan pada Community UNIFI ini juga kena mengena dengan latency/ping.
Mereka juga adalah yang tersakiti dengan masalah ping ni.
Issue link : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Ping-Issue/td-p/36701
Berapa ramai gamers ada dekat Malaysia ni, tak pasti. Tapi boleh buat listing official if needed.
Buka satu-satu. Semua ni isu yang hampir sama macam title report ini, cuma boleh nampak rupanya kesan dia besar lagi daripada OVH dan Digital Ocean rupanya. Game-game yang disebut boleh tahan besar juga komunitinya di Malaysia. Belum termasuk yang tak buat laporan/aduan apa-apa.
https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Ping-Issue/td-p/36701
https://community.unifi.com.my/t5/unifi-wifi/Arena-of-valor-baratayuda-server/m-p/37513
https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Totally-unstable-connection-for-the-past-6-days-or-so/m-p/37127
https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/High-ping-latency-in-game-servers/m-p/35571
https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Delay-in-gaming/m-p/33815
Kau ada mention ‘ada’ user kau yang affected, meaning customer hosting kaulah? So sekarang ni kau komplen as Business Owner la bukan consumer? Urusan pelanggan hosting kau tu urusan kau kenapa nak libatkan ISP? Kau dah tahu kau serve local customer, patutnya decision kau letak server kat OVH Singapore yang kau kena persoalkan. Kau dah tahu ada risk host oversea tapi still buat juga. Banyak je local provider / data centre kat Malaysia ni macam Shinjiru / KVDC / Iskandar Puteri / AIMS dan banyak lagi, kenapa kau tak host server kau kat situ?
In order to host with a good DDOS Protection servers, you need to consider a Dedicated server hosting – https://www.shinjiru.com/offshore-web-hosting/offshore-dedicated-servers/.
Baca. Dia tulis apa. Offshore.
Well, taknak pergi jauh-jauh pun. Tengok dekat report Community Unifi pun, ada je affected.
Listed list and semuanya memang kena mengena and relevan dengan post ini.
Berapa ramai gamer dekat Malaysia ni ? Merekalah orang-orang yang affected, same with me, as user.
I repeat, as user.
https://www.shinjiru.com.my/enterprise/ssd-virtual-private-server/
Local server dia ada yang kau amik offshore dah kenapa.
Dia yang suggest, daripada requirement kita. So tanyalah dia. Ini bukan isu post. dan tak related. Sebab tu no point regarding this.
Yang related ? yang bawah ni :
12 Januari 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Unifi-AS4788-is-SLOW-at-NIGHT/m-p/28293
21 Mac 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Slow-Internet-to-International/td-p/30619
16 April 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Delay-in-gaming/m-p/33815
1 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/High-ping-latency-in-game-servers/m-p/35571
12 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Ping-Issue/td-p/36701
17 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Totally-unstable-connection-for-the-past-6-days-or-so/m-p/37127
21 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-wifi/Arena-of-valor-baratayuda-server/m-p/37513
Post2 dekat unifi community tu ada yang tak ada kena mengena dengan OVH pun. Yang ada cuma 2 post. So kau nak generalisekan semua tu dan label TM ada issue ke semua destination international? Amazon tu haritu network dia sendiri yang congest, so salah ISP?
Sebab tu bukan OVH sahaja. Sebenarnya kes ini broader daripada OVH.
Sebab tu post ni ada sebut Digital Ocean juga.
Dan mungkin ada lagi, yang tidak diketahui. Dekat group IT ada yang kata Vultr pun sama.
Sebab tu kita open report ni. Now u got the idea.
Destination tak sama. Kau tak boleh kumpul problem untuk destination berlainan lepas tu groupkan sebagai problem yang sama. Kau kena belajar sikit pasal network ni, jangan main taram je. Network ni ada boundary jugak, tak semua within control ISP, contoh internal network content provider, link content provider ke ISP diorang, bukan tanggungjawab dan bidangkuasa ISP. ISP punya control hanya local dan upstream diorang je. Sebab tu international destination tak diberi jaminan dan best effort kalau kau subscribe as consumer. Business account lain, diorang bayar mahal, dan maybe ada dedicated bandwidth untuk diorang ke international bergantung pada perjanjian. Tu kau kena tahu.
The issue is.. gaming memang guna latency = ping.
Inilah isu dia.
Dalam Unifi 100Mbps plan dan keatas :
“Stream full HD videos and play online games smoothly.”
Diorang tak dapat main smooth. sebab tu diorang report. kenapa tak smooth ? latency and ping.
Dan kenapa latency dan ping tu tak ok? Adakah disebabkan ISP semata-mata? Content provider tu punya network tak salah? Link ISP ke international ok diorang nak buat apa?
Then kenapa report ini dibuat ?
Untuk SKMM check and semak this issue. Sebab tu kita bagi IP, kita bagi details.
Saya ada crowd IT yang guna Digital Ocean/OVH so inilah data yang saya dapat. Terhasillah post/report ini.
Link ISP ke international tak okay ke okay ke, diorang nak repair ke, or nak biar macam tu ke, tu depends pada SKMM or ISP tu. So kita tengok apa jawapan ISP /SKMM tu nanti.
Diorang nak accept ke, tak nak accept ke, terpulang pada diorang. Yang penting, laporan dan data dah dihantar.
Masalah High Latency Gaming masih berlaku dgn Arena Of Valor (Baratayuda Server) sehingga saat komen ini ditulis. Ada sesiapa yang berjaya mengatasi masalah ini? Game lain tiada masalah (PUBGM, MLBB, Valorant, CSGO, CODM)
Perincian masalah ping AOV:
Internet = 212 ms
Network Ping (area) = 16 ms
Wifi Devices = 1
Router = Could not be pinged
Network Spec:
1. Asus ROG Rapture GT-AX11000 (PPoE dialer + DHCP server for LAN and WLAN)
2. HP Aruba 2530-24G Switch
Masih berlaku sehingga hari ini ?
Server Arena Of Valor terletak di mana ya ? Singapore ke atau jauh dari SE Asia ?
Nice OVH route problem compilation, thank you for crediting my unifi community post.
By the way, the problem is coming back again right now, route to OVH is starting to get really congested at night again, during peak hours.
Check
http://sin1-sgcs2.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS4788-3
Yeah before this its already okay or I could say minimal, seems like today its having issue again.
I think it starting to get worse everyday. Even the MyIX local exchange is overloaded for tmnet.
j6ePzikPOz-2 (101.99.xx.xxxx) 2021-03-20T23:35:57+0800
Keys: Help Display mode Restart statistics Order of fields quit
Packets Pings
Host Loss% Snt Last Avg Best Wrst StDev
1. 10.4.4.11 0.0% 7 0.1 0.1 0.1 0.2 0.0
2. 172.16.16.2 0.0% 7 0.3 0.3 0.2 0.4 0.1
3. 103.21.254.45 0.0% 7 0.5 0.5 0.4 0.8 0.1
4. tmnet-1.myix.my 0.0% 6 83.9 84.7 71.7 100.6 12.3
5. brk02-home.tm.net.my 0.0% 6 98.8 89.7 80.7 98.8 6.7
yeah. yesterday its almost minimal again and today is quite worse.
if this gonna happen for more than a week, I might do the report again so that they can redirect this.
Tired man to tackle this issue with TM every year. lol.
Dear Amir Azman,
I’m not a technical person in IT, moreover in networking. But i do appreciate your effort in communicating and handling this issue for the sake of Unifi users. It has never being easy dealing with ISP.
I’m having issue with intermittent hang while online gaming and, FB streaming and TVBOX streaming (subscribed to 800mbps). Layman like me just just bought a new router (higher spec) in hope to solve the issue, but it doesn’t worked out as planned (that why i’m reading your post).
Please keep up the good work, we have the right as paying consumers. And we need people like you with the knowledge to voice out on behalf of us.
Hello,
Thank you and you’ve done your effort too to search about this.
Usually they keep saying about SLA which for me its already ‘outdated’ since Malaysia are using so many services from international such as Singapore so all the services are affected. You can see from the comments section there got someone keeps comment about this.
And actually, this is last year post. For this year : https://amirazman.my/masalah-sambungan-unifi-ke-server-singapore. I hope they gonna fix this ASAP since its actually affected quite a lot (since they are the major ISP, so majority affected).
Btw that’s a better router and will boost you more. So it will be worth it !